Monday, October 27, 2008

: Polis cari orang terlibat dalam kes penipuan

TAWAU: Dua mangsa telah ditipu setelah mereka dijanjikan wang pulangan hasil dari pelaburan mereka sebanyak sekali ganda dalam satu lagi kes penipuan dimana suspek yang menjalankan penipuan tersebut telah mendapat RM30 ribu hasil dari kedua-dua kes tersebut.

Ketua polis daerah ACP Jaafar Mohd. Yussof dalam satu sidang akhbar berkata kedua-dua mangsa telah membuat laporan polis pada Oktober 18, 2008, selepas mereka mendapati mereka telah menerima pulangan lumayan tersebut dalam bentuk `Duit Neraka’ yang digunakan oleh masyarakat Cina dalam upacara keagamaan mereka.

Beliau berkata mangsa pertama, seorang wanita Bugis berumur 43 tahun telah pergi kesebuah bilik hotel untuk berjumpa suspek pada Februari, 12, 2008 lebih kurang 3.05petang dan memberikan sejumlah RM25,000 kepada suspek dan mangsa diarahkan agar keluar dari bilik tersebut dan menunggu diluar sehingga dipanggil masuk sekali lagi. `Suspek setelah memanggil masuk mangsa lalu memberikan satu beg sekolah dan menyuruh mangsa pulang dan hanya boleh buka beg tersebut selepas empat hari’, tambahnya lagi. Beliau juga berkata suspek memberi amaran bahawa jampi tersebut akan menyusahkan mangsa jika beg tersebut dibuka awal.

Mangsa mengikut kehendak suspek dan hanya membuka beg tersebut dan mendapati ribuan `Duit Neraka’ tersebut dalam beg sekolah yang diberi. Mangsa ke dua, seorang lelaki Bugis berumur 50 juga telah berjumpa dengan suspek dalam keadaan yang sama dimana dia memberikan RM5,000 untuk tujuan yang sama pada jam lebih kurang 3.00 petang.

Beliau berkata bahawa pihak polis mengesyaki ada lebih ramai orang yang tertipu oleh suspek dan meminta agar mereka membuat laporan polis dibahagian Jenayah Kormesial dengan menelefon 089-75222.

Pada masa yang sama, pihaknya juga mengeluarkan gambar dan maklumat suspek agar masyarakat dapat membantu dalam mencari suspek. Beliau berkata nama mangsa adalah Darick Mosipil @ Alex dengan nombor kad pengenalan 641226-12-5323 dan percaya suspek adalah seorang Kadazan.

GAMBAR MENUNJUKKAN ORANG YANG DICARI.

Thursday, October 16, 2008

:Masyarakat luar bandar perlu tekankan kepentingan pendidikan: Chua


TAWAU: Para penduduk kampung Serudung Baru digesa agar menanam nilai minatkan pendidikan dikalangan anak-anak mereka kerana ianya akan dapat membantu dalam pembangunan ekonomi kampung tersebut.

Ahli Parliamen Tawau, YB Datuk Chua Soon Bui berkata demikian semasa membuat lawatan ke kampung tersebut pada Oktober 9 dan mengedarkan zink dan papan kepada 38 buah rumah berkata dua masalah yang dikenal pasti kenapa kebanyakan anak-anak kampung tersebut hanya pelajar ke tahap sekolah rendah adalah kerana kos persekolahan dan kekurangan minat yang mendalam dikalangan anak-anak untuk belajar.

`Tanpa pendidikan yang betul, kampung ini akan terus menghadapi masalah pembangunan ekonomi’, katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, Chua juga berkata adalah perlu jika anak-anak ini diberi pendidikan altenatif seperti sekolah pendidikan vokasional jika ianya akan lebih menarik perhatian mereka.

Kampung tersebut mempunyai lebih 400 rumah dan jumlah penduduk yang melebihi 1,000 orang.

Caption: Chua bersama masyarakat kampung dalam majlis tersebut.

: Timbalan Menteri rumah terbuka Hari Raya

TAWAU, Walaupun setelah meninggalkan barisan parti didalam Barisan Nasional (BN), Parti Maju Sabah (SAPP) Ahli Parlimen daerah Datuk Chua Soon Bui dan rombongan meneruskan lawatan muhibbah ke kediaman barisan pemimpin BN dalam semangat dan tradisi masyarakat Malaysia.

