Sunday, June 29, 2008

:Rotary akan terus sokong tema

TAWAU, Kelab Rotary Tawau Tanjung akan terus memberikan sokongan dan bergerak selari dengan tema Rotary International `Jadikan Impian Satu Kenyataan’ dalam membantu ribuan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka dari terus mengalami kekurangan khasiat makanan, penyakit dan malapetaka.

`Memperbaiki taraf hidup penduduk di negara-negara membangun adalah satu cabaran pada abad ke 21 kerana hampir 2 juta kanak-kanak dan jutaan manusia meninggal kerana penyakit-penyakit dari air yang tidak bersih’, kata presiden baru kelab tersebut Chua Kin Loong dalam satu majlis mengangkat sumpah ahlijawatankuasa baru ke 15 kelmarin.

Beliau berkata lebih 30,000 manusia meninggal dunia setiap hari kerana ketiadaan air yang bersih untuk mereka gunakan seluruh dunia dan penekanan Rotary International dalam masalah air, buta huruf, kesihatan dan kebuluran adalah tepat dalam menangani masalah ini. Pada masa yang sama, Chua berkata mereka akan membuat usaha untuk menyalurkan air bersih ke kawasan-kawasan pendalaman untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan masyarakat di luar bandar dan sekaligus mendorong sektor penanaman dan penternakan dan lain-lain usaha untuk menambah lagi sumber makanan.

Presiden lepas Peter Wong Siew Kion dalam ucapan sebelum itu berkata kelab tersebut telah membuat beberapa projek berpandukan pada 5 pendekatan seperti penyertaan ahlinya dalam perjumpaan-perjumpaan bertaraf negeri dan antarabangsa, penyediaan kem perubatan di Silipompon, Kalabakan, pemeriksaan mata dan pembiayaan 17 kaca mata kepada mereka yang layak menerima, dan sumbangan buku-buku untuk sekolah SMK Tawau.

Pada masa yang sama, kelab interact yang berpusat di sekolah-sekolah juga turut membuat projek seperti projek-projek patriotisma dan projek mengumpul dana untuk kelab masing-masing. Wong juga menyentuh akan sumbangan murni Yayasan Lau Gek Poh yang telah menyumbang RM200,000 kepada pusat Heamodalysis kelab tersebut.

Saksi utama dalam majlis tersebut adalah Datuk Elbert Lim Yu Ming.

Saturday, June 28, 2008

:Wakil sekolah Cina Tarakan lawat Tawau

TAWAU, Lembaga pengarah sekolah rendah IndoTiongHua membuat lawatan rasmi ke daerah ini kelmarin dan membuat perjumpaan dengan wakil-wakil dari sekolah Sekolah Tinggi Cina Sabah, SJK(C) Sing Hwa dan SJK(C) Yuk chin dalam satu majlis makan malam. Pengerusi lembaga tersebut, Harry Salim, mengetuai rombongan yang terdiri dari 7 ahli lembaga berkata dalam ucapan aluan beliau berkata majlis makan malam tersebut adalah satu majlis untuk memberikan kedua-dua pihak berkongsi pengetahuan dan maklumat dan juga sebagai satu majlis terima kasih atas bantuan sekolah-sekolah daerah yang telah memberikan sokongan dan bantuan semasa pembentukan sekolah Cina tersebut tiga tahun lalu. Sekolah rendah IndoTiongHua dimulakan dalam usaha memberikan pendidikan Cina kepada masyarakat Indonesia keturunan Cina dan juga sebagai satu landasan untuk menjalin silaturahim diantara masyarakat Cina dengan masyarakat-masyarakat lain di pulau tersebut. Antara tetamu kehormat adalah Dato' Yong Chi Fui.

Friday, June 27, 2008

:Bekas banduan dipenjara lagi

TAWAU, Seorang bekas banduan berjaya di tuduh dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan merompak dan merogol seorang mangsa dibawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Hakim Egusra Mohd. Ali menjatuhkan hukuman keatas Hamza Beddu atas tuduhan merogol dan merompak mangsa berumur 28 di sebuah bilik sewa dimana mangsa bekerja.

Pegawai pendakwa ASP Habebah Abu Bakar berkata Hamza ditahan pada Jun 15, 2007 di jalan St. Patrick dalam sebuah teksi pada jam lebih kurang 9.15 pagi. Pada hari yang sama jenayah tersebut dibuat.

