Sunday, June 29, 2008

:Rotary akan terus sokong tema

TAWAU, Kelab Rotary Tawau Tanjung akan terus memberikan sokongan dan bergerak selari dengan tema Rotary International `Jadikan Impian Satu Kenyataan’ dalam membantu ribuan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka dari terus mengalami kekurangan khasiat makanan, penyakit dan malapetaka.

`Memperbaiki taraf hidup penduduk di negara-negara membangun adalah satu cabaran pada abad ke 21 kerana hampir 2 juta kanak-kanak dan jutaan manusia meninggal kerana penyakit-penyakit dari air yang tidak bersih’, kata presiden baru kelab tersebut Chua Kin Loong dalam satu majlis mengangkat sumpah ahlijawatankuasa baru ke 15 kelmarin.

Beliau berkata lebih 30,000 manusia meninggal dunia setiap hari kerana ketiadaan air yang bersih untuk mereka gunakan seluruh dunia dan penekanan Rotary International dalam masalah air, buta huruf, kesihatan dan kebuluran adalah tepat dalam menangani masalah ini. Pada masa yang sama, Chua berkata mereka akan membuat usaha untuk menyalurkan air bersih ke kawasan-kawasan pendalaman untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan masyarakat di luar bandar dan sekaligus mendorong sektor penanaman dan penternakan dan lain-lain usaha untuk menambah lagi sumber makanan.

Presiden lepas Peter Wong Siew Kion dalam ucapan sebelum itu berkata kelab tersebut telah membuat beberapa projek berpandukan pada 5 pendekatan seperti penyertaan ahlinya dalam perjumpaan-perjumpaan bertaraf negeri dan antarabangsa, penyediaan kem perubatan di Silipompon, Kalabakan, pemeriksaan mata dan pembiayaan 17 kaca mata kepada mereka yang layak menerima, dan sumbangan buku-buku untuk sekolah SMK Tawau.

Pada masa yang sama, kelab interact yang berpusat di sekolah-sekolah juga turut membuat projek seperti projek-projek patriotisma dan projek mengumpul dana untuk kelab masing-masing. Wong juga menyentuh akan sumbangan murni Yayasan Lau Gek Poh yang telah menyumbang RM200,000 kepada pusat Heamodalysis kelab tersebut.

Saksi utama dalam majlis tersebut adalah Datuk Elbert Lim Yu Ming.

Saturday, June 28, 2008

:Wakil sekolah Cina Tarakan lawat Tawau

TAWAU, Lembaga pengarah sekolah rendah IndoTiongHua membuat lawatan rasmi ke daerah ini kelmarin dan membuat perjumpaan dengan wakil-wakil dari sekolah Sekolah Tinggi Cina Sabah, SJK(C) Sing Hwa dan SJK(C) Yuk chin dalam satu majlis makan malam. Pengerusi lembaga tersebut, Harry Salim, mengetuai rombongan yang terdiri dari 7 ahli lembaga berkata dalam ucapan aluan beliau berkata majlis makan malam tersebut adalah satu majlis untuk memberikan kedua-dua pihak berkongsi pengetahuan dan maklumat dan juga sebagai satu majlis terima kasih atas bantuan sekolah-sekolah daerah yang telah memberikan sokongan dan bantuan semasa pembentukan sekolah Cina tersebut tiga tahun lalu. Sekolah rendah IndoTiongHua dimulakan dalam usaha memberikan pendidikan Cina kepada masyarakat Indonesia keturunan Cina dan juga sebagai satu landasan untuk menjalin silaturahim diantara masyarakat Cina dengan masyarakat-masyarakat lain di pulau tersebut. Antara tetamu kehormat adalah Dato' Yong Chi Fui.

Friday, June 27, 2008

:Bekas banduan dipenjara lagi

TAWAU, Seorang bekas banduan berjaya di tuduh dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan merompak dan merogol seorang mangsa dibawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Hakim Egusra Mohd. Ali menjatuhkan hukuman keatas Hamza Beddu atas tuduhan merogol dan merompak mangsa berumur 28 di sebuah bilik sewa dimana mangsa bekerja.