Chua membuat lawatan ke majlis rumah terbuka Pembantu Menteri Kewangan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Beliau juga tidak ketinggalan membuat lawatan ke majlis rumah terbuka hari Raya di kediaman Datuk Hamisa Samad, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu dan Datuk Syed Abbas Syed Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Balung.

`Perbezaan dalam pendirian politik tidak bermaksud kita tidak boleh mempraktikkan tradisi dalam membuat lawatan sebegini kerana kita semua rakyat Malaysia’, katanya lagi.

Caption: Chua bersama beberapa tetamu khas dan Tawfiq. Pic 2

: Tindakan cepat berjaya mendapat balik dua remaja yang hilang

TAWAU, Tindakan cepat dan bersemangat dalam satu usaha mencari dua belia yang dilaporkan hilang oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah telah mendapat manfaat apabila kedua-dua belia tersebut telah dijumpai dengan selamat setelah hilang selama tiga hari dan dua malam.

Pencarian tersebut bermula apabila bekas Menteri Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah menerima panggilan meminta beliau membantu dalam mencari kedua-dua belia tersebut oleh ibubapa yang terlibat dan usaha beliau dengan bantuan Dato’ Yong Chi Fui dan pihak polis yang tidak putus-putus telah menemui budak lelaki berumur 15 tahun dan seorang perempuan berumur 12 tahun di sebuah tempat.

`Usaha Liew telah menyebabkan kami telah berjaya mencari kedua-dua mereka dalam keadaan baik dan kini mereka telah dikembalikan kepada keluarga mereka masing-masing’, kata Yong setelah kes tersebut telah diselesaikan dengan cepat.

Liew berada di Kota Kinabalu bila beliau menerima panggilan tersebut dua hari selepas kedua-dua budak hilang and usaha-usaha beliau telah berjaya mendapatkan mereka hanya dalam masa yang tersingkat.

Yong juga berkata usaha yang cepat dan tepat oleh Liew dan mereka yang terlibat dalam pencarian tersebut telah menunjukkan penyelesaian yang baik. Pada masa yang sama juga, beliau meminta agar para ibubapa sentiasa mengikuti perkembangan anak-anak mereka agar kes sebegini tidak akan berlaku lagi. `Kami masih tak pasti kenapa mereka tinggalkan rumah mereka tetapi para ibubapa perlulah peka akan permasalahan dan keperluan mereka’, tambahnya lagi.

Yong bersama seorang lagi kawan Liew, Chen Fen Kyun bersama yang lain termasuk pihak polis memulakan usaha dengan mencari rakan-rakan kedua-dua yang hilang untuk mendapatkan petanda dimana mereka mungkin berada. Beliau juga berkata rakan-rakan yang dicari telah memberikan bantuan sepenuhnya walaupun terpaksa dikejutkan pada awal pagi pada hari ke tiga.

Kami ingin meminta maaf kepada mereka kerana kami telah mengejutkan mereka pada awal pagi tetapi maklumat yang diberi oleh mereka telah menyebabkan kami berjaya mencari mereka’, tambahnya lagi. Yong berkata mereka memulakan pencarian mereka pada malam hari kedua dan pagi hari ketiga sehingga 4.00 pagi untuk mencari mereka.

Yong dan Chen meneruskan usaha keesokan hari pada hari ketiga dan maklumat tambahan telah menjayakan usaha mencari kedua-dua belia tersebut yang dijumpai disebuah kawasan pada jam 1.30 petang.

Caption: Yong (kanan) bersama Chen dan yang lain disebuah rumah yang dikenalpasti untuk mendapatkan maklumat pada jam 3.10 pagi. Pic 1

Monday, October 6, 2008

: Lawatan Raya Menteri Belia dan Sukan Sabah

TAWAU: Menteri Belia dan Sukan Sabah YB Peter Pang En Yin membuat lawatan ke daerah yang sebelum ini adalah daerah kediaman beliau dan membuat lawatan ke beberapa rumah terbuka sempena Hari Raya.

Pang membuat lawatan ke kediaman Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas , Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Datuk Syed Abbas Syed Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Balung, Datuk Hamisa Samad, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu and Ahli Dewan Undangan Negeri YB Pang Nyuk Ming.

Sebelum itu, Pang menghadiri satu majlis rumah terbuka Raya di komplek sukan daerah berkata perayaan sebegini selalunya menjadi satu peluang yang unik untuk masyarakat Malaysia untuk berinteraksi dan menjalin silaturahim.
GAMBAR MENUNJUKKAN PANG BERSAMA TAWFIQ BERSAMA TUANRUMAH DAN TETAMU DALAM MAJLIS TERSEBUT

:PBS akan terus promosi silaturahim

TAWAU: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan terus mempromosikan silaturahim yang erat dikalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum lebih-lebih lagi di Sabah.

