Wednesday, July 30, 2008

:Jawatankuasa ditubuh bantah projek janakuasa arang batu

SANDAKAN: Badan Perdagangan Cina daerah menerajui pembentukan satu jawatankuasa Tindakan Anti Janakuasa Arang Batu yang melibatkan wakil-wakil dari persatuan tempatan dan Badan-badan bukan kerajaan pada Rabu lalu dalam usaha mereka menentang pelan untuk membina projek tersebut di daerah ini.

Jawatankuasa tersebut di ketuai oleh Stephen Wong Tien Fatt berkata matlamat utama mereka adalah membantah projek tersebut yang dikatakan adalah dari aspek persekitaran dan juga kesihatan masyarakat daerah tersebut. Beliau berkata demikian selepas membentukan jawatankuasa tersebut.

`Pendirian kami bukanlah satu tindakan peribadi ataupun menentang akan pembangunan daerah ini mahupun mencabar polisi kerajaan’, katanya.

Antara mereka yang terlibat dalam jawatankuasa tersebut adalah Eleanor Wong, Abang Mohd. Jorgy Haji Juana, G. Gengadharan Pillai (Timbalan Pengerusi), Datuk Seri Panglima Haji Hassan Alban Haji Sandukong, Cham Yock Chua, Charles Chow Kok Cheng (Setiausaha), Dusun Chong (Bendahari), Wong Vui Soon (Pengarah Media), Ku Ah Kong (kordinator) dan 20 ahli jawatankuasa lain. Turut serta dalam jawatankuasa tersebut adalah tiga penasihat teknikal iaitu Wong Tack, Gary Yap dan Ho Yu Choi.

:Persatuan Tokong lawat pusat kanak-kanak khas

LAHAD DATU: Satu lawatan telah dibuat oleh ahli-ahli Persatuan Tokong Chi Hong Guan Yin daerah ke Pusat Persatuan Orang-orang Pekak dan Bisu Sabah daerah.

Pengerusinya Kong Enn Leong yang mengetuai rombongan tersebut berkata lawatan tersebut adalah bersempena dengan Hari Jadi Dewi Guan Yin dan mereka turut membuat sumbangan kepada pusat tersebut dan menyampaikan ang paw kepada kanak-kanak di pusat tersebut. Pada masa yang sama, rombongan tersebut juga sempat berama mesra dengan kanak-kanak istimewa disana.

Kong berkata harapan mereka dalam membuat lawatan tersebut adalah untuk merapatkan silaturahim dengan mereka yang berada di pusat tersebut. Rombongan tersebut diterima oleh pengurus pusat Bebaku@Nekie Lee.

Monday, July 28, 2008

:Au beri perhatian pada kelas khas SK Muhibbah

SANDAKAN: Pendidikan khas sekolah SK Muhibbah mendapat perhatian penuh dari Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura YB Au Kam Wah bersama isteri apabila pasangan tersebut bersma rombongan membuat lawatan ke sekolah tersebut untuk mendengar cadangan dan keluhan hasil dari pembentukan kelas khas tersebut.

Au juga sempat bertemu dengan para pendidik murid-murid khas sekolah tersebut dan penolong kanan sekolah Pan Marlina Bte. Azadin untuk lebih mengenali akan program tersebut.

Pada masa yang sama juga, beliau memberi sokongan kepada satu program yang bakal diadakan oleh sekolah tersebut untuk memberi pendedahan kepada para pendidik dan murid-murid kelas khas tersebut apabila mereka membuat lawatan ke SK Kibabaig dan SK Kolombong di Kota Kinabalu pada Ogos 5 nanti.

`Saya percaya lawatan sedemikian akan memberikan satu pendedahan yang amat baik kepada mereka yang bakal membuat lawatan tersebut kerana ianya mampu memberikan peluang kepada mereka (murid-murid khas) untuk berinteraksi dengan masyarakat’, katanya selepas lawatan tersebut. Au juga berkata pendidikan khas adalah suatu yang penting kerana ianya memberi peluang kepada anak-anak khas untuk menerima ilmu yang boleh membuat mereka lebih berdedikasi dalam menjalani hidup mereka nanti.

Saturday, July 26, 2008

:Ahli DPBS digesa jangan mudah berpuas hati

LAHAD DATU: Yang Di Pertua Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS) Datuk Haji Ahmad Ali Lope Abdul Aziz membuat gesaan kepada ahli-ahli agar tidak sedang berpuas hati dengan pencapaian mereka tetapi perlu mempertingkatkan lagi keupayaan mereka dalam dunia perniagaan yang mencabar.

Ahmad berkata dalam satu perjumpan dengan DPBS Lahad Datu hari ini berkata usaha mempertingkatkan lagi kemampuan mereka boleh dicapai melalui teknik membaca mahupun mengikuti kursus-kursus yang berkaitan. `Cara ini mampu melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang berjaya diantara mereka’, tambahnya lagi.

Beliau berkata kemahiran ilmu dan pengurusan adalah penting dalam usaha ini dan ahli-ahli DPBS tidak harus leka dalam persaingan ini yang kian makin mencabar. Dalam majlis tersebut, Ahmad juga menyampaikan satu set komputer kepada pejabat DPBS.

Antara yang hadir dalam majlis tersebut adalah Naib Yang Di Pertua DPBS Hajah Hamidah Yusuf, Setiausaha Agung Juril Sudian, dua Ahli Majlis Tertinggi Haji Mohammad Ayong dan Haji Madri Akong, Setiausaha Eksekutif, Lamsin Perinta dan pengerusi DPBS daerah Jafar Alam.

:SMK Agaseh akan adakan hari anugerah

LAHAD DATU: Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang SMK Agaseh akan mengadakan diadakan pada 7 Ogos 2008 untuk kali ke 19 dan dijangkakan akan dirasmikan oleh ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Hajjah Maimunah Haji Suhaibul.

Jurucakap sekolah tersebut berkata anugerah ini adalah satu majlis penghargaan kepada para pelajar dan guru yang telah menunjukkan kejayaan dan kecermelangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

`Ianya juga sebagai satu motivasi kepada warga sekolah untuk bersaing dan mencipta kecermelangan untuk diri mereka dan sekolah dan juga untuk mempereratkan silaturahim dikalangan pelajar, ibu bapa dan juga guru’, he stated.

Moto pada majlis ini adalah `Warga Cemerlang, Agaseh Terbilang’.

Friday, July 25, 2008

:Memiliki barang curi adalah salah: Ramli

TAWAU: Orang ramai yang memiliki benda yang dipercayai dicuri perlu membuat laporan kepada pihak polis daerah kerana ini adalah satu kesalahan dibawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari 6 bulan dan denda.

Pemangku ketua polis daerah Supt. Haji Ramli Ali Mat berkata pihaknya telah membuat beberapa tangkapan keatas beberapa suspek kes pecah rumah yang berlaki dalam dua tahun ini dan mereka sedang membuat siasatan keatas kesemua barang curi tersebut. `Jikalau kamu memiliki barang-barang ini, maka perlulah mereka membuat laporan atau ianya menjadi satu kesalahan’, tambahanya lagi.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan percaya hasil dari tangkapan ini akan dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah.

Dalam satu lagi perkembangan, Ramli memberi amaran kepada majikan yang mengupah pekerja asing bekerja tanpa dokumen yang sah agar mereka tidak berbuat demikian kerana pihak berkuasa akan menjalankan operasi besar-besaran terhadap pendatang tanpa izin. Beliau juga pada masa yang sama mengesa pendatang tanpa izin agar meninggalkan Sabah secara sukarela dan secara aman dan tidak menunggu sehingga lancarnya operasi tersebut. `Kami memberi amaran kerana kami bukan tidak berhati perut seperti yang dikatakan orang tetapi bila tiba masanya kami bertindak, kami tidak akan teragak’, tegasnya lagi.

Permintaan Ramli agar pendatang tanpa izin meninggalkan Sabah secara sukarela adalah bertetapan kerana pada Ops. Nyah II yang lalu pada Mac 2002, ada beberapa pendatang tanpa izin telah menuduh pihak berkuasa sebagai `Tidak Berhati Perut’ dalam operasi tersebut.