Pegawai pendakwa ASP Habebah Abu Bakar berkata Hamza ditahan pada Jun 15, 2007 di jalan St. Patrick dalam sebuah teksi pada jam lebih kurang 9.15 pagi. Pada hari yang sama jenayah tersebut dibuat.

Fakta kes memaklumkan bahawa Hamza merogol dan merompak mangsa disebuah bilik sewa dimana mangsa tersebut bekerja.

Thursday, June 26, 2008

:Takut akan hantu marah, mangsa hilang RM13 ribu

TAWAU, Seorang lelaki takut akan sumpahan hantu nombor terpaksa berpisah dengan RM13,000 tetapi sempat membuat laporan polis menyebabkan seorang suspek lelaki dan seorang bomoh.

Mangsa yang berumur 42 tahun membuat laporan selepas mengesyaki hal tersebut apabila suspek meminta agar mangsa membayar saguhati kepada bomoh tersebut yang telah memberikan nombor 6D yang mendapat hadiah pertama berjumlah RM1 juta. Ketua polis daerah ACP Jaafar Bin Mohd. Yusof berkata insiden ini bermula apabila mangsa lelaki tersebut ditemui oleh suspek yang bernama Hassan yang mengatakan dia boleh memperkenalkan seorang bomoh untuk mendapatkan nombor ekor.

`Mangsa percaya pada suspek tersebut dan mereka telah berjumpa dengan bomoh tersebut yang telah memberikan mangsa nombor 6D yang dikatakan akan keluar pada cabutan akan datang’, katanya.

Jaafar berkata mangsa percaya dan terus membeli nombor tersebut.

Beliau berkata mangsa didatangi oleh suspek keesokannya dan menunjukkan nombor 6D yang keluar dalam suratkhabar dan meminta agar mangsa membayar hadiah untuk dipersembahkan kepada hantu nombor sebanyak sembilan ekor kerbau.

Jaafar juga berkata suspek meminta wang untuk membeli kerbau-kerbau tersebut yang berharga RM3,000 seekor dan kegagalan membuat bayaran tersebut akan membuat hantu tersebut marah.

Suspek dikatakan takut akan ugutan bahawa hantu tersebut akan menggangu mangsa dan membuat bayaran RM6,000 dan RM7,000. `Selepas mendapat bayaran tersebut, suspek berjumpa lagi dengan mangsa pada keesokan hari dan meminta bayaran sebanyak RM15,000 lagi tetapi mangsa tidak membayar dan membuat laporan polis’, tambahnya.

Polis kini berjaya menahan kedua-dua suspek selepas menerima laporan untuk siasatan. Beliau berkata cara penipuan adalah suspek-suspek akan meramal nombor ekor yang telah keluar kepada mangsa.

Jaafar meminta agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan keinginan untuk mendapat kekayaan kerana ada rekod yang membuktikan bahawa beberapa mangsa telah terpedaya dengan cara-cara penipuan yang berbeza.

Tuesday, June 24, 2008

:Khabar angin stesen tak buka esok tak benar

TAWAU, Kenderaan di daerah ini bergegas ke stesen minyak untuk mengisi penuh tangki minyak mereka hari ini setelah khabar angin yang disebarkan mengatakan bahawa pengusaha-pengusaha stesen minyak tidak akan beroperasi selama beberapa hari. Khabar angin tersebut tersebar dengan meluas dan ramai pemandu khuatir akan situasi tersebut.

`Saya tak tahu akan apa yang berlaku kerana secara tiba-tiba kenderaan datang dengan banyaknya untuk mengisi minyak’, kata seorang pekerja stesen.

Keadaan berlaku apabila Persatuan Pengusaha Petroleum Malaysia (PDAM) berkemungkinan akan mengarahkan para pengusaha stesen seramai 3,500 ahli agar membuat operasi penjualan minyak dari jam 7.00 pagi ke 4.00 petang dan bukan seperti yang disebarkan oleh khabar angin tersebut.

Makluman yang diterima berkata pengusaha stesen petrol menghadapi masalah apabila pengusaha masih menerima 3 peratus insentif walaupun dengan kenaikan harga minyak dan ini telah menjejaskan pendapatan mereka.

