Saturday, August 16, 2008

:Jualan amal dapat sambutan

TAWAU: Sumbangan murni para penderma dan pembeli di jualan amal anjuran Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Rumah Wargatua Air Panas terus mendapat sokongan yang baik dari masyarakat dan diharap dapat diteruskan dalam menambah dana ALP untuk tujuan pembiayaan aktiviti-aktiviti tambahan kepada penghuni di institusi tersebut.

Bendahari ALP, Liew Fook Kiaw berkata sokongan dari pihak masyarakat adalah amat dihargai kerana aktiviti-aktiviti tambahan ini mampu memberi satu dorongan kepada penghuni untuk terus aktif dalam kehidupan harian mereka.

Pelbagai barang jualan termasuklah barangan hiasan rekabentuk Cina dan juga makanan kesihatan kini dipamerkan di dewan makan institusi tersebut kepada mereka yang ingin membeli.

Beliau berkata barangan ini adalah sumbangan dari bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Liew Yun Fah bersama beberapa pemimpin masyarakat lain seperti Datuk Yong Chi Fui dan Yen She Tan.

Institusi tersebut kini mempunyai 37 penghuni warga emas dan antara aktiviti yang bakal diadakan adalah aktiviti lawatan ke Kota Kinabalu pada Julai 18 selama tiga hari. Penguasa institusi tersebut Taufiq Leong berkata rombongan seramai 18 orang terdiri dari 10 warga emas akan membuat lawatan tersebut.

Beliau berkata rombongan ini akan membuat kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dan Etong @ Ithong Bin Terang, pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.

`Kunjungan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada warga emas untuk lebih mengenali pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan warga emas’, katanya.

Rombongan tersebut juga akan membuat lawatan muhibbah ke Rumah Wargatua Sri Pritchard Kinarut di Papar dan ke muzium negeri.

:Kursus Tempur Tanpa Senjata Regimen 516

TAWAU: Para anggota askar wataniah di Regimen 516 yang berpengkalan di Pantai Timur Sabah digesa agar mengambil latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS) sebagai satu latihan yang boleh memberi keyakinan kepada mereka dalam perkhidmatan mereka dalam regimen tersebut.

Lt. Kol. Mohd. Samin bin Haji Mohd. Sih, timbalan komander regimen tersebut berkata latihan TTS adalah amat penting untuk setiap pegawai dan anggota kerana kemampuan dalam TTS adalah penting dalam penugasan mereka.

Samin berkata demikian dalam majlis perasmian Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata siri 1/2008 di kem regimen tersebut baru-baru ini. Kursus tersebut dihadiri oleh 96 askar wataniah dan 9 askar tetap. Latihan tersebut akan berakhir pada penghujung bulan Ogos ini.

:Taklimat Vanila dan lebah madu diadakan

TAWAU: Satu majlis taklimat tanaman Vanila dan ternakan lebah madu telah diadakan kelmarin anjuran Komuniti Bestari kawasan Sin Onn dengan kerjasama Unit Pemimpin Kemauan Rakyat kawasan Sri Tanjong pada Ogos 16 yang dirasmikan oleh Datuk Haji Tawfiq Haji Abu Bakar Titingan.

Kursus sehari itu telah dihadiri oleh 200 peserta dan tetamu jemputan dimana dua pegawai dari Korporasi Pembangunan Desa telah memberikan ceramah mengenai projek-projek tersebut. Matlamat taklimat tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai maanfaat yang ada. Kedua-dua projek tersebut disokong oleh pihak kerajaan dimana subsidi akan dikeluarkan kepada mereka yang berminat dan layak untuk mencubanya. Kedua-dua bahan kini mendapat harga yang amat mengalakkan dipasaran dunia.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Hong Len Fui ditalian 013-8863636

Saturday, August 9, 2008

:Malam Amal bantu institusi kebajikan

TAWAU: Majlis Makan Malam Amal Korporat 2008 yang diadakan semalam telah menyaksikan beberapa institusi termasuk tabung mangsa gempa bumi Szechuan, China, menerima cek hasil dari sumbangan murni masyarakat yang membuat derma keatas majlis tersebut.