Thursday, July 24, 2008

:Polis Marin tahan 340 kayu balak

TAWAU: Polis Marin daerah berjaya menahan satu `scow’ yang berisi 340 batang kayu balak dalam satu kes yang mempunyai nilai rampasan yang dianggarkan sebanyak RM1 juta petang kelmarin.

Ketuanya, DSP Husaini Zainal Abidin berkata scow yang sedang ditarik oleh sebuah bot tunda ditahan di perairan laut Sungai Pasir Putih lebih kurang 1.5 batu nautika dari pantai pada jam lebih kurang 3.35 petang. Beliau berkata botronda PGR 31 telah membuat tahanan tersebut dan juragan bot tunda tersebut telah ditahan dalam tindakan tersebut.

`Juragan yang berumur 46 tahun itu gagal menunjukkan borang cukai, pas kebenaran belayar dan senarai jenis kayu dan ukur lilit kayu apabila diarahkan berbuat demikian’, katanya semasa menyerahkan kes tersebut kepada wakil Jabatan Perhutanan di tempat penahanan renjer kanan Haji Sakaran Abdul Lajak pagi tadi.

Husaini berkata kes bersabit dibawah Enakmen Hutan Seksyen 30 (1). Kayu-kayu tersebut juga tidak mempunyai tanda pengesahan pemeriksaan pihak jabatan Perhutanan pada pangkal dan hujung kayu balak tersebut.

Beliau juga berkata penangkapan ini adalah hasil dari maklumat orang awam dan operasi penangkapan dibuat oleh Cif Inspektor Safri Anuar Jamin bersama empat orang anggota Marin.

:Polis tahan suspek selepas aksi kejar mengejar

TAWAU: Satu aksi kejar mengejar diantara satu kereta suspek dengan beberapa kenderaan dari unit peronda polis daerah telah berlaku tadi pagi dan aksi ini telah disaksikan oleh ketua polis daerah ACP Jaafar Mohd Yussof bersama pegawai-pegawai kananya. Aksi tersebut adalah satu pertunjukkan kemampuan polis dari unit peronda membuat tangkapan dan ianya adalah sebahagian dari aturcara dalam majlis penyerahan 11 kenderaan polis kepada empat jabatan polis. Tiada sesiapa yang tercedera dalam aksi tersebut dan kegagahan pemandu-pemandu pihak polis adalah amat dikagumi.

KANAN: SUSPEK YANG BERJAYA DITAHAN SELEPAS AKSI KEJAR MENGEJAR.
KIRI: JAAFAR (DEPAN 3 DARI KIRI) MELIHAT PERTUNJUKKAN TERSEBUT BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI.

:Sebelas kenderaan untuk tingkatkan usaha polis

TAWAU: Polis daerah hari ini menerima secara rasmi 11 kenderaan Proton Waja dalam usaha mempertingkatkan lagi masa tindakbalas polis dalam sesebuah kes. Ketua Polis Daerah ACP Jaafar Mohd. Yussof berkata kenderaan ini diberikan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (4), trafik (3), narkotik (2) dan siasatan jenayah kormesial (2). Kesemua kenderaan ini akan diguna pakai oleh pegawai penyiasat dan penolong pegawai penyiasat.

GAMBAR MENUNJUKKAN JAAFAR MEMBERIKAN KUNCI `MOCK’ KEPADA KETUA SIASATAN JENAYAH DAERAH DSP FOO KIANT BONG.

:Suspek menyerah diri pada polis

TAWAU: Suspek yang dicari polis kelmarin telah pergi ke ibupejabat polis daerah kelmarin petang jam 6.30 petang dan ditemani oleh ayahnya dan menyerah diri setelah dia didapati telah mencederakan isterinya dua hari yang lalu dimana si isteri telah menerima 25 jahitan di lehernya akibat perbuatan suspek tersebut.

Ketua polis daerah ACP Jaafar Mohd. Yussof berkata kes ini disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Suspek yang dikenali sebagai Shahrizan Abdul Raja telah mencederakan isterinya dalam keretanya di jalan Utara.

Dalam satu lagi perkembangan, Jaafar berkata pihaknya telah menahan seorang lelaki dan seorang perempuan dimana satu paket dipercayai syabu telah dijumpai didalam kereta Kancil mereka di batu 4, jalan Apas pada malam Julai 23.

Beliau berkata kenderaan tersebut ditahan lebih kurang jam 1020 malam tetapi wanita yang duduk di tempat penumpang sebelah pemandu berjaya mencampak satu plastik keluar dari kenderaan apabila mereka mendapati pihak polis menjejaki mereka dan paket tersebut tidak dijumpai. Jaafar juga berkata kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya. Kedua-dua suspek tersebut adalah lelaki Bajau berumur 25 dan seorang wanita Suluk berumur 22. Beliau juga berkata ujian air kencing keatas mereka berdua juga menunjukkan tanda positif. Beliau berkata dengan ujian tersebut, mereka juga disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama.

Dalam satu lagi kes, seorang peniaga berumur 57 tahun telah membuat laporan polis apabila pintu depan kedainya yang terletak di persekitaran dewan masyarakat daerah telah dibasahi cat warna merah. Beliau berkata pengadu telah pergi ke kedai tersebut pada Julai 23 jam 5.30 pagi untuk membuka kedai tersebut dan mendapati cat yang dilemparkan kearah pintu kedai tersebut. Kerana cara ini biasanya lebih dikenali sebagai satu cara yang digunakan oleh lintah darat, Jaafar berkata mereka hanya akan memulakan siasatan apabila menerima Arahan Untuk Menyiasat (OTI) dari Timbalan Pendakwaraya.

Jaafar berkata pengadu menafikan telah mendapat pinjaman dari lintah darat tetapi mengaku bahawa adiknya telah berbuat demikian dan kedai tersebut adalah milik adiknya. `Adik pengadu telah memberikan kedai tersebut kepada abangnya tiga bulan yang lalu dan telah meninggalkan Sabah’, katanya.

Wednesday, July 23, 2008

:Polis minta bantuan cari suspek

TAWAU, Polis daerah sedang dalam usaha mencari seorang suspek yang telah mencederakan isterinya semalam dan meminta bantuan dari masyarakat untuk memberikan maklumat.

Ketua Polis Daerah ACP Jaafar Mohd. Yussof berkata suspek, Shahrizan Abdul Raja, 27, telah didapati hilang setelah dia mencederakan isterinya who bekerja sebagai seorang penguatkuasa Badan Pencegah Rasuah (BPR) daerah Tawau kelmarin malam didalam kereta suspek di jalan Utara.

Mangsa yang berumur 25 tahun tersebut telah di cederakan dibahagian leher tetapi berjaya melompat keluar dari kenderaan tersebut manakala suaminya yang bekerja sebagai seorang pelukis pelan sementara terus melarikan diri. Mangsa selepas itu telah menahan sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) pada jam lebih kurang 8.15 malam dan dia telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan laporan polis dibuat sejurus itu.

Jaafar berkata pihaknya telah berjaya mengesan kenderaan tersebut di batu 3 jalan Apas dan mendapati kenderaan tersebut menghadapi tayar bocor dan suspek tidak dijumpai. Beliau berkata mereka juga menjumpai satu seluar dalam wanita dalam kenderaan tersebut dan percaya suspek cuba membuat perhubungan seks dengan isterinya. Pada masa yang sama, Jaafar berkata mangsa kini dalam keadaan stabil.

Beliau juga berkata pasangan tersebut telah tinggal berasingan selama tiga bulan sementara menunggu prosedur penceraian dijalankan.

`Kami juga percaya suspek juga berkemungkinan dalam keadaan tidak stabil dari segi mental dan ini membuat usaha menangkapnya bertambah perlu’, Jaafar berkata. Beliau meminta agar orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek tersebut agar membuat laporan kepada pihak polis atau menghubungi pegawai polis yang terlibat iaitu Cif inspector Azmani Abdullah di talian 017-687-3015.

GAMBAR MENUNJUKKAN MUKA SUSPEK.