`Jika ianya berlaku tentang arahan PDAM, ianya hanya akan berlaku pada 26 Jun dan bukan hari ini’, kata seorang pengusaha.

Seorang lagi pengusaha berkata minyak petrol dan diesel ada dan tidak seperti yang disebarkan oleh khabar angin tersebut. Satu mesej teks telah dikeluarkan dalam telefon bimbit pada jam lebih kurang 6.00 petang meminta masyarakat agar tidak percaya akan khabar angin tersebut tetapi kenderaan tetap berbaris untuk mendapatkan minyak.

Sunday, June 22, 2008

:Persatuan Sze Yap Tawau terima pujian

TAWAU, Persatuan Sze Yap Residensi daerah menerima pujian atas usaha mereka dalam memberi sumbangan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Szechuan, China dan membangunkan persatuan mereka dengan gigih untuk memberi manfaat kepada ahli-ahli persatuan terserbut pada masa akan datang.

Presiden Persatuan Sze Yap Sabah Datuk Susan Wong berkata antara usaha murni persatuan daerah tersebut adalah menyahut seruan beliau untuk menjana tabung kepada mangsa-mangsa gempa bumi tersebut dimana sejumlah RM14,148 berjaya dikumpul dari Tawau sahaja untuk tujuan tersebut.

Wong pada masa yang sama juga memuji pembangunan persatuan tersebut sejak 1977 bermula dengan pengerusi pertama mereka Datuk Geoffrey Yee sehingga pengerusi-pengerusi ke hari ini telah berjaya membawa kejayaan kepada persatuan tersebut.

Yee kini memegang jawatan pengerusi kehormat dalam persatuan tersebut hari ini.

Wong membuat ucapan beliau semasa majlis angkat sumpah ahli jawatankuasa persatuan tersebut bersama ahlijawatankuasa Wanita dan Pemuda yang diadakan di restoran Cynthia pada petang Jun 21.
Beliau juga membuat sumbangan bantuan RM5,000 kepada persatuan tersebut dalam usaha mereka membeli bangunan persatuan yang baru. Wong berkata usaha ini adalah amat baik kerana ianya boleh dibuat untuk menjana kewangan yang baik kepada persatuan tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Brigadeir Jeneral Datuk Liew Yun Fah dan wakil-wakil persatuan tersebut dari Kota Kinabalu, Sandakan, Keningau dan Lahad Datu dan juga wakil dari Persatuan Perdagangan Cina Tawau.

Friday, June 20, 2008

:Golongan pemuda bantu mangsa gempa bumi

TAWAU, Sikap pemurah masyarakat di daerah ini lebih-lebih lagi dari golongan remaja dalam membantu mangsa gempa bumi di Szechuan, China, menunjukkan pengetahuan mereka terhadap malapetaka tersebut dan sumbangan mereka akan lebih memantapkan lagi jatidiri dikalangan golongan belia remaja ini.

Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata kutipan amal yang dianjurkan oleh empat pusat hiburan malam di sini telah menunjukkan sikap prihatin mereka dalam membantu mereka yang memerlukannya.

`Pusat-pusat hiburan ini mempunyai pelanggan dari golongan muda mudi dan kutipan mereka adalah bukti akan niat murni mereka’, tambahnya lagi.

Pada masa yang sama, Liew juga sikap menganjurkan acara-acara ini dikalangan pengusaha-pengusaha pusat hiburan tersebut juga adalah amat dihargai. Kutipan dimulakan selama dua hari dari Junction 8 dimana sejumlah RM15,508, Golden City Karaoke Lounge mengutip RM10,560, Hometown Steak House berjaya mengumpul RM10,596 manakala jumlah kutipan satu lagi pusat hiburan masih lagi tidak diketahui.

Jumlah yang telah dikumpul telah diserahkan kepada wakil dari Perdanganan Cina Daerah untuk diberikan kepada Duta China di Kuching.

Liew yang juga menyumbang beberapa kali dalam kempen tersebut malapetaka yang berlaku di tempat lain perlu dijawab oleh mereka yang mampu dalam membantu dan Malaysia tidak terkecuali dari kewajipan ini.

