Sunday, November 30, 2008

STIA daerah serah sumbangan kepada tiga persatuan

TAWAU, Tiga persatuan telah menerima sumbangan murni hasil dari kutipan amal golf yang dianjurkan oleh Persatuan Perusahaan Kayu-Kayan Sabah cawangan Tawau dimana majlis penyerahan cek dan barangan telah dibuat dipejabat persatuan tersebut Sabtu lalu.

Hadir untuk membuat penyerahan tersebut adalah Chua Yeong Perng, pengerusi persatuan tersebut untuk daerah ini.

Chua yang juga Timbalan Presiden persatuan tersebut di Sabah memberikan cek kepada wakil Persatuan Orang Pekak daerah berjumlah RM30,444.25, Persatuan Special Olympic Sabah berjumlah RM10,000 dan Pusat Sri Stella menerima barangan bernilai RM20,000.

Turut hadir untuk menyerahkan sumbangan-sumbangan tersebut adalah pengerusi penganjur golf amal, Thomas Tiong Yong Yung.

Chua berkata sikap murah hati yang ditunjukkan oleh para pemain golf dan penyumbang-penyumbang lain telah membuat acara tersebut berjaya dimana sejumlah RM60,444.25 telah dikutip untuk tujuan tersebut.

Acara tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah YB Datuk Peter Pang En Yin di padang golf Kelab Golf Tawau.

CAPTION: Chua menyerahkan cek kepada wakil dari persatuan Special Olympic Sabah.

Saturday, November 29, 2008

Parti politik perlulah menggunakan media altenatif

TAWAU, Parti Politik hari ini perlu menggunakan sepenuhnya media altenatif dalam bentuk media internet dalam usaha untuk terus menjadi dinamis dan releven untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat umum lebih-lebih lagi kepada generasi muda.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli, YB Datuk Jahid Jahin berkata ini adalah perlu kerana masyarakat perlu tahu akan ke dua-dua pihak dalam satu-satu isu dan bukan hanya mendengar dari satu sudut sahaja.

Jahid yang juga presiden bagi pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam satu temubual berkata statistic menunjukkan lebih kurang 60 peratus golongan remaja negara lebih cenderung membaca berita melalui saluran media alternatif dan buka media `mainstream’ seperti suratkhabar, radio atau televisyen.

`Kita perlu menerima teknologi terkini dan menggunakannya secara menyeluruh untuk kebaikan negara kita’, katanya lagi.


Beliau mengucapak tahniah kepada bahagian Sri Tanjong parti tersebut yang telah memulakan blog mereka sendiri sebagai satu lagi altenatif untuk menyiarkan maklumat aktiviti mereka kerana keadaan sekarang memerlukan penggunaan blog dan cara media yang lain untuk tujuan tersebut.

`Ini adalah satu usaha yang amat baik dan saya menyambut baik akan tindakan yang dibuat oleh pengerusi mereka Fung Len Fui dan timbalan beliau iaitu Chong Hon Vun kerana mesej yang disebarkan perlulah sampai kepada segenap masyarakat.

Jahid menerangkan blog juga berguna dalam mendapat maklumbalas dari golongan remaja yang gemar melayari laman web dan jalan ini adalah laluan terbaik untuk mereka menyuarakan pendapat mereka dalam apa jua isu.

`Saya sangat bergembira tentang penglibatan golongan remaja dalam penggunaan ICT yang kini dikenali sebagai perdebatan cyber dan membuat kita setaraf dengan remaja seluruh dunia’, katanya lagi.

Jahid berkata demikian semasa menghadiri majlis makan malam dengan golongan pemimpin-pemimpin daerah disini baru-baru ini.

Blog PBS Sri Tanjong boleh dilawati di http://pbs-sri-tanjong-berita.blogspot.com/ (bahasa Malaysia), http://pbs-sri-tanjong-news.blogspot.com/ (Inggeris) dan http://pbs-sri-tanjong.blogspot.com/ (bahasa Cina).