:Rakyat Sabah komited dalam keselamatan negeri: Liew

TAWAU: Penambahan ahli-ahli baru dalam regimen Askar Wataniah di negeri ini lebih-lebih lagi dari bahagian Pantai Timur Sabah telah menunjukkan minat yang dimiliki oleh masyarakat Sabah dalam menyertai pasukan keselamatan ini dan ini juga secara tidak langsung menunjukkan komitmen rakyat Sabah dalam aspek keselamatan negeri ini.

Walaubagaimanapun, penyertaan mereka ini memerlukan komitmen yang lebih padu kerana mereka harus tahu akan tanggungjawab mereka memakai pakaian tentera dan juga peranan mereka dalam keselamatan.

Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah dalam ucapan perasmian penutupan latihan Kursus Asas Perajurit Muda berkata mereka harus terus menerap ilmu agar mereka mampu membantu askar biasa bila timbulnya konflik yang berkemungkinan akan berlaku pada masa depan.

Liew merasmikan penutupan itu di padang kawat kem 7 Melayu Askar DiRaja Malaysia baru-baru ini.

`Melatih orang biasa menjadi seorang askar bukanlah satu perkara yang mudah tetapi komitmen yang ditunjukkan telah menyakinkan dan meringankan tugas kami dalam aspek tersebut’, Liew yang juga pegawai pemerintah Regimen 516 Askar Wataniah untuk Pantai Timur Sabah berkata.

Beliau berkata sebagai seorang askar Wataniah, mereka perlulah sentiasa bersedia dari segi mental, mengambil ilmu yang banyak, mempunyai pengetahuan ketenteraan yang tinggi, mampu menunjukkan tahap disiplin yang tinggi dan juga menjaga imej mereka. Liew juga berkata bahawa latihan asas tersebut hanya dibuat untuk sebulan tetapi para pelatih perlu menyerapkan ilmu yang diterima dalam masa yang singkat tersebut dan mengenali taktik peperangan.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah leftenan Kolonel Ajis Sharif, pegawai pemerintah kem 7th Melayu dan Major (K) Haji Salsidu Ibrahim.

Tuesday, July 22, 2008

:Ops Nyah II Bersepadu menahan 195 warga asing

LAHAD DATU: Operasi Nyah II Bersepadu Siri 12/2008 telah diadakan di kawasan Kampung Air dan persekitaran Bandar daerah tersebut sejak pagi tadi dan telah menahan 195 warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan yang mereka yang mempunyai dokumen pengenalan yang diragui hari ini.

Operasi yang bermula dari jam 5 pagi sehingga tengahari tadi telah melibatkan seramai 98 pegawai dan anggota dari bahagian polis, Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) Sabah dan Labuan, Jabatan Ketua Menteri (JKM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan RELA telah memeriksa lebih kurang 1,000 warga asing dari kedua-dua tempat tersebut.

Ketua polis daerah Superintenden Kamis Daming berkata operasi tersebut telah diketuai oleh cif inspector Ahmad Jawila, ketua bahagian Ketenteraman Awam dan juga ketua trafik daerah bersama pegawai PPKP ASP Ahmad Hamdi Jamaludin.

`Kami telah menahan 107 lelaki dan 88 wanita dalam operasi tersebut dan tiada masalah yang dihadapi oleh mereka yang menjalankan tugas selama tujuh jam tersebut’, katanya semasa ditemui di Dewan Serbaguna Pasukan Gerakan Am (PGA) 17.

Pada masa yang sama, beliau juga meminta agar masyarakat terus memberikan maklumat tentang kehadiran Pendatang Tanpa Izin agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Kamis juga berkata kerjasama dari pihak masyarakat adalah penting dalam usaha tersebut.

:Program Psikologi libatkan 50 peserta

LAHAD DATU: Lebih kurang 50 penduduk dari Kampung Tabanak telah menghadiri satu program Bicara Hati Bersama Pegawai Psikologi dengan tajuk `Konflik Dan Pengurusan keluarga’ telah dilangsungkan baru-baru ini.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kampung tersebut, Hamimah Mohd. Rais berkata objektif program tersebut adalah untuk memberikan kesedaran dan pendedahan kepada kepada ibu bapa tentang tekanan dalam kehidupan dan konflik dan secara tidak langsung mempelajari cara-cara untuk berdepan dengan masalah keluarga. Beliau berkata program ini juga telah mendekatkan Unit Kaunseling Keluarga dengan masyarakat dan memberi peluang untuk peserta menerima kaunseling yang perlu dalam hal-hal menangani masalah anak-anak mereka.

Masyarakat yang menghadiri program tersebut telah diberi ceramah oleh pegawai Psikologi Unit Kaunseling Keluarga LPPKN Suzannah Piny.

Antara yang hadir dalam program tersebut adalah Ketua Kampung tersebut, Haji Datuk Ibrahim Haji Datuk Bangsawan.

:Program harap dapat beri pendedahan kepada warga tempatan tentang sektor perladangan: Siti Aishah

LAHAD DATU: Program Majlis Penerangan Penggalakkan Pengajian Pekerja Tempatan di Sektor Perladangan diharapkan dapat memberi pendedahan dan secara langsung memberi galakkan kepada warga tempatan untuk bekerja di sektor perladangan.

Pendedahan dan seterusnya penggalakkan ini akan memastikan agar warga tempatan mendapatkan kerja di pelbagai bidang yang ada.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah Hajjah Siti Aishah Haji Mohd. Asri berkata pengajuran program tersebut amatlah bertetapan dalam menyahut seruan kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar pengganguran.

`Kerajaan tidak pernah abaikan tanggunajawabnya dalam keperluan dan kepentingan pekerja tempatan dan dengan ini usaha JTK adalah signifikan dalam usaha ini’, katanya dalam majlis tersebut.

Siti Aishah berkata demikian dalam ucapan aluan beliau dalam program sehari itu yang diadakan di dewan Sahabat 3, Felda Sahabat, Tungku kelmarin anjurang JTK dengan jawatankuasa Penggalakkan Pengajian Pekerja Tempatan di Sektor Perladangan dan Felda Plantation Sdn. Bhd. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Silam Haji Salleh Haji Kalbi.

Beliau berkata ramai dikalangan pekerja tempatan menjauhi dari bekerja dalam sektor ini walaupun sektor perladangan merupakan salah satu penyumbang utama kepada negara.

`Maka dengan itu, adalah lagi perlu program ini dijalankan untuk meningkatkan lagi penggalakkan rakyat tempatan untuk melibati sektor perladangan ini’, tambah lagi.

Siti Aishah juga berkata prasarana dan kemudahan yang baik kini telah di sediakan di sektor ini dan tidak ada alasan rakyat tempatan tidak merebut peluang yang ada itu. `Adalah menjadi harapan saya supaya JTK Sabah meneruskan komitmen dalam usaha bekerjasama dengan pihak majikan untuk memastikan agar program sebegini dapat diteruskan’, katanya.

Beliau juga berharap usaha ini akan mendapat momentum kearah membaiki kualiti perkhidmatan yang berkesan.

Seramai 60 peserta mengikuti program ini yang terdiri dari majoritinya golongan belia.

:Jangan ambil risiko terima pekerja asing tanpa dokumen sah: Au

SANDAKAN: Pihak majikan perlu mengambil langkah-langkah untuk memastikan agar pekerja-pekerja asing mereka disahkan dari segi dokumentasi dan bukan mengambil risiko dengan berbuat sebaliknya kerana ianya akan hanya merugikan mereka pada tahap yang lebih teruk.

Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura YB Au Kam Wah berkata pada masa yang sama ada juga kes dimana pengusaha mendapat kerugian apabila pekerja asing yang mereka ambil tidak mahu bekerja untuk mereka setelah hanya beberapa bulan sahaja dan bekerja untuk syarikat lain. `Dalam keadaan ini, para majikan akan rugi kerana mereka membayar untuk mendapatkan khidmat pekerja asing untuk satu tempoh yang panjang’, tambahnya lagi.

Beliau berkata kini pihak kerajaan telah membuat operasi menangani masalah pendatang tanpa izin di Pantai Barat Sabah dan ianya akan dikembangkan ke Pantai Timur dan pengusaha tak boleh mempertaruhkan nasib mereka dengan mengambil pekerja asing tanpa dokumen sah.