Seorang lagi dermawan dalam kempen ini adalah Dato’ Yong Chi Fui berkata adalah tanggungjawab manusia untuk membantu sesama sendiri dan kemurahan hati masyarakat daerah tersebut telah menunjukkan mereka boleh menyumbang.

`Malapetaka tersebut telah menunjukkan warna sebenar masyarakat Sabah lebih-lebih lagi golongan remaja yang sanggup membantu walau yang tidak dikenali’, katanya semasa membuat sumbangan di Hometown Steak House baru-baru ini. Golongan pemimpin dan pemuda-pemudi memberi sumbangan tersebut dengan pelbagai cara seperti menyertai perlawanan `Pool’, nyanyian karaoke dan pembelian minuman dari pusat-pusat tersebut.

:Demonstrasi dibatal

TAWAU, Satu demonstrasi oleh sekumpulan orang yang bakal diadakan didepan masjid Al Kauthar pada jam 1.30 petang tadi telah dibatalkan. Tunjuk perasaan tersebut yang dirancang adalah untuk meminta agar Ahli Parlimen Tawau yang juga ahli Sabah Action Progressive Party (SAPP)agar meletak jawatan kerana beliau bersama dalam sidang akhbar dengan pemimpin lain dalam parti membuat kenyataan undi tak percaya parti tersebut keatas Perdana Menteri Malaysia.

:Pengerusi MCA Tawau hadapi saingan

TAWAU, Persatuan Cina Malaysia (MCA) daerah akan melihat saingan untuk kerusi pengerusi daerah tersebut pada Julai 27.

Goh Chit Chuan, timbalan pengerusi MCA Tawau berkata semalam beliau akan bertanding untuk kerusi pengerusi yang kini sedang di pegang oleh Datuk Charlie Chang Chau Lap.

Dalam satu sidang akhbar, Goh bersama Yap Kheng Fah, Lim Yun Thai, Kong Lee Kyun dan Liew Bao Jin berkata alasan beliau untuk bertanding kerusi pengerusi tersebut akan dimaklumkan pada masa akan datang.

Dalam sidang akhbar tersebut yang diadakan semasa satu majlis makan malam dimana Goh diiringi oleh Yap Kheng Fah, Lim Yun Thai, Kong Lee Kyun dan Liew Bao Jin.

`Kami disertai dalam majlis ini oleh pemimpin-pemimpin dari 37 dari 40 cawangan MCA dan kami meminta agar mereka memberi sokongan kepada matlamat kami’, katanya.

Yap akan bertanding untuk kerusi Timbalan Pengerusi MCA Tawau dan juga bakal bersaing untuk kerusi Ketua Pemuda MCA Tawau manakala Kong akan bertanding untuk merebut kerusi Pengerusi Wanita MCA daerah manakala Lim pula akan bertanding untuk kerusi Timbalan Wanita. Liew pula akan bertanding untuk kerusi Timbalan Pemuda.

Pilihanraya untuk kerusi-kerusi Wanita dan Pemuda akan diadakan pada Julai 26 dan penamaan calon akan dilakukan pada Julai 22.

Tuesday, June 17, 2008

:Jangan lapor harga barang naik kepada polis: Ramli

TAWAU, Masyarakat digesa agar membuat laporan kenaikan harga barang kepada agensi yang bertanggungjawab seperti Kementerian Hal Ehwal Pengguna dan bukan membuat laporan kepada pihak polis.

Pemangku ketua polis daerah Supt. Haji Ramli Ali Mat berkata pihak polis telah menerima beberapa laporan sedemikian dan telah menyerahkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

`Kami telah menyerahkan laporan-laporan dari masyarakat kepada yang berkenaan tetapi kami ingin mengesa agar laporan sebegini dihantar kepada agensi yang bertanggungjawab’, tambahnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau juga meminta agar masyarakat yang mendapat maklumat mengenai kenaikan harga barang agar tidak menyebarkan khabar sebegitu kerana ianya akan membuat orang ramai panik dan adalah lebih baik jika mereka membuat pertanyaan atau melapor kepada agensi yang berkenaan.