Pengerusi bahagian parti Sri Tanjung, Fung Len Fui semasa mengetuai satu rombongan melawat berkata PBS akan terus menjadi relevan untuk kepentingan rakyat Sabah walaupun senario politik yang kini berubah.

Beliau juga berkata perpaduan rakyat negara ini perlulah terus dipromosikan kerana ianya adalah sebahagian penting dalam menjadikan Malaysia terkenal dimata dunia. `Presiden parti dan kami semua akan terus giat demi rakyat Malaysia di Sabah’, katanya dalam satu lawatan yang diadakan.

Rombongan tersebut membuat lawatan ke rumah Reilly Kho yang juga seorang ahli parti.

GAMBAR MENUNJUKKAN FUNG BERSAMA ROMBONGAN DAN WAKIL DARI PARTI MAJU SABAH (SAPP) DAN KHO BERSAMA KELUARGA.

: Mereka yang daif digesa dapatkan bantuan kerajaan

TAWAU: Mereka yang memerlukan bantuan perlulah merujuk kepada agensi-agensi ataupun badan-badan yang berkenaan dan mengajukan masalah mereka untuk mereka layak mendapat bantuan ehsan dari pelbagai program kerajaan yang dijalankan untuk membantu mereka.

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui berkata pihak kerajaan mempunyai pelbagai program untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan yang berbentuk besar mahupun kecil untuk mengurangkan beban keluarga yang daif.

`Mereka yang memerlukan bantuan ini bolehlah mendaftarkan diri mereka di pejabat saya di komplek Takada dan mereka akan mendapat bantuan jika mereka layak’, katanya dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di kampung Ranggu baru-baru ini.

Chua juga berkata program kecil-kecilan juga wujud seperti membantu meningkatkan ekonomi keluarga dengan pemberian benih tanaman dan ternakan untuk tujuan membantu.

Beliau juga berkata pegawai yang bertanggungjawab terhadap program ini iaitu puan Surianah Salleh juga perlu diberi pujian atas usaha beliau yang begitu gigih dalam membantu mereka yang memerlukanya.

`Setakat ini, lebih kurang 400 keluarga telah mendapat manfaat dari program-program yang sedia ada seperti bantuan kewangan untuk sewa rumah dan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka dan bantuan ini adalah untuk semua rakyat Malaysia tak kira bangsa’, tambahnya lagi.

Mengenai majlis berbuka puasa, Chua berkata ini adalah satu peluang kepada ketua-ketua jabatan ataupun agensi kerajaan untuk bersama masyarakat setempat dan lebih mengenali masalah yang dihadapi oleh mereka.

Chua juga berkata pendekatan ini juga boleh dibuat dalam perayaan-perayaan yang diamalkan di negara ini seperti Tahun Baru Cina dan Krismas dimana ketua-ketua yang berkenaan boleh mendapat imput tentang permasalahan masyarakat yang dikunjungi.

Chua pada masa yang sama berkata majlis sebegini adalah julung kali diadakan di kampung tersebut dan ianya akan dijadikan acara tahunan sebagai salah satu usaha untuk menunaikan janji beliau semasa pilihanraya yang lalu.

Beliau juga menyentuh mengenai pentingnya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum terus mengamalkan hidup bersama secara aman dengan memetingkan keamanan dan menghormati tradisi dan agama masing-masing untuk memastikan agar negara akan terus maju. `Kita telah mempraktikan sikap hidup bersama secara aman sejak kemerdekaan dan kita perlu terus mengamalkannya untuk kepentingan generasi masa depan’, tambahnya.

GAMBAR MENUNJUKKAN CHUA SEMSA MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MEREKA YANG LAYAK.

: Regimen 516 Askar Wataniah buat rumah terbuka Raya

TAWAU: Para askar Wataniah yang menjalankan tanggungjawab mereka sempena hari-hari perayaan digesa agar meneruskan usaha murni mereka dalam menjaga keamanan negara walaupun terpaksa jauh dari kaum keluarga dan khidmat mereka adalah dihargai.

Komander Regimen 516 Askar Wataniah Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah berkata khidmat yang diberikan oleh mereka yang bertugas dalam menjaga keamanan menunjukkan sikap mereka yang komited dalam penugasan mereka.