`Saya menyokong penuh usaha kerajaan dalam operasi ini tetapi kegagalan oleh pihak majikan untuk memastikan agar pekerja asing mereka adalah sah akan mengugat pendapatan para majikan’, katanya lagi.

Au sementara meminta agar para majikan mendapat khidmat pekerja asing dengan cara yang betul juga meminta pihak kerajaan agar mencari jalan untuk membantu para majikan dalam menangani masalah yang mereka hadapi. `Untuk mendapatkan khidmat seorang pekerja asing adalah mahal, mengambil masa yang lama dan susah’, tambahnya lagi. Beliau meminta agar prosedur pengambilan pekerja asing oleh majikan Sabah disemak balik seperti mengenakan majikan membayar secara bulan dan bukan tahun untuk setiap pekerja asing.

Au juga berkata sektor yang mengambil pekerja asing yang ramai adalah dari sektor perladangan, sektor binaan dan sektor perikanan dan masalah yang mereka hadapi perlu diambil kira.

Monday, July 21, 2008

:Komplek sukan mampu galak belia kejalan hidup yang sihat: Louis

TAWAU: Kompleks sukan mampu memainkan peranan dalam mengalakkan golongan belia kearah membuat aktiviti sihat dengan pembentukan sukan dan aktiviti yang mampu menarik belia masa kini dan komplek sukan daerah juga mampu memainkan peranan tersebut.

Pengarah baru Lembaga Sukan Sabah Datuk Louis Rampas berkata demikian semasa membuat lawatan kerja ke daerah ini untuk melihat komplek sukan yang telah dibina setahun yang lalu. Beliau berkata sukan dan permainan seperti Futsal, rock climbing (memanjat), Paint ball, cabaran BMX dan papan luncur mampu dijadikan satu lagi pilihan kepada belia dan ini berkemampuan untuk mengalihkan mereka dari gejala yang tidak sihat.

`Cadangan ini yang mampu menarik minat golongan belia dicadangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Merotai YB Pang Nyuk Ming dan cadangan ini adalah baik kerana ianya dapat membantu negara’, katanya dalam sidang akhbar tersebut bersama timbalannya YB Masiung Banah dan Pang selepas mendengar taklimat mengenai komplek tersebut sebelum ini.

Beliau berkata sukan dan aktiviti sebegini mempunyai cabarannya dan ianya diminati oleh golongan belia masa kini dan pihak lembaga menerima baik cadangan yang membina ini. Dalam hal lain pula, Louis berkata daerah ini telah banyak melahirkan atlit-atlit yang berkaliber dan komplek sukan ini adalah satu `tambahan’ kepada infrastruktur kepada golongan atlit yang berpotensi untuk digunakan.

Menjawab soalan lain pula, beliau berkata phasa II tertakluk dengan tindakan dari pihak Kerajaan Pusat kerana projek komplek sukan ini adalah dari pihak mereka. Louis juga sempat meninjau keseluruhan komplek tersebut bersama pengurus besar Lembaga Sukan Sabah bersama timbalannya IR. Christopher Lean.

Sunday, July 20, 2008

:Sektor pertanian perlu usaha tanam beras: Au

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura YB Au Kam Wah membuat seruan agar mendapatkan pengetahuan dan teknologi yang perlu dalam penanaman makanan seperti padi dan ia perlulah ditanam dalam usaha menangani masalah kekurangan beras.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Au berkata demikian semasa menyaksikan upacara angkat sumpah ahli jawatankuasa baru satu persatuan pertanian disini. Beliau berkata kenaikan harga minyak telah menyebabkan kekurangan makanan asas seperti beras dan ini telah membimbangkan beberapa negara dalam hal ini.

Beliau berkata ahli-ahli persatuan tersebut boleh mempelajari dan mendapat kemahiran teknologi dari negara China yang kini mampu menjana beras yang lebih bagi setiap ekar. `Banyak negara-negara maju telah menggunakan teknologi untuk membuat minyak dari pokok dan ini penanam Malaysia boleh peroleh kelebihan’, katanya. Au juga menerangkan teknologi tinggi yang di gunakan oleh negara-negara maju dalam membuat minyak dari pokok perlu dicontohi oleh penanam-penanam negara ini.

Friday, July 18, 2008

:Hanya 22 pelesen restoran layak kenakan cukai perkhidmatan di Sabah

LAHAD DATU: Hanya 22 pelesen restoran di Sabah yang beroperasi diluar kawasan hotel dan mendapat keuntungan lebih dari RM3 juta setahun layak mengenakan cukai perkhidmatan terhadap pelanggan di negeri ini.

Pengarah Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) Sabah, Datuk Haji Md. Yusop Haji Mansor berkata pihaknya telah mengenal pasti 314 restoran-restoran lagi yang beroperasi di luar kawasan hotel dengan pendapatan kurang dari RM3 juta setahun tidak layak berbuat demikian di negeri ini.

`Mereka yang tidak layak mengenakan cukai perkhidmatan ini bermula dari Julai 1’, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini semasa menghadiri majlis Setia dan Mesra KDRM Lahad Datu di tapak bahagian pencegahan KDRM.

Beliau berkata sebelum ini terdapat 336 pelesen yang layak mengenakan cukai tersebut dalam Sabah dimana pelesen-pelesen ini boleh mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 5 peratus dengan kebenaran KDRM. Yusop juga berkata masyarakat boleh membuat aduan sekiranya cukai tersebut dikenakan kepada mereka tanpa adanya permit yang dipamerkan di premis tersebut.

`Sekiranya premis tersebut tidak mempamerkan permit tersebut dan mengenakan cukai perkhidmatan lima peratus tersebut, maka mereka boleh didakwa dibawah Seksyen 31 Akta Cukai Perkhidmatan 1975’, tambahnya lagi.

Beliau juga berkata bahawa KDRM Sabah juga dianggarkan akan kehilangan sebanyak RM1.5 juta hasil dari pembaharuan ini mengikut anggaran kutipan cukai. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah ketua KDRM Lahad Datu, Norizan Haji Yahya beserta pegawai dan tetamu-tetamu yang lain. Yusop juga melakukan upacara membakar bot-bot yang dirampas pada tahun yang lalu.

:Jangan terpedaya dengan janji dapat duit cepat: Jaafar

TAWAU, Ketua Polis Daerah ACP Jaafar Mohd Yussof sekali lagi meminta agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan janji-janji duit mahupun apa jua yang percuma kerana ramai orang yang tidak bertanggungjawab kini cuba untuk mencari duit dengan cara penipuan terhadap masyarakat yang lalai.

Jaafar berkata kes-kes yang biasa adalah seperti kes penipuan tiket loteri dimana suspeck akan mengaku dirinya tidak berdokumen sah tetapi telah memenangi wang hasil pembelian nombor loteri. `Bantu kami dengan melaporkan perkara ini bila ada orang cuba menjual tiket loteri’, tambahnya lagi.

Beliau berkata kes yang terbaru melibatkan satu lagi kes penggunaan SMS (Perkhidmatan Mesej Pendek) dimana seorang wanita Melayu berumur 25 telah menerima SMS tersebut dan telah terpedaya dengan penipuan tersebut apabila dia membaca mesej tersebut yang mengatakan bahawa dia telah memenangi hadiah wang RM30,000 dari Petronas. Jaafar berkata mangsa menerima mesej tersebut kelmarin dan telah membeli satu kad SIM bernilai RM100 dan telah menyerahkan nombor akaun beliau seperti yang diminta.

`Tetapi mangsa juga telah membuat laporan apabila dia menyedari sesuatu yang tidak betul dan ini adalah satu lagi cara penipuan yang diketahui’, tambahnya lagi.

:Puteri Umno lawat warga emas

SANDAKAN: Pusat jagaan warga emas Sibuga baru-baru ini menerima kunjungan dari ketua Informasi Puteri Umno Dato’ Shaharizah Samsuddin sebagai satu daripada program beliau semasa lawatan ke daerah tersebut.