Dalam hal lain pula, beliau berkata polis sentiasa berada di pejabat pos semasa pemilik kenderaan yang layak menerima subsidi minyak agar tidak ada kes yang tidak di ingini berlaku.

`Polis tidak berunifom berada di kawasan tersebut untuk memastikan agar tiada jenayah berlaku’, tambahnya lagi.

Ramli juga berkata sokongan dari peniaga-peniaga telefon bimbit adalah amat baik dimana lebih kurang 80 peratus dari mereka terus memberikan kerjasama dalam melapor kepada pihak polis tentang penjual telefon bimbit yang mencurigai. Beliau berkata makluman ini berikutan satu tangkapan keatas seorang suspek yang berjaya ditahan selepas dia mencuri sebuah telefon bimbit.

Monday, June 16, 2008

:Suspek kes rogol ditahan

TAWAU, Polis membuat tangkapan terhadap seorang suspek kelmarin hasil dari maklumat yang diterima dan percaya telah menyelesaikan kes rompakan dan rogol yang berlaku pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah ACP Jaafar Bin Mohd. Yusof berkata suspek yang berumur 28 tahun itu ditahan di dalam sebuah teksi di jalan St. Patrick dan mereka telah merampas satu bilah pisau Bugis yang digunakan dalam rompakan tersebut dan sebuah telefon bimbit jenis Nokia yang dipercayai kepunyaan mangsa.

Beliau berkata satu laporan polis dibuat oleh mangsa berumur 22 kelmarin pada jam 9.30 pagi. Jaafar berkata mangsa sedang bekerja mengemaskan sebuah bilik rumah tumpangan apabila didatangi oleh suspek yang telah membuat beberapa pertanyaan lalu mengunci pintu bilik dan mengacukan sebilah pisau Bugis ke leher mangsa dan mengugutnya. Jaafar juga berkata suspek merampas satu tali leher, satu cincin dan telefon bimbit kepunyaan suspek dan terus mengarahkan mangsa yang hanya berpakaian satu skit dan satu tuala supaya baring di katil dan merogolnya.

`Suami mangsa yang tidur disebuah bilik lain terjaga dan mencari isterinya dengan memangil nama mangsa dan suspek terus melarikan diri apabila mendengar panggilan suami mangsa’, katanya lagi.

Jaafar juga berkata suspek akan dituduh dibawah Seksyen 379/396 Kanun Keseksaan kerana merompak dan merogol.

Saturday, June 14, 2008

:kelab Fajar lawat warga emas Air Panas

TAWAU, Warga emas yang menetap di rumah Warga Emas Air Panas menerima lawatan rombongan dari Kelab Fajar yang membawa buah tangan dan sumbangan dalam acara tahunan kelab tersebut dan juga sumbangan wang.

Rombongan yang diketuai oleh pengurus kawasan Jacky Lim dan pengurus kelab Nicholas Hong beserta 20 kakitangan kelab tersebut membuat lawatan pada jam 10.30pagi ini.

Turut diadakan dalam perjumpaan tersebut adalah sumbangan wang dalam bentuk cek berjumlah RM2,001 yang dikutip dari ahli-ahli dan tetamu-tetamu kelab.

Hong berkata acara ini diadakan setiap tahun dalam usaha membawa kegembiraan kepada warga emas yang tinggal di rumah tersebut.

Menerima cek bagi pihak institusi adalah pegawainya Tawfiq Leong yang mengatakan lawatan sebegini adalah amat dialu-alukan kerana ianya dapat menjalin silaturahim diantara warga emas dengan masyarakat setempat dan menambah lagi aktiviti untuk mereka.

Friday, June 13, 2008

:Oscar SM Teknik

TAWAU, Sekolah SM Teknik melancarkan malam Oscar 2008 Jumaat dimana tetamu utama adalah pengarah Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato’ Haji Yusoff Bin Harun yang membuka tirai majlis tersebut. Yusoff berkata sekolah tersebut telah menunjukkan peningkatan dari pelbagai segi lebih-lebih lagi dari segi pembangunan infastruktur. Turut dilancarkan dalam majlis tersebut adalah program `Love Tender Care’, `One Stop Merit’ dan `Student Voice Council’ dalam usaha untuk terus membangunkan kemampuan para pelajar. Antara tetamu khas dalam majlis tersebut adalah Datuk Chua Soon Bui yang juga penaung sekolah tersebut dan Datuk Liew Yun Fah.

