Tuesday, July 8, 2008

:Wanita hilang wang dalam kes tipu

TAWAU, Masyarakat digesa agar tidak mudah terpedaya dengan janji duit yang dibuat oleh orang yang tidak dikenali kerana pihak polis daerah telah merekodkan satu lagi kes penipuan dimana seorang gadis telah hilang lebih dari RM4,680 setelah percaya akan maklumat yang beliau telah memenangi hadiah wang tunai RM156,000 dalam satu permainan televisyen Hong Kong yang ditanyangkan di Astro.

Pemangku ketua polis daerah Supt. Haji Ramli Ali Mat berkata mangsa yang berumur dalam 20an telah memasukkan wang ke dalam dua akaun atas permintaan orang yang mengaku adalah penganjur program tersebut. Ramli berkata wanita tersebut dihubungi melalui telefon oleh seorang yang mengaku dirinya kakitangan dari syarikat Farmosa yang menganjurkan program tersebut dan nombor astro mangsa telah dicabut dan beliau memenangi wang tersebut.

`Mangsa terpedaya dengan pemanggil dan terus memasukkan sejumlah RM4,680 ke dalam satu akaun bank atas permintaan pemanggil dan sekali lagi memasukkan duit ke dalam satu lagi akaun bank lain apabila pemanggil meminta bayaran tersebut’, katanya.

Beliau berkata mangsa berkata bayaran kedua adalah bayaran cukai kepada kerajaan Hong Kong untuk mengeluarkan duit kemenangan itu dari negara tersebut. Ramli juga berkata mangsa diminta menunggu panggilan mereka selepas memasukkan duit tersebut kedalam bank tetapi setelah beberapa hari menunggu, mangsa akhirnya membuat laporan polis.

Dalam satu lagi kes, seorang wanita dalam linkungan umur 20 berjaya mematahkan satu percubaan untuk merampas beg tangan beliau apabila dia mengigit lengan suspek semasa bergelut.

Kejadian berlaku di jalan Apas batu 5 pada jam lebih kurang 6.30 petang dan suspek terpaksa melepaskan beg tersebut dan berjaya lari sejauh lebih kurang 100 meter sebelum ditahan oleh orang awam. Ramli berkata mangsa berjalan di kawasan tersebut setelah turun dari sebuah bas dan secara tiba-tiba suspek yang berjalan kearahnya merampas dompet mangsa.

Dalam satu lagi kes, seorang peniaga wanita hilang beg tangan beliau kerana kelalaian beliau sendiri untuk menjaganya.

Ramli berkata mangsa dalam linkungan umur 40an berada didalam kedainya di jalan Bilian dan meletakkan beg beliau di lantai dan dating dua orang yang tidak dikenalinya. Beliau menambah satu dari suspek duduk disebuah bangku dalam kedai tersebut dan satu lagi membuat pertanyaan kepada mangsa dan selepas itu beredar dari kedai tersebut. `Mangsa dapati beg beliau yang berisi pelbagai kad ATM, lessen memandu, Maykad, satu rantai leher dan satu Nokia 6500 hilang dan dianggarkan kerugian RM6,500’, katanya lagi.