Caption: Jahid(duduk dengan baju lengan panjang warna putih) bersama para pemimpin-pemimpin yang hadir. Pic 1

Perlunya ada makmal ujian makanan di Pantai Timur Sabah

TAWAU, Pihak berkuasa digesa agar mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ujian sayuran yang kini perlu mengambil masa tiga bulan untuk diuji kerana ketiadaan makmal ujian yang berdekatan.

Ahli Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Dato’ Yong Chi Fui membuat gesaan tersebut atas sebab tempoh yang lama untuk membuat ujian manakala penjualan sayur yang diuji masih dijual kepada masyarakat.

`Dalam masa tiga bulan, ramai akan jatuh sakit akibat memakan sayur yang tidak mengikuti spesifikasi kesihatan dan masa ujian ini perlulah dipendekkan’, katanya dalam mesyuarat penuh ahli majlis kelmarin.

Yong berkata hanya ada satu sahaja makmal yang membuat ujian sebegini iaitu di Kota Kinabalu dan ini tidak memberi manfaat kepada masyarakat yang tinggal di Pantai Timur Sabah.

`Sayur yang diuji akan terus dijual dan ini merupakan satu risiko kepada masyarakat dan saya mengesa agar langkah-langkah sewajarnya dapatlah diambil untuk menangani masalah ini’, katanya lagi.

Yong berkata demikian kerana ujian terhadap sayuran yang dijual kepada masyarakat di daerah ini memerlukan tiga bulan masa untuk mengetahui akan tahap bahaya sayuran tersebut kepada pengguna.


Caption: Yong.

Kelab sukan komuniti Sri Tanjong terima pujian anjur acara bolasepak

TAWAU, Kelab Sukan Komuniti Sri Tanjong menerima pujian dari Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah kerana terus menganjurkan acara-acara untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan mengalakkan kerjasama yang erat dikalangan rakyat Malaysia.

Pembantu Menteri dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli, YB Datuk Jahid Jahin berkata demikian semasa merasmikan pertandingan bola sepak piala Bersatu di padang Sekolah Menengah Tinggi Cina bahawa usaha ini mencerminkan usaha kerajaan dalam mengalakkan kehidupan yang sihat melalui penglibatan dalam aktiviti sukan.

`Acara sebegini juga mengalakkan golongan remaja untuk menggunakan masa lapang mereka secara baik dan membina badan dan minda yang sihat’, katanya dalam majlis tersebut.

Jahid juga berkata badan-badan belia boleh berjumpa dengan pegawai Kementerian Belia dan Sukan daerah untuk apa jua perkara yang membabitkan belia.

Sebelum itu, pengerusi Kelab penganjur, Fung Len Fui dalam ucapannya berkata acara ini akan memastikan agar perpaduan dikalangan rakyat Malaysia dapat diteruskan dan pada masa yang sama mencungkil bakat para peserta dalam acara sukan bole sepak.

Caption: Jahid merasmikan acara tersebut.

Monday, November 10, 2008

: Masyarakat Cina saksikan latihan menembak AW

TAWAU, Hampir lima puluh warga Cina mewakili pelbagai persatuan telah hadir untuk menyaksikan latihan menembak dan penggunaan senjata semasa Regimen 516 Askar Wataniah menjalankan satu lagi aktiviti latihan kepada rekrut-rekrut baru mereka. Tetamu-tetamu ini hadir atas pelawaan komander regimen Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah dalam usaha mempromosikan askar wataniah kepada masyarakat Cina di daerah ini.

Beliau berkata rekrut-rekrut baru askar wataniah melibati dalam latihan ini sebagai satu latihan yang wajib yang diadakan di batu 10 Jalan Apas.

`Saya menjemput mereka hadir agar mereka lebih memahami latihan-latihan askar wataniah dan dalam sesi ini penggunaan senjata serangan dan penggunaan sebagai satu pendedahan’, katanya semasa latihan tersebut dijalankan dimana beliau usaha ini adalah satu lagi aktiviti untuk menarik lebih ramai lagi golongan Cina untuk menyertai askar wataniah.