`Keiklasan dan kesungguhan kamu dalam menjalankan tugas-tugas kamu tidak ada bandingnya’, katanya dalam satu majlis Hari Raya yang diadakan di kem tersebut pada hari Raya pertama baru-baru ini.

Beliau dalam ucapannya juga berkata kesungguhan mereka juga telah membuat regimen tersebut cemerlang dimata rakyat dan usaha ini perlu diteruskan walaupun dimana dan sebarang masa.

Liew berkata usaha mereka yang juga disanjung adalah dalam melatih para sukarela dan sukarelawati dalam penglibatan mereka dalam askar wataniah sehinggakan ada diantara mereka yang telah dikerah untuk mengikuti askar tetap dan menerima penugasan-penugasan.

`Regimen ini telah mencapai tahap yang cemerlang mengikut sasaran para pemimpin-pemimpin ketenteraan’, tambahnya lagi.

Turut diadakan dalam majlis tersebut adalah penyampaian kek Raya kepada mereka yang menjalankan tugas semasa musim perayaan ini especially those from West Malaysia.

GAMBAR MENUNJUKKAN LIEW MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEK RAYA KEPADA SEORANG ANGGOTA YANG BERTUGAS.

Friday, October 3, 2008

: Menteri buka puasa bersama belia daerah

TAWAU: Menteri Belia dan Sukan Sabah YB Peter Pang En Yin bersama pegawai dan tetamu yang hadir dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di asrama kompleks sukan daerah kelmarin.

Dalam ucapan perasmian beliau, Pang berkata majlis ini adalah satu peluang keemasan kepada mereka untuk lebih mengenali golongan belia di daerah tersebut dan usaha mengeratkan silaturahim ini akan memastikan agar perancangan yang disediakan oleh pihak kerajaan dapat disalurkan dengan berkesan kepada sasaran yang telah ditetapkan.

Beliau juga mengesa agar belia terus mengekalkan disiplin yang kuat dalam kehidupan harian mereka agar mereka dapat bersedia untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Pang juga menyerahkan dua geran kepada dua persatuan belia yang berdaftar dan juga memberikan hasil jahitan pelatih kursus kemahiran bahagian Tawau kepada 20 wakil-wakil persatuan belia.

Antara yang hadir dalam majlis tersebut adalah Datu Rosmadi bin Datu Sulai, Timbalan Setiausaha Tetap 1 untuk kementerian, Jamil Jalip, pegawai Kementerian untuk Tawau dan beberapa lagi tetamus khas.

GAMBAR MENUNJUKKAN PANG BERSAMA BEBERAPA TETAMU KHAS YANG HADIR DALAM MAJLIS TERSEBUT.

: Raja Muda Perlis lawat kem keselamatan pulau Berhala

SANDAKAN: Anggota tentera yang terlibat dalam operasi Pasir di kem pulau Berhala menjadi tuan rumah dalam satu majlis berbuka puasa kepada Raja Muda Perlis Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang juga Komander Regimen 504 Askar Wataniah (Perlis) pada September 15, 2008.

Syed Faizuddin dalam lawatan tersebut bersama dengan Panglima Angkatan Bersama, Dato’ Allatif Bin Mohd. Noor, Brigadier Jeneral Sheikh Muksin Bin Sheikh Hassan, pegawai pemerintah Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2, pegawai pemerintah untuk Batalian ke 5, Regimen Askar Melayu DiRaja, Lt. Kol. Halim Bin Haji Yusof dan juga Komander Regimen 516 Askar Wataniah Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah dimana rombongan tersebut yang juga melibati beberapa pegawai-pegawai kerajaan dari negeri Perlis

Turut dilaksanakan dalam majlis tersebut adalah pemberian kuih raya kepada para anggota yang bertugas di kem tersebut oleh Syed Faizuddin.

Beliau dalam majlis berbuka puasa di kem tersebut mengesa agar para anggota yang bertugas disana agar terus merapakkan diri mereka dengan masyarakat disekeliling mereka kerana para penduduk akan memandang mereka sebagai seorang anggota tentera dan ini memerlukan mereka menjaga nama tentera semasa mereka menjalankan tugas harian mereka dalam menjaga keamanan

Pada masa yang sama, Syed Faizuddin juga memuji perancangan ATB yang teratur dan efisien dalam melaksanakan lawatan tersebut ini membuktikan kemampuan cabang tersebut dalam urusan mereka.

Turut bersama dalam majlis tersebut adalah beberapa pemimpin daerah dan ketua polis daerah.