Fakta kes memaklumkan bahawa Hamza merogol dan merompak mangsa disebuah bilik sewa dimana mangsa tersebut bekerja.

Thursday, June 26, 2008

:Takut akan hantu marah, mangsa hilang RM13 ribu

TAWAU, Seorang lelaki takut akan sumpahan hantu nombor terpaksa berpisah dengan RM13,000 tetapi sempat membuat laporan polis menyebabkan seorang suspek lelaki dan seorang bomoh.

Mangsa yang berumur 42 tahun membuat laporan selepas mengesyaki hal tersebut apabila suspek meminta agar mangsa membayar saguhati kepada bomoh tersebut yang telah memberikan nombor 6D yang mendapat hadiah pertama berjumlah RM1 juta. Ketua polis daerah ACP Jaafar Bin Mohd. Yusof berkata insiden ini bermula apabila mangsa lelaki tersebut ditemui oleh suspek yang bernama Hassan yang mengatakan dia boleh memperkenalkan seorang bomoh untuk mendapatkan nombor ekor.

`Mangsa percaya pada suspek tersebut dan mereka telah berjumpa dengan bomoh tersebut yang telah memberikan mangsa nombor 6D yang dikatakan akan keluar pada cabutan akan datang’, katanya.

Jaafar berkata mangsa percaya dan terus membeli nombor tersebut.

Beliau berkata mangsa didatangi oleh suspek keesokannya dan menunjukkan nombor 6D yang keluar dalam suratkhabar dan meminta agar mangsa membayar hadiah untuk dipersembahkan kepada hantu nombor sebanyak sembilan ekor kerbau.

Jaafar juga berkata suspek meminta wang untuk membeli kerbau-kerbau tersebut yang berharga RM3,000 seekor dan kegagalan membuat bayaran tersebut akan membuat hantu tersebut marah.

Suspek dikatakan takut akan ugutan bahawa hantu tersebut akan menggangu mangsa dan membuat bayaran RM6,000 dan RM7,000. `Selepas mendapat bayaran tersebut, suspek berjumpa lagi dengan mangsa pada keesokan hari dan meminta bayaran sebanyak RM15,000 lagi tetapi mangsa tidak membayar dan membuat laporan polis’, tambahnya.

Polis kini berjaya menahan kedua-dua suspek selepas menerima laporan untuk siasatan. Beliau berkata cara penipuan adalah suspek-suspek akan meramal nombor ekor yang telah keluar kepada mangsa.

Jaafar meminta agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan keinginan untuk mendapat kekayaan kerana ada rekod yang membuktikan bahawa beberapa mangsa telah terpedaya dengan cara-cara penipuan yang berbeza.

Tuesday, June 24, 2008

:Khabar angin stesen tak buka esok tak benar

TAWAU, Kenderaan di daerah ini bergegas ke stesen minyak untuk mengisi penuh tangki minyak mereka hari ini setelah khabar angin yang disebarkan mengatakan bahawa pengusaha-pengusaha stesen minyak tidak akan beroperasi selama beberapa hari. Khabar angin tersebut tersebar dengan meluas dan ramai pemandu khuatir akan situasi tersebut.

`Saya tak tahu akan apa yang berlaku kerana secara tiba-tiba kenderaan datang dengan banyaknya untuk mengisi minyak’, kata seorang pekerja stesen.

Keadaan berlaku apabila Persatuan Pengusaha Petroleum Malaysia (PDAM) berkemungkinan akan mengarahkan para pengusaha stesen seramai 3,500 ahli agar membuat operasi penjualan minyak dari jam 7.00 pagi ke 4.00 petang dan bukan seperti yang disebarkan oleh khabar angin tersebut.

Makluman yang diterima berkata pengusaha stesen petrol menghadapi masalah apabila pengusaha masih menerima 3 peratus insentif walaupun dengan kenaikan harga minyak dan ini telah menjejaskan pendapatan mereka.

`Jika ianya berlaku tentang arahan PDAM, ianya hanya akan berlaku pada 26 Jun dan bukan hari ini’, kata seorang pengusaha.

Seorang lagi pengusaha berkata minyak petrol dan diesel ada dan tidak seperti yang disebarkan oleh khabar angin tersebut. Satu mesej teks telah dikeluarkan dalam telefon bimbit pada jam lebih kurang 6.00 petang meminta masyarakat agar tidak percaya akan khabar angin tersebut tetapi kenderaan tetap berbaris untuk mendapatkan minyak.