Shaharizah juga membuat sumbangan berbentuk satu mesin cuci dan sempat berama-mesra dengan penghuni di pusat tersebut. Beliau juga diiringi oleh ketua Puteri Umno Sandakan Noraini Sulong, pembantu pengarah kepada Jabatan Kebajikan Sandakan, Dominic Chong dan pegawai kepada Rumah Warga Emas Sandakan Tunick Tulas.

Shaharizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sentul disambut oleh pengerusi pusat tersebut iaitu Pong Kee Yang.

:Lawatan belajar ke stesen Bomba dan Penyelamat

SANDAKAN: Peserta dari Sandakan (Sabah) Buddhist Mission seramai 50 orang termasuk kanak-kanak telah membuat satu lawatan sambil belajar yang menarik apabila mereka melawat stesen Jabatan Bomba dan Penyelamat yang terletak di batu 3, Jalan Utara kelmarin.

Antara pendedahan yang diberikan kepada peserta termasuklah sruktur organisasi jabatan tersebut, nasihat-nasihat keselamatan penggunaan api dan penggunaan peralatan jabatan tersebut termasuk juga penggunaan alat pemadam api kormesial.

:Expo Pertanian Sandakan pada Ogos 2

SANDAKAN, Expo Agrotech 2008 akan diadakan di daerah ini bertempat di padang Bandaran mulai Ogos 2 dan masyarakat awam dijemput untuk hadir ke expo yang akan dijalankan selama dua hari.

Expo ini akan menjadi tempat untuk pembekal dan pengusaha untuk menunjukkan produk-produk mereka kepada mereka yang berminat dan masyarakat awam yang bakal hadir. Ianya dianjurkan oleh Jabatan Pertanian beserta Majlis Perbandarana Sandakan (MPS) denga tema `Industri Pertanian KeArah produktiviti dan kormesial’. Dijangkakan penglibatan untuk expo ini adalah dari sektor kerajaan dan sektor swasta .

Wednesday, July 16, 2008

:Kerajaan bantu, masyarakat perlu wujudkan kesedaran

LAHAD DATU, Usaha pihak kerajaan dalam membantu pengguna tidak akan mendapat manfaat jika sifat kesedaran tidak ada dan ini akan menjadikan keadaan tertambah sukar, maka dengan itu penyaluran maklumat dari pemimpin setiap lapisan kepada masyarakat adalah perlu dan ianya juga pada masa yang sama diterima dengan cara yang positif.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datu Mansur berkata penyertaan dari peserta dalam program seminar Penggunaan yang diadakan baru-baru ini akan memberi kebaikan kepada masyarakat sekiranya mereka menyalurkan apa yang mereka telah pelajari.

Nasrun berkata demikian semasa merasmikan program tersebut anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDPNHEP) di sebuah hotel baru-baru ini.

`Program sebegini adalah bermatlamat menjadikan masyarakat supaya meningkatkan kesedaran dan melindungi pengguna melalui kepenggunaan yang mantap’, katanya lagi.

Pada masa yang sama, Nasrun juga berkata program sebegini juga dapat mengalakkan pengguna agar lebih mengenali dan mengeratkan silaturahim dengan kementerian dan secara tidak langsung pengguna dapat menjaga hak-hak mereka melalui pengenalan tersebut.

Beliau juga berkata program sebegini adalah penting untuk memastikan agar pengguna tidak mudah terpedaya oleh pihak-pihak yang cuba menggunakan situasi semasa untuk mengaut keuntungan yang lebih.

Seminar tersebut juga menyentuh tentang Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang berperanan mendengar, mentafsir dan mengadili tuntutan terhadap pembekal.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh pegawai daerah Lahad Datu Amat Mohd. Yusof, ketua cawangan daerah KPDNHEP, Sulaiman Derahim. Antara peserta yang hadir dalam program tersebut adalah pengguna-pengguna, ahli-ahli dari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan kakitangan-kakitangan awam.

:JCI sebagai landasan kepada golongan muda-mudi: Pang

SANDAKAN: Junior Chamber International (JCI) terus menjadi landasan kepada pemimpin-pemimpin remaja dan pengusaha untuk memperkasakan kemahiran mereka melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Menteri Belia dan Sukan Sabah YB Peter Pang En Yin berkata demikian dalam ucapan perasmian Minggu JCI Sandakan baru-baru ini.

Pang berkata barisan pemimpin dan pengusaha remaja ini didedahkan dengan pelbagai aktiviti kepimpinan, menjalin persahabatan dan meluaskan jarring perniagaan melalui aktiviti yang diadakan. Ucapan Pang telah disampaikan oleh setiausaha politiknya Jason Tan juga berkata JCI akan terus menerima sokongan beliau kerana usaha mereka yang memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.

`Usaha ini tidak boleh putus malah perlu diteruskan kerana ianya memberi faedah kepada masyarakat dan negara’, tambahnya lagi. Turut bersama dalam majlis tersebut adalah pengerusi Minggu JCI William Chu.

Tuesday, July 15, 2008

: Polis mencari suspek yang mengambil RM111,000 dari satu syarikat

TAWAU, Pihak polis daerah kini sedang mencari seorang suspek yang dipercayai telah menipu satu syarikat sebanyak RM111,000 dan kini berpendapat bahawa suspek tersebut telah meninggalkan negara ini.

Ketua Polis daerah ACP Jaafar Mohd. Yussof berkata suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai Ah Fook telah membuat panggilan telefon kepada dua pembekal minyak diesel dan memperkenalkan dirinya sebagai wakil kepada satu syarikat dan membuat tempahan berjumlah 36,000 liter dan diesel tersebut telah dihantar pada Julai 9 oleh kedua-dua syarikat tersebut.

Beliau berkata kedua-dua wakil pembekal kembali ke syarikat tersebut dua hari selepas membuat penghantaran untuk menuntut bayaran tetapi telah dimaklumkan bayaran untuk diesel tersebut telah dibayar kepada seorang yang mengaku dirinya dari kedua-dua pembekal minyak diesel tersebut bernama Lim Kok Vun.

Wakil dari kedua-dua pembekal tersebut seterusnya telah membuat laporan polis dan polis percaya Ah Fook dan Lim adalah orang yang sama. Beliau berkata suspek telah membuat tempahan minyak diesel sebanyak dari 12,000 liter dari satu pembekal dan satu lagi sebanyak 24,000 liter.

Dalam satu kes yang berlainan, polis kini sedang mencari seorang lelaki 26 tahun berbangsa Bugis setelah seorang gadis bawah umur dijumpai dirumahnya di batu 5, jalan Apas. Jaafar berkata ibubapa gadis yang berumur 15 tahun membuat laporan polis setelah anak mereka gagal pulang ke rumah selama tiga hari sejak Julai 10. Polis akhirnya menjumpai gadis tersebut dirumah itu dan lelaki tersebut akan disabit dalam kes rogol kerana umur gadis tersebut walaupun dipercayai kedua-dua mereka sedang bercinta.

Jaafar berkata kes ini adalah kes ketiga dalam bulan ini dan ketiga-tiga kes melibatkan perempuan bawah umur.

Satu lagi kes adalah mengenai kes kematian seorang wanita 64 tahun yang bernama Shang Kui Yion dimana polis kini mengklasifikasinya sebagai kes `Sudden Death’.

Jaafar berkata Shang yang mempunyai sejarah masalah mental telah pergi bersama suaminya ke kebun koko mereka di batu 5, jalan Apas pada Julai 14 dan percaya pasangan tersebut telah secara tidak sengaja berpecah dan mangsa hilang. Beliau berkata suami mangsa mencari mangsa sehingga jam 5.00 petang dan terus membuat laporan polis. Satu pasukan polis bersama unit anjing telah pergi ke tempat kejadian dan mangsa dijumpai di kebun getah kepunyaan jiran sebelah. Beliau juga berkata mangsa didapati terbaring dan mempunyai luka dibahagian hidung.

`Kami percaya kes ini bukanlah satu kes jenayah tetapi keputusan akhir hanya akan dibuat setelah laporan bedah siasat telah diperolehi’, tambahanya lagi.