:Pasukan perahu naga janji persembahan yang terbaik.

TAWAU, Pasukan perahu Naga Persatuan Teo Chew daerah yang mewakili daerah ini berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik dalam pertandingan perahu Naga pada hujung minggu ini di Kota Kinabalu dalam `Kota Kinabalu Antarabangsa'.

Pengerusi persatuan, Patrick Chin berkata demikian semasa majlis penyerahan bendera negeri kepada ketua pasukan tersebut di Kelab Yatch baru-baru ini yang disaksikan oleh Shim Paw Fatt, bekas Ahli Parlimen Tawau dan juga timbalan pengerusi 1 persatuan tersebut.

Pasukan perahu Naga tersebut telah memenangi pertandingan peringkat daerah pada tahun 2007 dan juga telah mendapat tempat ke-dua dalam acara yang sama tahun ini.

`Kami akan memberikan persembahan yang terbaik dalama acara ini’, kata Chin.

Thursday, June 12, 2008

:Penghantaran balik PTI perlu ambil kira undang-undang antarabangsa: Syed Hamid

TAWAU, Negara ini adalah ahli kepada badan dunia antarabangsa dan penghantaran balik pendatang tanpa izin memerlukan perancangan dan mematuhi undang-undang dunia.


Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Syed Hamid Alba berkata negara asal pendatang tanpa izin perlu mengakui akan kewarnegaraan mereka dan hanya itu membolehkan penghantaran dijalankan.

`Kalau negara asal mereka tak mengakui, maka penghantaran balik tidak boleh dilakukan’, katanya dalam majlis perjumpaan dengan wartawan di ibu pejabat Polis daerah pagi kelmarin.

Beliau berkata ini akan menjadi satu masalah sosio ekonomi dimana mereka akan menetap di kawasan-kawasan setinggan dan justeru itu menyebabkan lebih jenayah berlaku.

Syed menambah perkara ini memerlukan usaha yang jitu dari setiap golongan masyarakat dalam menangani masalah tersebut.

Pada masa yang sama, beliau berkata bahawa dalam operasi membuat penangkapan dan penghantaran balik pendatang tanpa izin, ianya memerlukan kemudahan seperti pusat tahanan, logistic dan penguatkuasaan untuk perkara ini.

`Pihak kerajaan amatlah serius dalam menangani masalah pendatang tanpa izin sehingga mencapai tahap sifar tetapi perkara ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana mobility manusia dari satu negara ke satu negara lain.

Beliau berkata bahawa Malaysia mempunyai lebih kurang 2.1 juta pekerja asing dimana 220,000 pekerja asing dari jumlah tersebut bekerja di Sabah.

`Ini menunjukkan bahawa negara kita menjadi tarikan kepada pekerja-pekerja negara asing’, tambahnya lagi.

Walaupun begitu, beliau berkata bahawa Semenanjung Malaysia masih mempunyai anggaran satu juta pendatang tanpa izin dan Sabah dianggarkan mempunyai seramai 90,000 pendatang tanpa izin.

Beliau menambah diantara tahun 2001 ke 2008, seramai 122,266 pendatang tanpa izin telah dihantar balik manakala diantara 2000 ke 2008, seramai 161,000 pendatang ditahan.

Dalam masa itu, Syed berkata lima tempat pemeriksaan telah dikenalpasti untuk diwujudkan seperti Sipitang, Beaufort, Pensiangan ke Kalabakan, Tawau ke Kunak dan Sandakan ke Telupid dimana setiap tapak pemeriksaan ini dianggarkan bernilai RM200,000 setiap satu.

Beliau juga berkata tiga isu utama yang perlu ditangani di Sabah adalah masalah pendatang tanpa izin, dadah berbahaya dan rokok haram.