Latihan menembak tersebut diadakan pada Oktober 08.

Caption: Liew bersama pegawai, anggota askar wataniah beserta para hadirin selepas sesi latihan tersebut selesai.

Saturday, November 8, 2008

: Askar Wataniah buat kerja kebajikan

TAWAU, Penglibatan belia dan beliawanis dalam pembelajaran agama adalah suatu yang amat perlu untuk memastikan agar generasi masa depan akan dapat menyumbang kearah pembangunan negara.

Ini adalah penting untuk menjaga kemampuan negara untuk bersaing dengan masyarakat dunia dan Malaysia yang mempunyai masyarakat dari pelbagai fahaman agama perlulah mempelajari agama masing-masing untuk tujuan tersebut.

Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah berkata demikian semasa melawat sekolah agama Mahad Tafis Ashabisyadhid di Bombalai baru-baru ini berkata pelajar-pelajar sekolah tersebut juga perlu juga menanam sikap persahabatan yang erat dengan masyarakat Malaysia yang lain dan tidak terpengaruh dengan isu-isu perkauman yang kini diutarakan oleh beberapa pihak dalam politik.

`Kita dalam Malaysia tidak mempunyai masalah perkauman dan ini perlulah kita teruskan untuk memastikan agar negara kita sentiasa maju’, tambahnya lagi.

Liew berada di sekolah tersebut bersama timbalan komander Leftenan Kolonel Mohd. Samin Haji Mohd. Sih, para pegawai dan anggota Regimen 516 Askar Wataniah untuk memberi sumbangan beras sebagai satu lagi usaha regimen tersebut dalam projek kemasyarakatan mereka.

Pada masa yang sama, Liew yang juga komander regimen tersebut telah menyumbang wang bagi pihak beliau dan juga regimen tersebut kepada sekolah yang mempuyai 84 pelajar.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah pengerusi JKKK Bombalai Achok Sulong.

Caption: Liew menyaksikan penyerahan 20 kumpit beras dari Samin kepada Achok.

: Tentera Laut adakan khidmat pemeriksaan kesihatan di kampung Pasir Putih Baru

TAWAU, Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) akan menutup latihan OSTEX Timur 3/08 untuk Pantai Timur Sabah yang merupakan latihan seumpama yang terbesar dan melibatkan latihan untuk menangani insiden Somalia dimana satu kes penculikan telah berlaku.

Latihan terakhir ini untuk 2008 melibatkan tujuh buah kapal perang dan satu kapal tunda melibatkan senario latihan penculikan itu sebagai satu lagi langkah untuk mempertingkatkan kemampuan mereka yang bermula pada November 3.

Laksmana Pertama Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman iaitu Panglima Wilayah Laut 2 berkata senario insiden tersebut berlaku di Somalia telah diambil kira sebagai satu lagi langkah meningkatkan kemampuan mereka.

Beliau berada di daerah ini untuk menutup latihan tersebut pada November 8 yang akan diadakan di pengkalan KD Sri Tawau dimana latihan ini juga telah dibuat untuk menguji kemampuan mereka dalam menjaga keselamatan pantai Sabah dan Sarawak dengan peralatan yang ada.

Pada masa yang sama, beliau juga berkata KD Sri Tawau akan dibina baru di tapak yang sama bermula tahun depan dan dijangka akan mengambil dua tahun untuk menyiapkannya.

Syed Zahiruddin berkata bangunan-bangunan baru bila siap dibina akan dapat memberi sokongan logistik dan teknikal kepada TLDM di Sabah selain dari memjadi tapak untuk melatih tentera simpanan yang ada.

Beliau berada di kampung Pasir Putih Baru untuk memantau satu aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma dan pemberian ubat-ubatan percuma.

Caption: Syed Zahiruddin (berdiri dengan pakaian pegawai TLDM) melihat penduduk kampung mendapatkan perkhidmatan.