:Keselamatan kediaman presiden MPT dipertikai

TAWAU, Beberapa insiden telah menyebabkan tahap kemampuan pagar sekeliling kediaman presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) diragui dan ini adalah suatu yang amat berbahaya kerana ianya menyentuh mengenai keselamatan seorang pentadbir daerah yang penting.

Seorang jurucakap yang bekerja di kediaman tersebut berkata insiden terbaru berlaku pada Julai 7, 2008 apabila dua ekor kambing matang telah didapati dibunuh dan bangkai-bangkai itu telah dibawa keluar dari perkarangan kediaman tersebut. `Kambing-kambing ini telah diikat disebatang pokok dalam perkarangan dan saya percaya kedua-duanya dibunuh oleh anjing liar yang banyak dan ini telah menyebabkan kemampuan pagar sekeliling kawasan perumahan dipertikaikan’, katanya.

Pekerja tersebut yang tidak ingin namanya dikenali juga berkata presiden tersebut iaitu Haji Salsidu Ibrahim adalah seorang pegawai daerah yang penting dan tahap keselamatan beliau adalah amat penting. Beliau berkata telah berlaku beberapa kes kemasukan orang ke halaman rumah tersebut untuk mencuri sebelum ini dan adalah penting pagar yang dipasang lebih sepuluh tahun yang lalu dibina baru. `Kami tidak mampu menjaga keseluruhan kawasan kerana keluasannya dan kemampuan pagar menjadi tanda tanya bila sudah ada beberapa lubang dan sebahagian pagar ini tidak lagi boleh digunakan’, tambahnya lagi. Beliau juga berkata Salsidu sentiasa menerima tetamu khas dan keadaan pagar ini akan menunjukkan kelemahan mereka dalam aspek keselamatan.

:PGA Sandakan menang piala bolasepak ketiga kali

SANDAKAN, Batalion 15 Pasukan Gerakan Khas (PGA) berjaya sekali lagi membawa Piala Komander Brigede PGA ke 12 balik ke Sandakan setelah menumpaskan lawan dari Batalion 16 PGA di padang bolasepak Batalion 16 di Kota Kinabalu pada Isnin yang lalu.

Pasukan dari Sandakan tersebut mengalahkan lawanya dengan jaringan gol 2-1 dan membawa piala tersebut balik untuk kali ketiga berturut-turut. Turut meraih kemenangan tersebut adalah komander battalion 15 supt. Lee Moh Lee dan jurulatih pasukan tersebut.

Monday, July 14, 2008

:tindakan pantas telah menyebabkan beberapa suspek curi ditahan

TAWAU, Polis daerah berjaya memberkas dua kenderaan dan membuat penahanan terhadap beberapa orang suspek dipercayai terlibat dalam satu kes mencuri tandan kelapa sawit dari sebuah estet di batu 16, jalan Apas pada Julai 11, 2008.

Ketua polis daerah ACP Jaafar Mohd. Yussof berkata pihaknya menerima laporan dari seorang yang mengatakan dia mendapati tandan kelapa sawitnya hilang dari estet tersebut dan perpandukan dengan maklumat yang diterima dan tindakan yang cepat, sebuah pickup jenis Proton Arena ditahan dikawasan yang berdekatan dan penahanan seorang lelaki berumur 65 tahun dan merampas empat tandan kelapa sawit dipercayai dicuri dari estet tersebut.

Beliau juga berkata polis juga dalam masa yang singkat berjaya menahan satu lori satu tan dan merampas jumlah tandan kelapa sawit yang besar dan empat lelaki berumur diantara 28 ke 39 ditahan dipercayai terlibat dalam kes tersebut. Jaafar berkata kes ini disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dalam satu kes lagi, seorang lelaki dibawa ke balai polis daerah untuk membantu dalam satu kes rogol yang melibatkan seorang mangsa perempuan berumur 12 tahun disebuah estet di Kalabakan. Beliau berkata mangsa telah ditarik masuk ke dalam estet tersebut dan dirogol pada jam lebih kurang 6.00 pm.

Bantuan dari pihak masyarakat dipuji oleh Jaafar apabila mereka telah berjaya menahan seorang peragut yang telah meragut rantai emas seorang wanita berumur 29 tahun di jalan Dunlop pada Julai 12 jam 10.00 pagi. Beliau berkata orang ramai bersama mangsa mengejar peragut tersebut dan berjaya menahannya dimana suspek yang berumur 24 tahun tersebut telah diserahkan kepada pihak polis sejurus ditahan.

Saturday, July 12, 2008

:AW berinteraksi dengan masyarakat

TAWAU, Regimen 516 Askar Wataniah terus membuat latihan dalam usaha meningkatkan lagi kemampuan mereka dalam memberi khidmat kepada negara dan pada masa yang sama berinteraksi dengan masyarakat.

Komander regimen tersebut Brigedier Jeneral Datuk Liew Yun Fah berkata bahawa kedua-dua aspek tersebut adalah penting bukan sahaja untuk memampatkan lagi kesediaan mereka tetapi juga membolehkan masyarakat kenal dengan lebih dekat lagi tentang matlamat askar wataniah dan memberi galakkan agar lebih ramai lagi anak-anak Sabah menyertai pertubuhan tersebut.

Liew semasa membuat lawatan ke Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di kem San Shui pagi kelmarin untuk melihat kumpulan anggota regimen tersebut membuat latihan `Flying Fox’ berkata aktiviti sebegini mampu mendedahkan golongan belia kepada perkhidmatan askar wataniah secara lebih dekat. `Kami sentiasa memerlukan golongan belia untuk memberikan khidmat agar pihak kami dapat terus memberi sokongan kepada askar tetap’, katanya lagi.

Liew juga berkata penglibatan masyarakat Sabah adalah penting kerana mereka mempunyai pengetahuan mengenai tanah negeri ini dan pengetahuan ini mampu memberi kelebihan dalam isu-isu pertahanan negeri ini. Lebih dari 130 anggota baru askar wataniah telah terlibat dalam latihan tersebut.

Liew juga mengambil kesempatan tersebut untuk berjumpa dengan muda-mudi PLKN yang hadir.

Thursday, July 10, 2008

:Pakaian tradisional sahut seruan kerajaan

Saranan pihak kerajaan menerima perhatian penuh dari kakitangan-kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau yang telah menyediakan pakaian tradisional yang seragam untuk digunakan pada waktu kerja setiap hari Khasmis. Bukan sahaja saranan ini telah memberi kelainan dari segi pakaian para kakitangan tetapi juga berjaya menyerikan pejabat-pejabat dalam ibu pejabat tersebut.

:Pantai Timur Sabah akan ada lingkaran stesen radar: Allatif

TAWAU, Pantai Timur Sabah akan mendapat lapan sehingga sembilan buah Radar dalam usaha membuat memantauan keatas kawasan tersebut untuk menangani masalah kes-kes jenayah dan kemasukan militan dan memastikan agar kes penculikan 21 orang dari pulau Sipadan tidak akan berulang lagi.

Panglima Angkatan Bersama Lt. Jeneral Dato’ Allatif bin Mohd. Noor berkata pemasangan radar-radar ini akan mula dibina selepas bulan Oktober tahun ini dan akan membantu radar-radar dan pengawasan dari udara, laut dan darat yang sedia ada.

Allatif dalam satu sidang akhbar di kem Kukusan pagi ini berkata sekurang-kurangnya lapan radar akan dipasang untuk tujuan tersebut secara keseluruhanya.

`Kita pada masa kini mempunyai kemampuan pengawasan siang dan malam yang diberikan oleh Angkatan Tentera Udara kami dengan penggunaan teknologi `infra red’ dan radar-radar ini akan memampatkan lagi bidang pengawasan kami’, katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah bangunan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) di kem tersebut. Beliau berkata peningkatan ini akan membuat operasi Ops. Pasir Selatan akan lebih berkesan dan radar-radar tersebut akan diserapkan dalam sistem pertahanan yang sedia ada. Pada masa kini, satu radar telah dikenal pasti akan dibuat di Tinagat untuk matlamat tersebut.