GAMBAR MENUNJUKKAN MAJLIS PENYERAHAN KUIH RAYA OLEH RAJA MUDA PERLIS (KIRI) KEPADA WAKIL KEM TERSEBUT.

: Pendidikan agama penting untuk anak-anak

TAWAU: Pendidikan agama adalah penting untuk setiap anak-anak kerana ianya boleh meningkatkan lagi keperibadian mereka dan mendorong masa depan mereka yang lebih cerah.

Ahli Parlimen untuk Tawau YB Datuk Chua Soon Bui berkata para ibubapa perlulah terus memberi galakkan kepada anak-anak mereka dalam aspek ini bukan sahaja untuk kebaikan generasi masa depan mereka malah untuk kepentingan negara.

Beliau berkata demikian semasa membuat lawatan ke sekolah agama KAFA Darul Hidayah di kampung Perpaduan dan berjumpa dengan para ibubapa dan anak-anak seramai 300 murid di sekolah tersebut.

Chua pada masa yang sama juga berkata para ibubapa perlu mempunyai semangat yang jitu dalam memberi galakkan kepada anak-anak mereka dan bukan hanya berharap kepada pengajaran para pendidik sahaja. Beliau berada di sekolah tersebut untuk membantu dalam meningkatkan kemudahan-kemudahan sekolah tersebut dan memperbaiki beberapa kemudahan seperti pagar, papan hitam, tikar, pintu dan beberapa lagi kemudahan lain.

Chua juga berkesempatan menyampaikan buah kurma kepada anak-anak. Surau kampung tersebut juga dilawati beliau bersama para pemimpin-pemimpin kampung tersebut dimana satu tempat berteduh sementara disumbangkan oleh beliau untuk bulan Ramaddan.


GAMBAR MENUNJUKKAN CHUA BERSAMA PARA IBUBAPA, GURU DAN ANAK-ANAK SEKOLAH TERSEBUT.

: Belia digesa mahir dalam blog.

TAWAU: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan terus memberi galakkan kepada golongan belia yang arif dengan situasi sebenar keadaan negara ini untuk menceburi diri mereka kedalam blog-blog internet untuk mengimbangi informasi yang negatif kini kian boleh dilihat dalam internet.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli YB Jahid Jahin berkata wujudnya informasi mahupun berita yang provokatif dan tidak masuk akan yang tertera didalam blog-blog ini akan mempengaruhi minda golongan remaja dan ini akan memberikan persepsi yang tidak tepat mengenai isu-isu negara.

`Maklumat yang sama sudah tentunya akan membuat mereka yang membacanya membuat keputusan yang salah ‘, katany dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel dalam satu majlis berbuka puasa Selasa lalu.

Beliau berkata isu yang diketengahkan dalam internet lebih menunjukkan sikap-sikap negatif dan belia PBS digalakkan agar menceburi diri mereka dalam komen-komen ataupun perdebatan yang ada dalam internet agar dapat mengimbangi lagi situasi negatif yang dilihat hari ini.

Jahid juga berkata golongan belia hari ini lebih menggunakan internet untuk mendapatkan bahan berita berbanding dengan media lain seperti suratkhabar, radior mahupun televisyen. `Maka dengan ini kita perlu mengajar belia kita dalam mendapatkan bahan berita yang betul dari sumber yang baik’, tambahnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau juga berkata skim yang diadakan oleh pihak kerajaan untuk meminjam wang kepada golongan belia yang mempunyai minat dalam perniagaan pada masa kini tidaklah sambut dengan baik oleh belia. `Berkemungkinan juga maklumat ini tidak sampai dengan jelas tetapi belia yang ingin membuat pinjaman tersebut boleh mendapatkannya melalui Kementerian Belia dan Sukan negeri’, tambahnya lagi. Beliau berkata belia yang layak perlu mengambil peluang ini untuk membaiki ekonomi kehidupan mereka dengan berniaga dan pihak Kerajaan ingin membantu melalui saranan pinjaman yang mempunyai nilai bunga yang rendah.

Jahid berada di daerah ini untuk merasmikan mesyuarat agong empat cawangan di Semporna sebelum itu dalam ucapan beliau berkata presiden parti Datuk Seri Panglima Pairin Kitingan menghargai para ahli parti yang terus bersama parti tersebut.

GAMBAR MENUNJUKKAN JAHID BERSAMA PARA PEMIMPIN PARTI DALAM MAJLIS BERBUKA PUASA.