Sunday, June 22, 2008

:Persatuan Sze Yap Tawau terima pujian

TAWAU, Persatuan Sze Yap Residensi daerah menerima pujian atas usaha mereka dalam memberi sumbangan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Szechuan, China dan membangunkan persatuan mereka dengan gigih untuk memberi manfaat kepada ahli-ahli persatuan terserbut pada masa akan datang.

Presiden Persatuan Sze Yap Sabah Datuk Susan Wong berkata antara usaha murni persatuan daerah tersebut adalah menyahut seruan beliau untuk menjana tabung kepada mangsa-mangsa gempa bumi tersebut dimana sejumlah RM14,148 berjaya dikumpul dari Tawau sahaja untuk tujuan tersebut.

Wong pada masa yang sama juga memuji pembangunan persatuan tersebut sejak 1977 bermula dengan pengerusi pertama mereka Datuk Geoffrey Yee sehingga pengerusi-pengerusi ke hari ini telah berjaya membawa kejayaan kepada persatuan tersebut.

Yee kini memegang jawatan pengerusi kehormat dalam persatuan tersebut hari ini.

Wong membuat ucapan beliau semasa majlis angkat sumpah ahli jawatankuasa persatuan tersebut bersama ahlijawatankuasa Wanita dan Pemuda yang diadakan di restoran Cynthia pada petang Jun 21.
Beliau juga membuat sumbangan bantuan RM5,000 kepada persatuan tersebut dalam usaha mereka membeli bangunan persatuan yang baru. Wong berkata usaha ini adalah amat baik kerana ianya boleh dibuat untuk menjana kewangan yang baik kepada persatuan tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Brigadeir Jeneral Datuk Liew Yun Fah dan wakil-wakil persatuan tersebut dari Kota Kinabalu, Sandakan, Keningau dan Lahad Datu dan juga wakil dari Persatuan Perdagangan Cina Tawau.

Friday, June 20, 2008

:Golongan pemuda bantu mangsa gempa bumi

TAWAU, Sikap pemurah masyarakat di daerah ini lebih-lebih lagi dari golongan remaja dalam membantu mangsa gempa bumi di Szechuan, China, menunjukkan pengetahuan mereka terhadap malapetaka tersebut dan sumbangan mereka akan lebih memantapkan lagi jatidiri dikalangan golongan belia remaja ini.

Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata kutipan amal yang dianjurkan oleh empat pusat hiburan malam di sini telah menunjukkan sikap prihatin mereka dalam membantu mereka yang memerlukannya.

`Pusat-pusat hiburan ini mempunyai pelanggan dari golongan muda mudi dan kutipan mereka adalah bukti akan niat murni mereka’, tambahnya lagi.

Pada masa yang sama, Liew juga sikap menganjurkan acara-acara ini dikalangan pengusaha-pengusaha pusat hiburan tersebut juga adalah amat dihargai. Kutipan dimulakan selama dua hari dari Junction 8 dimana sejumlah RM15,508, Golden City Karaoke Lounge mengutip RM10,560, Hometown Steak House berjaya mengumpul RM10,596 manakala jumlah kutipan satu lagi pusat hiburan masih lagi tidak diketahui.

Jumlah yang telah dikumpul telah diserahkan kepada wakil dari Perdanganan Cina Daerah untuk diberikan kepada Duta China di Kuching.

Liew yang juga menyumbang beberapa kali dalam kempen tersebut malapetaka yang berlaku di tempat lain perlu dijawab oleh mereka yang mampu dalam membantu dan Malaysia tidak terkecuali dari kewajipan ini.

Seorang lagi dermawan dalam kempen ini adalah Dato’ Yong Chi Fui berkata adalah tanggungjawab manusia untuk membantu sesama sendiri dan kemurahan hati masyarakat daerah tersebut telah menunjukkan mereka boleh menyumbang.

`Malapetaka tersebut telah menunjukkan warna sebenar masyarakat Sabah lebih-lebih lagi golongan remaja yang sanggup membantu walau yang tidak dikenali’, katanya semasa membuat sumbangan di Hometown Steak House baru-baru ini. Golongan pemimpin dan pemuda-pemudi memberi sumbangan tersebut dengan pelbagai cara seperti menyertai perlawanan `Pool’, nyanyian karaoke dan pembelian minuman dari pusat-pusat tersebut.