Allatif juga berkata juga telah berhubung dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengemaskini sistem `Pasukan Kilat’ yang melibati kedua-dua pihak. Pada masa yang sama, daerah ini telah dipilih atas sebab-sebah geostrategic yang amat sesuai. beliau juga berkata mereka juga telah membuat permohonan untuk mendapatkan lebih banyak bot-bot untuk tujuan rondaan dan logistic dan juga meminta kerjasama dari agensi-agensi keselamatan lain.

Sebelum itu, Allatif dalam ucapan perasmiannya berkata MAB diwujudkan pada tahun 2006 untuk mengambil alih tugas-tugas Ops. Pasir yang sebelumya dikendalikan oleh markas 5 Briged setelah berlakunya dua kejadian penculikan di pulau Sipadan dan pulau Pandanan dimana 21 pelancong dan rakyat Malaysia yang diculik pada penhujung bulan April, 2000 dan 3 lagi orang dari Pandanan selepas itu.

`Organisasi ini ditubuhkan secara Ad Hoc dan satu perancangan telah dibuat untuk membuat penyelarasan tugas-tugas operasi dengan lebih sistematik bila ATB 2 ditubuhkan dengan 17 pegawai dan lain-lain pangkat dan kini mempunyai 36 anggota yang berjawatan tetap’, katanya.

Beliau juga berkata kewujudan markas ini pada dasarnya adalah akibat dari perubahan scenario peperangan masa kini iaitu konsep peperangan bersama yang lebih awal telah dipraktikkan oleh negara-negara maju untuk mencapai keberkesanan sesuatu operasi.

`Ini menunjukkan komitmen dari pihak kerajaan terhadap keselamatan negeri Sabah dengan kelulusan peruntukan untuk membina markas ATB 2 yang berjumlah RM4.9 juta’, tambahnya lagi. Allatif juga berkata markas ini juga akan dilengkapi dengan sistem pengawasan bersepadu yang berupaya memperolehi maklumat-maklumat yang tepat.

Beliau berkata peningkatan ekonomi kini adalah hasil dari keadaan keselamatan yang terkawal oleh kem KD Sri Semporna, kem KD Sri Wangsa, kem Azumi, kem Dogoton di pulau Banggi dan banyak lagi penempatan tentera yang mengawal keselamatan negeri ini. `Penempatan kem-kem ini juga telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dimana hampir 85 peratus keanggotaan kompeni bot tempur telah dijawat oleh rakyat negeri Sabah selain dari jawatan-jawatan yang lain.

Allatif juga berkata kesan kehadiran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Ops. Pasir dibantu oleh pasukan keselamatan yang lain telah memberi impak yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi dan keadaan keselamatan dengan kehadiran pelancong ke pulau-pulau peranginan dimana 2.4 juta pelancong pada tahun 2007 telah melancong berbanding dengan hanya 1.2 juta pada tahun 2002.

Beliau juga mengucapkan penghargaan beliau kepada komander Regimen 516 Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah yang telah berjaya mendorong anak-anak Sabah untuk mengisi perjawatan kosong dalam ATM. Turut diadakan adalah majlis penyerahan tiga buah kenderaan motosikal empat roda (ATV) untuk menambah lagi kemampuan ATB 2 yang diberikan oleh Markas Angkatan Bersama (MAB).

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah komander ATB 2 Brigedier Jeneral Sheikh Mokhsin bin Sheikh Hassan dan wakil-wakil agensi kerajaan tempatan.

:Polis minta bantuan Indonesia berkas suspek kes bunuh: Jaafar

TAWAU, Polis di Raja Malaysia (PDRM) telah meminta bantuan dari pihak polis Indonesia dalam menjejak dan menangkap seorang suspek yang terlibat dalam satu kes pembunuhan di Wallace Bay kelmarin dalam kawasan kongsi estet Dukawan.

Ketua Polis daerah ACP Jaafar Mohd. Yussof berkata pihaknya telah membuat permintaan tersebut apabila kematian mangsa Mansor bin Ambo, 44, dipercayai mati akibat ditikam sebanyak 16 kali oleh suspek yang telah dikenali sebagai Lias Darise, 40.

`Maklumat orang awam yang diterima menunjukkan suspek yang mempunyai paspot sah telah melarikan diri kearah sempadan Indonesia yang terletak lebih kurang 300 meter dari tempat kejadian’, katanya.

Beliau berkata mangsa yang bekerja sebagai juragan kapal feri membawa produk minyak kelapa sawit dari Wallace Bay ke Merotai dipercayai dibunuh dengan menggunakan pisau yang dikenali sebagai taji ayam lebih kurang jam 8.00 pagi.

`Kami mendapat maklumat mangsa telah ke kongsi tersebut dan bertemu dengan suspek dimana pergaduhan berlaku atas sebab isteri suspek dan pergaduhan tersebut berlaku sejurus itu’, tambahnya lagi.

Dalam satu kes lagi, dua suspek dalam satu kes pecah rumah ditangkap oleh pihak polis petang kelmarin apabila mereka dipercayai telah memasuki satu rumah di Taman Scenery pada pagi hari yang sama. Beliau berkata ini adalah hasil maklumat tuan rumah yang berjaya menyaksikan kenderaan tersebut dalam kes tersebut dimana 5 buah telefon bimbit dan satu MP4 dilaporkan hilang dengan jumlah kerugian sebanyak RM5,000.


`Berdasarkan pada maklumat yang diterima, kami telah menjumpai kenderaan Kancil tersebut di pasar sayur di Sin Onn dan berjaya menahan dua orang dan merampas balik semua barang-barang yang dicuri pada jam lebih kurang 4.30 petang’, katanya. Jaafar juga berkata dua-dua suspek tersebut yang berumur 27 dan 22 kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Tuesday, July 8, 2008

:Wanita hilang wang dalam kes tipu

TAWAU, Masyarakat digesa agar tidak mudah terpedaya dengan janji duit yang dibuat oleh orang yang tidak dikenali kerana pihak polis daerah telah merekodkan satu lagi kes penipuan dimana seorang gadis telah hilang lebih dari RM4,680 setelah percaya akan maklumat yang beliau telah memenangi hadiah wang tunai RM156,000 dalam satu permainan televisyen Hong Kong yang ditanyangkan di Astro.

Pemangku ketua polis daerah Supt. Haji Ramli Ali Mat berkata mangsa yang berumur dalam 20an telah memasukkan wang ke dalam dua akaun atas permintaan orang yang mengaku adalah penganjur program tersebut. Ramli berkata wanita tersebut dihubungi melalui telefon oleh seorang yang mengaku dirinya kakitangan dari syarikat Farmosa yang menganjurkan program tersebut dan nombor astro mangsa telah dicabut dan beliau memenangi wang tersebut.

`Mangsa terpedaya dengan pemanggil dan terus memasukkan sejumlah RM4,680 ke dalam satu akaun bank atas permintaan pemanggil dan sekali lagi memasukkan duit ke dalam satu lagi akaun bank lain apabila pemanggil meminta bayaran tersebut’, katanya.

Beliau berkata mangsa berkata bayaran kedua adalah bayaran cukai kepada kerajaan Hong Kong untuk mengeluarkan duit kemenangan itu dari negara tersebut. Ramli juga berkata mangsa diminta menunggu panggilan mereka selepas memasukkan duit tersebut kedalam bank tetapi setelah beberapa hari menunggu, mangsa akhirnya membuat laporan polis.

Dalam satu lagi kes, seorang wanita dalam linkungan umur 20 berjaya mematahkan satu percubaan untuk merampas beg tangan beliau apabila dia mengigit lengan suspek semasa bergelut.

Kejadian berlaku di jalan Apas batu 5 pada jam lebih kurang 6.30 petang dan suspek terpaksa melepaskan beg tersebut dan berjaya lari sejauh lebih kurang 100 meter sebelum ditahan oleh orang awam. Ramli berkata mangsa berjalan di kawasan tersebut setelah turun dari sebuah bas dan secara tiba-tiba suspek yang berjalan kearahnya merampas dompet mangsa.

Dalam satu lagi kes, seorang peniaga wanita hilang beg tangan beliau kerana kelalaian beliau sendiri untuk menjaganya.

