Saturday, July 12, 2008

:AW berinteraksi dengan masyarakat

TAWAU, Regimen 516 Askar Wataniah terus membuat latihan dalam usaha meningkatkan lagi kemampuan mereka dalam memberi khidmat kepada negara dan pada masa yang sama berinteraksi dengan masyarakat.

Komander regimen tersebut Brigedier Jeneral Datuk Liew Yun Fah berkata bahawa kedua-dua aspek tersebut adalah penting bukan sahaja untuk memampatkan lagi kesediaan mereka tetapi juga membolehkan masyarakat kenal dengan lebih dekat lagi tentang matlamat askar wataniah dan memberi galakkan agar lebih ramai lagi anak-anak Sabah menyertai pertubuhan tersebut.

Liew semasa membuat lawatan ke Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di kem San Shui pagi kelmarin untuk melihat kumpulan anggota regimen tersebut membuat latihan `Flying Fox’ berkata aktiviti sebegini mampu mendedahkan golongan belia kepada perkhidmatan askar wataniah secara lebih dekat. `Kami sentiasa memerlukan golongan belia untuk memberikan khidmat agar pihak kami dapat terus memberi sokongan kepada askar tetap’, katanya lagi.

Liew juga berkata penglibatan masyarakat Sabah adalah penting kerana mereka mempunyai pengetahuan mengenai tanah negeri ini dan pengetahuan ini mampu memberi kelebihan dalam isu-isu pertahanan negeri ini. Lebih dari 130 anggota baru askar wataniah telah terlibat dalam latihan tersebut.

Liew juga mengambil kesempatan tersebut untuk berjumpa dengan muda-mudi PLKN yang hadir.