Makan malam tersebut memperlihatkan isteri Ketua Menteri Sabah, Dating Seri Panglima Hajah Faridah Tussin memberikan cek kepada Tabung Kebajikan N:56 Apas sejumlah RM20,000. Turut menerima bantuan sebanyak RM5,000 setiap satu adalah tabung mangsa gempa bumi Szechuan, China, Puspanita dan Pusat Perlindungan Kanak-kanak.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq DSP Haji Abu Bakar Titingan, Haji Salsidu Ibrahim, presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Datuk Baharom DSP Haji Abu Bakar Titingan, penasihat untuk Yayasan Ar-Rahmah, Datuk Hajah Dayang Mahani Tun Haji Ahmad Rafae, Pengerusi eksekutif I Haji Abdul Rashad Haji Adam dan pengerusi II Najib Tay.

Majlis makan malam amal tersebut dihadiri oleh lebih 750 tetamu dimana mereka dihiburkan oleh nyanyian dan pertunjukkan fesyen.

GAMBAR MENUNJUKKAN PELANCARAN MALAM AMAL TERSEBUT OLEH DATIN FARIDAH.

:Pang sumbang dalam jualan amal

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Merotai YB Pang Nyuk Ming telah membuat sumbangan dalam usaha membantu mencari dana oleh Badan Pelawat Rumah Warga Emas Air Panas.

Pang memberi sumbangan berbentuk wang dan barangang bernilai RM4,000 dimana dana ini akan digunakan untuk kebaikan warga emas yang tinggal di institusi tersebut.

Menerima bagi pihak Badan tersebut adalah bendahari Liew Fook Kiaw.

Jualan amal tersebut masih dijalankan di balai makan rumah tersebut.

GAMBAR MENUNJUKKAN BENDAHARI BADAN PELAWAT RUMAH TERSEBUT BERSAMA WARGA EMAS BERSAMA SUMBANGAN IKHLAS TERSEBUT.

:Pelepasan parol penghuni penjara tertinggi di Sabah

TAWAU: Proses pelepasan parol untuk lima lagi penghuni penjara daerah hari ini sejak sistem parol diluluskan Disember 2007 dan proses ini telah menjadikan daerah ini membuat parol terbanyak iaitu sembilan orang dalam negeri ini pada masa kini.

Pengarah Penjara daerah Mat Johir Hashim berkata empat penghuni penjara telah diberi parol sejak Julai 28. Johir berkata demikian di pejabat beliau bersama pegawai parol daerah Noraini Abd. Karim setelah menyaksikan proses penghantaran lima penghuni tersebut kepada pejabat parol untuk dibebaskan dengan pemerhatian di daerah mereka masing-masing di Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

`Sistem parol ini dapat membantu mengurangkan penghuni di pusat tahanan dan memberi peluang kepada mereka yang di parol berinteraksi dengan masyarakat dengan penyeliaan yang teratur’, katanya.

Johir juga berkata penghuni yang layak menerima parol adalah mereka yang didenda penjara lebih dari setahun kecuali mereka yang dihukum mati, penjara seumur hidup, banduan yang ditahan di bawah perkenaan Yang DiPertuan Agong atau Raja mahupun Yang DiPertuan Negeri. Beliau juga berkata kejayaan sistem ini memerlukan sokongan masyarakat dan golongan keluarga penghuni yang di parol.

Noraini dalam menjawab satu soalan berkata tidak wujud masalah yang dihadapi oleh pejabat beliau dengan mereka yang telah di parol.

Wednesday, August 6, 2008

:Shell bawa senyuman dan hadiah kepada warga emas

TAWAU: Lebih dari 30 individu yang terdiri dari para ahli Shell Timur Sdn. Bhd., ahli-ahli keluarga dan kontraktor-kontraktor melibatkan diri dalam satu projek komuniti yang diadakan di Rumah Warga Emas Air Panas Ahad lalu.

Pasukan tersebut telah diketuai oleh pengurus terminal daerah Jamir Mahmood dan antara mereka yang terlibat dalam aktiviti ini adalah Eddie Abdullah, Penasihat, Pelaburan Masyarakat untuk Sabah dan Labuan untuk Hal Ehwal Korporat Shell dan juga Dr. Edmond Fernandez, penasihat perubatan dan kesihatan atau lebih dikenali sebagai MUHA.

Jamir berkata aktiviti tersebut adalah satu dari projek komuniti mereka dalam membawa perubahan dan keceriaan kepada mereka yang memerlukannya. Projek sehari tersebut juga melibatkan satu ceramah yang dibuat oleh Edmond dimana topik mengenai pentingnya penjagaan kesihatan dan juga cara-cara menghadapi dengan beberapa penyakit akibat umur yang lanjut.