Ramli berkata mangsa dalam linkungan umur 40an berada didalam kedainya di jalan Bilian dan meletakkan beg beliau di lantai dan dating dua orang yang tidak dikenalinya. Beliau menambah satu dari suspek duduk disebuah bangku dalam kedai tersebut dan satu lagi membuat pertanyaan kepada mangsa dan selepas itu beredar dari kedai tersebut. `Mangsa dapati beg beliau yang berisi pelbagai kad ATM, lessen memandu, Maykad, satu rantai leher dan satu Nokia 6500 hilang dan dianggarkan kerugian RM6,500’, katanya lagi.

Sunday, July 6, 2008

:Kejohanan Golf Amal STIA dapat RM60 ribu

TAWAU, Usaha Persatuan Perusahaan Kayu-Kayan Sabah dalam penganjuran Golf Amal STIA 2008 adalah satu daripada usaha murni persatuan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik dan sejajar dengan usaha kerajaan dalam membina masyarakat yang prihatin.

Pengerusi persatuan Chua Yeong Perng berkata dalam ucapan penutupan majlis tersebut yang diadakan di Kelab Golf Tawau Hot Spring petang ini adalah satu usaha untuk menjana sikap prihatin mereka kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

`Saya mengucapkan syabas kepada semua pemain dan mereka yang menyumbang kepada kebaikan ini kerana kita telah berjaya mengutip sejumlah RM60,000 untuk membantu mereka’, kata Chua mengenai jumlah kutipan yang akan diberikan kepada Sekolah untuk orang-orang pekak Tawau, Special Olympic Sabah dan Ahli Lembaga Pelawat Sri Stella Tawau. Sejumlah 77 pemain menyertai kejohanan tersebut yang bermula pagi ini dimana pelancarannya telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah YB Peter Pang En Yin.

Pemenang dalam kejohanan nett adalah Lee Li Kiong.

Kejohanan golf amal tersebut dianjurkan setelah 11 tahun ianya tidak diadakan dan kini ianya akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan STIA. Mantan pengerusi persatuan tersebut Lim Piak Chu yang menganjurkan kejohanan ini yang lalu telah berjaya mendapat RM50,000 dimana ianya digunakan untuk membina sebuah dewan makan untuk penghuni rumah warga emas di Air Panas Tawau.

Kutipan sebanyak RM10,050 adalah dari kejohanan tersebut manakala seorang penderma telah menyumbang sebanyak RM10,000 dan ini adalah sumbangan terbesar seorang individu.

:Golf amal STIA dipuji: Pang

TAWAU, Sikap permurah dikalangan masyarakat di negara ini dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik adalah amat dihargai dan ini menunjukkan sikap suka membantu tanpa mengharapkan apa jua balasan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah YB Peter Pang En Yin berkata bahawa banyak organisasi telah membuat kerja-kerja amal dan ini telah memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada mereka yang memerlukannya. Pang semasa merasmikan kejohanan golf Persatuan Industri Kayu Balak Sabah 2008 yang diadakan di Kelab Golf Tawau Air Panas adalah satu usaha yang amat dihargai.

`Persatuan ini telah memainkan peranan yang amat baik dalam sektor industri kayu kayan Sabah dan tanggungjawab kepada masyarakat yang dilakukan amat dialu-alukan.


Beliau mengesa agar persatuan tersebut terus menyumbang kepada masyarakat yang memerlukannya seperti yang selalu mereka lakukan dan usaha ini juga perlu dijadikan teladan kepada yang lain.

Sebelum itu, Raymond Chiaw, penolong pengerusi persatuan tersebut dalam ucapannya berkata usaha ini adalah untuk mendapatkan dana kepada persatuan Olimpik Khas, sekolah pekak dan anak-anak khas di sekolah Sri Stella. `Ini adalah sumbangan kami dalam menyahut polisi kerajaan dalam membantu mereka yang memerlukannya’, Chiaw berkata.

Seramai 78 pemain dijangka akan menyertai pertandingan ini yang akan diadakan pada Julai 6.

Friday, July 4, 2008

:Berita perlu tepat: Tawfiq

TAWAU, Pembangunan media altenatif seperti yang terdapat didalam internet terus mendapat perhatian dari golongan pembaca yang kian berkembang dan berita-berita ini perlulah disediakan dengan maklumat yang tepat dan bukan hanya menyebarkan berita-berita sensasi tanpa meneliti kebenaran dan kesahihannya.

`Pada pandangan saya, apa yang berlaku hari ini dengan persembahan berita-berita sensasi yang tidak diketahui kesahihannya atau kebenarannya dan ada masanya (berita sensasi) telah menyebabkan kesusahan dan wujudnya komen-komen yang bersifat perkauman dan yang menyakitkan hati’, kata Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Timbalan Menteri Kewangan Sabah berkata dalam satu temubual.

Beliau berkata adalah penting untuk pengusaha-pengusaha media altenatif untuk menunjukkan sikap menyebaran berita yang tidak hanya mempunyai cirri-ciri sensasi malah mampu memupuk semangat bersatu dikalangan masyarakat Malaysia yang unik.

`Sabah memberi sokongan kepada kestabilan politik negara ini dan adalah kritikal kerana Sabah mempunyai kaum-kaum dan kepercayaan agama yang berbeza’, katanya.

Tawfiq berkata walaupun masyarakat yang berada dalam keadaan `rapuh’ tetapi mereka telah berjaya menyatukannya dan ini adalah penting untuk kita memupuk kesatuan tersebut. Beliau menambah kegagalan untuk memupuk sifat bersatu ini akan akan membawa sikap negatif yang kuat kepada negara.

Beliau pada masa yang sama mengucapkan syabas kepada sekumpulan individu yang telah mengwujudkan satu lagi media altenatif i-sabah.blogspot.com dan percaya kemampuan kumpulan ini akan dapat membuat berita dengan baik dan tepat kerana pengalaman mereka dalam membuat berita.

Thursday, July 3, 2008

: Polis siasat kehilangan 100 kotak sabun cuci

TAWAU, Polis daerah masih menjalankan siasatan keatas satu kes pecah masuk gudang yang terletak di jalan Damai yang berlaku kelmarin apabila didapati gudang tersebut yang diisi dengan pelbagai barangan hilang hanya lebih kurang 100 kotak sabun cuci dengan kerugian dianggarkan diantara RM3,000 ke RM4,000.

Pemangku ketua polis daerah Supt. Haji Ramli Ali Mat berkata pihaknya menerima laporan tersebut dari seorang berbangsa Cina dalam linkungan umur 60an yang melaporkan kehilangan tersebut. Ramli berkata orang yang membuat laporan tersebut telah pergi ke gudang tersebut pagi ini dan mendapati satu cermin jendela gudang tersebut telah pecah dan beliau terus masuk dan mendapati kehilangan tersebut.

Gudang tersebut telah dibiarkan untuk suatu waktu yang agak lama dan lawatan pengadu pagi itu telah menjumpai kehilangan tersebut.

:Polis Marin berjaya pintas cubaan menyeludup diesel keluar negara

TAWAU, Polis marin daerah menahan tiga kenderaan dan merampas lebih kurang 9,550 liter dipercayai diesel subsidi bertujuan untuk diseludup ke negara jiran setelah menerima maklumat.

Ketua polis marin DSP Husaini Zainal Abidin berkata berpandukan matlumat yang diterima, satu pegawai dan tujuh anggota bergegas ke jalan Brantian lebih kurang 800 meter dari sungai Sibuku pada Julai 2, 2008 jam 1.00petang and menahan satu Hilux, satu Trooper dan satu lori tangki bersama dua pemandu.

`Jumlah rampasan kesemuanya dianggarkan sebanyak RM200,000 dimana nilai diesel sendiri dianggarkan RM25,594’, katanya.

Operasi tersebut melibatkan satu pegawai dan tujuh anggota pada masa ketiga-tiga kenderaan tersebut cuba merentasi sungai tersebut ke negara jiran. Sehingga Julai tahun ini, pihak beliau telah berjaya merampas lebih kurang 33,650 liter diesel yang cuba diseludup keluar bernilai dalam lingkungan RM63,190.