Tuesday, September 9, 2008

:Kursus kemahiran pengawal keselamatan berakhir

LAHAD DATU: Satu kursus Kemahiran Pengawal Keselamatan tahap 1 Siri 19 & 20/2008 selama empat hari telah ditutup dengan rasminya pada 21 Ogos, 2008 dimana seramai 59 peserta yang melibatkan pengawal-pengawal keselamatan dari syarikat-syarikat keselamatan yang berpusat diseluruh Sabah.

Majlis penutupan tersebut dirasmikan oleh ketua eksekutif Syarikat Suria Security Services Sdn. Bhd., Lt. Kol. (B) Dato’ Abdul Rashid Abdul Wahid Beliau berkata program ini diselarikan dengan modul latihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan objektifnya adalah untuk melahirkan pengawal-pengawal keselamatan yang mempunyai sikap disiplin yang tinggi, setia, cekap dan juga amanah semasa menjalankan tugas mereka.

`Pada masa yang sama juga, kursus ini juga memberikan pengetahuan asas untuk peserta semasa mereka menjalankan tugas-tugas mereka’, tambahnya. Abdul Rashid juga berkata ianya juga bertujuan untuk memartabatkan pengawal-pengawal keselamatan dikalangan masyarakat.

Kursus ini dianjurkan oleh Suria Security Services Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia.

Rashid pada masa yang sama juga menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta dalam majlis yang diadakan di SK Dayang.

Monday, September 8, 2008

:Pencapaian Harthono satu galakkan kepada semua: Au

SANDAKAN: Usaha yang telah ditunjukkan oleh presiden Persatuan Pencipta dan Pemegang Rekod Sabah (PPPRS) Harthono Isnanthomo telah menjadi satu galakan dan motivasi kepada masyarakat dan ADUN Elopura Au Kam Wah untuk berusaha dengan tekun dalam mencapai sesuatu impian.

Au semasa bersama Harthono dan ahli-ahli persatuan tersebut berkata Harthono yang telah memecahkan rekod negara dengan berdiri selama 30 jam di puncak menara Kuala Lumpur adalah sesuatu yang amat dibanggakan kerana ianya membuktikan bahawa salah satu anak Malaysia mampu membuat sesuatu yang mencabar.

Beliau juga berkata ketekunan Harthono merupakan sesuatu yang unik dan ini mampu memberi galakkan kepada rakyat Malaysia untuk berusaha dan berdaya saing untuk mencapai sesuatu yang amat mencabar.

GAMBAR MENUNJUKKAN AU BERSAMA HARTHONO DAN MEREKA YANG HADIR DALAM MAJLIS TERSEBUT.

:Pemimpin akan berganti, masyarakat perlu terus maju: Liew

TAWAU: Penduduk kampung Kijang di Merotai digesa agar meneruskan usaha dalam perpaduan mereka kerana pemimpin-pemimpin akan silih berganti tetapi masyarakat akan tetap menjadi masyarakat dikawasan mereka masing-masing.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Merotai Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah berkata masyarakat perlulah terus meneruskan usaha membangunkan kawasan mereka walaupun pemimpin mereka berganti kerana ini adalah amat penting untuk mereka.

Liew berkata demikian semasa menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Dumit Rasid semalam bersama lebih 50 penduduk kampung yang hadir.

`Kita kini sering melihat para pemimpin berpecahan dari berita-berita yang disiarkan dalam media tetapi walau apapun yang berlaku dikalangan mereka, masyarakat tetap perlu menuju kearah era yang baru’, tambahnya lagi.

Pada masa yang sama, Liew berkata beliau bersama isteri juga mengucapkan terima kasih keatas majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Dumit dan Mohd. Fakir.

Wakil Ketua Anak Negeri Merotai, Mohd. Fakir semasa berucap juga menekankan kemajuan Merotai hasil dari perpaduan yang dipraktikkan oleh masyarakat disana dan usaha Liew semasa beliau menjadi ADUN telah menunjukkan perpaduan yang erat dikalangan masyarakat.

`Pembangunan juga menjadi agenda utama Liew dimana Merotai telah mendapat infrastruktur baru seperti masjid, dewan, One Stop Center, kenderaan Jenazah, kenderaan ambulan dan juga kenderaan bomba’, katanya lagi dalam majlis tersebut.

Liew dalam masa yang sama juga memberi sumbangan kepada 20 penerima dalam bentuk beras dan makanan kering.

GAMBAR MENUNJUKKAN LIEW BERSAMA MASYARAKAT ISLAM DI KAMPUNG TERSEBUT.

:Saman untuk penumpang tempat duduk belakang yang gagal memasang tali pinggang keselamatan jika ada: Ong

TAWAU: Kementerian Pengangkutan Malaysia akan mengenakan saman kepada penumpang-penumpang yang duduk dibahagian belakang yang mempunyai tali pinggang keselamatan bermula Januari 1, 2009 untuk kenderaan yang dibina dari tahun 1995 sehingga sekarang.