Tuesday, August 5, 2008

:Masyarakat digesa sokong jualan amal di institusi warga emas: Liew

TAWAU: Masyarakat digesa untuk pergi ke Rumah Warga Emas Air Panas (RWEAP) untuk menyokong satu jualan barangan kerana semua duit hasil dari jualan tersebut akan didermakan kepada rumah tersebut.

Tiga penderma barangan telah diberikan kepada rumah tersebut dimana penjualan telah bermula setiap hari di dewan makan rumah tersebut dari jam 9.00 pagi ke 2.00 petang.

Barang-barang tersebut telah disumbangkan oleh Datuk Liew Yun Fah, Dato’ Yong Ki Fui dan Madam Yen She Tan kini sedang dijual kepada masyarakat. Pegawai rumah tersebut Tawfiq Leong berkata kutipan tersebut akan digunakan untuk membeli keperluan harian warga emas yang tinggal disana dan juga sebagai dana untuk aktiviti-aktiviti penghuni rumah tersebut.

Juga menyumbang kearah dana tersebut adalah Chai charng Sheng mewakili Tokong Ju Bao Tang dimana sumbangan sebanyak RM500 diberikan dan sumbangan juga datang dari wakil Pengangkutan Nasip Jaya.

GAMBAR MENUNJUKKAN LIEW MEWAKILI ISTERINYA DATIN AH NYUK LEN, PENGERUSI BADAN PELAWAT RUMAH TERSEBUT MENERIMA CEK DARI CHAI.

:Sokong penuh usaha kerajaan pembangunkan taraf pendidikan: Liew

TAWAU: Para ibubapa digesa agar meneruskan usaha membantu sekolah dimana anak-anak mereka belajar melalui pemberian sokongan kepada pihak sekolah terserbut dan secara tidak langsung membantu usaha kerajaan dalam meningkatkan lagi kemajuan dalam bidang pendidikan.

Komander pemerintah Regimen 516 Askar Wataniah dan juga bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah SM Teknik ke 12 baru-baru ini berkata usaha ini adalah perlu kerana ianya dapat membantu anak-anak mereka berjaya dan usaha kerajaan tidak disia-siakan semata-mata.

Liew yang juga bapa angkat sekolah tersebut berkata pihak kerajaan melalui Menteri Pelajaran Malaysia Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein telah memberikan usaha yang tepat dalam pembangunan pendidikan anak-anak Malaysia tetapi usaha ini perlu disokong oleh pihak ibubapa.

`Tanpa sokongan yang kuat, maka usaha kerajaan tidak akan berjaya seperti yang dirancang dan kita semua akan rugi kerana pembertaruhkan masa depan anak-anak kita’, tambahnya dalam majlis tersebut yang dihadiri oleh lebih 600 ibubapa di dewan sekolah tersebut.

Liew yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Merotai berkata persatuan PIBG memainkan peranan yang amat penting dalam membantu sekolah dalam pendidikan anak-anak mereka. Beliau juga berkata penglibatan para ibubapa akan membuahkan hasil yang amat baik dan secara tidak langsung memberi faedah kepada semua.

Liew pada masa yang sama membuat gesaan agar pihak ibubapa juga perlu memberi sokongan kepada PIBG yang mereka ceburi agar persatuan ini dapat membantu sekolah.

`Sesebuah persatuan akan menjadi lebih kuat dengan adanya dana yang baik dan ini juga adalah saranan saya kepada semua agar dapat memberi sumbangan kepada dana tersebut’, tambahnya lagi.

Saranan beliau diterima dengan baik apabila satu kutipan dibuat pada majlis tersebut dimana lebih dari RM7,500 telah dikutip sumbangan murni dari pihak ibubapa, para pendidik dan Liew sendiri untuk memperkukuhkan tabung PIBG sekolah tersebut.

Antara yang hadir dalam majlis tersebut adalah Azman Mansor, penolong kanan hal ehwal pelajar sekolah dan Yang Dipertua PIBG SM Teknik Mohd. Rashid Saad dan timbalan beliau.


GAMBAR MENUNJUKKAN LIEW MEMBERIKAN JUMLAH KUTIPAN KEPADA WAKIL PIBG SM TEKNIK.