Wednesday, June 11, 2008

:Polis tahan dua suspek pengedar dadah

TAWAU, Dua lelaki asing ditahan polis kelmarin dalam dua kes berasingan apabila mereka didapati memiliki dadah jenis syabu.

Seorang dari suspek tersebut yang berumur 22 tahun di tahan pada jam 2.30petang di sebuah bangunan di Jalan Kuhara dan pemeriksaan mendapati suspek tersebut menyimpan sejumlah 280 paket mengandungi bahan yang dipercayai syabu dengan sejumlah berat lebih kurang 9.4 grams.

Ketua Polis Daerah ACP Jaafar Bin Mohd. Yusof berkata suspek tersebut disiasat dibawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya. Ujian air kencing suspek juga telah dibuat dan ianya adalah positif. Dalam satu lagi tangkapan kes syabu kelmarin, seorang lagi lelaki asing ditahan di kawasan kampung Pisang di Hill Top pada jam 1.40petang dimana sejumlah 28 paket kecil berisi hablur yang dipercayai syabu disembunyikan didalam sebuah kotak rokok.

Jaafar berkata bahawa suspek kedua yang berusia 28 tahun itu ditahan dibawah Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki syabu tersebut yang dianggarkan beratnya lebih kurang 0.7 gram. Pada masa yang sama, beliau juga berkata bahawa kedua-dua suspek tersebut dipercayai pengedar kecil-kecilan.

Tuesday, June 10, 2008

:Sheikh gesa pemuda hormati orang tua

TAWAU, Penghuni-penghuni rumah warga emas Air Panas menerima lawatan angkasawan Malaysia kesana dengan baik dimana mereka juga menerima ilham hasil dari lawatan tersebut.


`Program angkasa Malaysia bukan hanya untuk memberi inspirasi kepada generasi muda tetapi juga kepada generasi lain termasuklah warga emas’, kata Doktor Sheikh Muzaphar Shukor Al Masrie Bin Sheikh Mustapha ucapan beliau dalam majlis menyambut hari Ibu dan Bapa baru-baru ini.

Beliau berkata bahawa sikap menghormati orang tua adalah satu teladan yang amat perlu dan sambutan hari ibu dan bapa adalah amat berpatutan.

Sheikh yang hadir dalam majlis tersebut yang dianjurkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah bersama isteri beliau iaitu Datin Ah Nyuk Len mengesa agar sikap menghormati orang tua perlu diteruskan.

Beliau juga mengesa para hadirin yang juga terdiri dari golongan pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kejayaan dalam akademik mereka dan berharap agar ada diantara mereka yang akan melibatkan diri dalam sektor sains dan jurutera angkasa yang kini amat diperlukan oleh negara Malaysia.


Sheikh membuat lawatan ke dua ke daerah ini atas undangan Liew dan beliau telah tinggal selama lima hari termasuk membuat lawatan dua malam ke Semporna.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah presiden Majlis Perbandaran Tawau Haji Salsidu Ibrahim dan pegawai rumah warga iaitu Taufiq Leong dimana kedua-dua juga telah menyampaikan ucapan mereka.

Saturday, June 7, 2008

:Sheikh Muszaphar lawat Semporna


SEMPORNA, Angkasawan negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Bin Sheikh Mustapha membuat lawatan ke daerah ini pagi Sabtu dalam rangka lawatannya ke Sabah. Beliau ditemani oleh Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah bersama isteri Datin Ah Nyuk Len, Datuk Jimmy Pang dan lain-lain dari Tawau.

Rombongan tersebut disambut oleh pengerusi Persatuan Perdagangan Cina Semporna Datuk Seri Panglima Gan Sau Wah dan para pemimpin-pemimpin lain seperti ketua polis daerah DSP Azim Khan dan Mejar Mohd. Roslaini Bin Bujang, pegawai pemerintah Kompeni Bot Temput, Kem Azumi. Muszaphar tetap mendapat perhatian peminatnya dan walaupun sibuk dengan jadual lawatan yang ketat, beliau masih lagi bergambar bersama masyarakat daerah tersebut yang sempat beliau temui.