Datuk Ong Tee Keat, Menteri Pengangkutan Malaysia berkata pihak kerajaan telah meminta agar pengeluar kenderaan dari Proton, Perodua, Naza dan Honda untuk memasang secara percuma kenderaan buatan mereka yang dikeluarkan sejak 1995 dan seterusnya yang kini sudah dijual kepada rakyat untuk mengurangkan beban kepada para pemilik kenderaan.

Beliau berkata demikian semasa membuat lawatan kerja ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan membuat perjumpaan dengan Persatuan Bas Sekolah Tawau (PBST), Persatuan Teksi Tawau (PTT) dan Persatuan Lori Tawau (PLT) hari ini.

Ong berkata kenderaan tanpa tali pinggang keselamatan dibahagian tempat duduk belakang akan dikecualikan dari saman ini tetapi pemilik-pemilik kenderaan ini perlulah memasangnya sebelum 2011. Beliau juga mengesa mereka yang memiliki kenderaan dari empat syarikat pembuat kenderaan yang disebut tadi agar pergi ke wakil-wakil kenderaan tersebut untuk mendapatkan pemasangan ini secara percuma dan tidak menggunakan khidmat pemasangan luar yang mungkin akan menjejaskan keselamatan penumpang-penumpang yang duduk dibelakang tempat duduk.

Beliau juga berkesempatan mendengar masalah-masalah yang diluahkan oleh ketiga-tiga persatuan tersebut dan terdapat beberapa masalah yang ditimbulkan telah memberi kejutan kepada beliau seperti masalah `bas sekolah haram’ yang dilaporkan telah menghantar anak-anak sekolah dan kewujutan `bayaran’ yang tidak sekata dikenakan oleh PUSPAKOM dalam aspek pemeriksaan kenderaan.

Perkara lain yang turut diterima beliau adalah mengenai harga tinggi yang dikenakan keatas mereka yang mengambil pelajaran memandu kenderaan untuk mendapatkan lesen memandu.

Ong berkata masalah-masalah yang dilaporkan akan diambil tindakan oleh beliau walaupun beberapa masalah tersebut bukan dibawah bidang kuasa Kementerian beliau.

`Dalam masalah bas sekolah haram, saya berharap agar ahli-ahli persatuan ini dapat memberikan kerjasama semasa kami mengambil tindakan dalam menangani masalah ini’, tambahnya lagi.

Ong juga pada masa yang sama berkata Kementerian beliau sedang mengalakkan mereka yang mempunyai urusan dengan JPJ agar menggunakan sistem on-line internet mereka untuk mengurangkan mereka yang terpaksa berbaris untuk menguruskan kerja-kerja mereka di pejabat-pejabat JPJ. Beliau juga diberi penerangan oleh pengarah JPJ Sabah Wan Idris mengenai `Runner’ mahupun agensi yang memberikan khidmat kepada masyarakat dalam mengendalikan proses-proses yang perlu dengan JPJ diberikan satu kaunter khas dan ini tidak menganggu mereka yang berurusan sendiri di Sabah.


GAMBAR MENUNJUKKAN ONG SEMASA SESI PERJUMPAAN TADI.

Tuesday, September 2, 2008

:Regimen 516 buat program tarik minat golongan Tionghua

TAWAU: Regimen 516 Askar Wataniah menerima lebih kurang seratus pelawat dari rakyat Malaysia dari keturunan Cina dalam satu majlis yang bersejarah dalam satu program mempromosi regimen tersebut Sabtu lepas.

Antara persatuan yang hadir selain dari individu adalah dari Gabungan Persatuan Cina Sabah dan dari Sekolah Menengah Tinggi Sabah Chinese. Komander regimen tersebut Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah bersama timbalan komander beliau Lt. Kolonel Mohd. Samin Haji Mohd. Sih menerima rombongan tersebut dimana tetamu yang hadir menyaksikan pameran, pertunjukkan dan taklimat mengenai regimen tersebut.

Program tersebut dipercayai adalah program yang pertama dianjurkan oleh mana-mana regimen askar wataniah dalam mengalakkan masyarakat Cina untuk menyertai pertubuhan tersebut.

Liew dalam ucapan beliau semasa menerima rombongan tersebut berkata tanggungjawab dalam mempertahankan negara adalah terletak dibahu setiap rakyat Malaysia dan tiada kaum yang dikecualikan dalam aspek ini.

`Maklamat program ini adalah jelas, kami mengesa agar lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang berketurunan Cina untuk menyertai pertubuhan ini melalui taklimat, pameran dan pertunjukkan yang diadakan tadi’, kata Liew.

Antara pertunjukkan yang dipertunjukkan adalah persembahan Tempur Tanpa Senjata (TTS) yang dipersembahkan oleh para perajurit regimen tersebut.

GAMBAR MENUNJUKKAN LIEW BERSAMA SAMIN BERSAMA BEBERAPA PELAWAT.