SANDAKAN: Badan Perdagangan Cina daerah menerajui pembentukan satu jawatankuasa Tindakan Anti Janakuasa Arang Batu yang melibatkan wakil-wakil dari persatuan tempatan dan Badan-badan bukan kerajaan pada Rabu lalu dalam usaha mereka menentang pelan untuk membina projek tersebut di daerah ini.
Jawatankuasa tersebut di ketuai oleh Stephen Wong Tien Fatt berkata matlamat utama mereka adalah membantah projek tersebut yang dikatakan adalah dari aspek persekitaran dan juga kesihatan masyarakat daerah tersebut. Beliau berkata demikian selepas membentukan jawatankuasa tersebut.
`Pendirian kami bukanlah satu tindakan peribadi ataupun menentang akan pembangunan daerah ini mahupun mencabar polisi kerajaan’, katanya.
Antara mereka yang terlibat dalam jawatankuasa tersebut adalah Eleanor Wong, Abang Mohd. Jorgy Haji Juana, G. Gengadharan Pillai (Timbalan Pengerusi), Datuk Seri Panglima Haji Hassan Alban Haji Sandukong, Cham Yock Chua, Charles Chow Kok Cheng (Setiausaha), Dusun Chong (Bendahari), Wong Vui Soon (Pengarah Media), Ku Ah Kong (kordinator) dan 20 ahli jawatankuasa lain. Turut serta dalam jawatankuasa tersebut adalah tiga penasihat teknikal iaitu Wong Tack, Gary Yap dan Ho Yu Choi.
Wednesday, July 30, 2008
:Jawatankuasa ditubuh bantah projek janakuasa arang batu
isabah Wednesday, July 30, 2008
:Persatuan Tokong lawat pusat kanak-kanak khas
LAHAD DATU: Satu lawatan telah dibuat oleh ahli-ahli Persatuan Tokong Chi Hong Guan Yin daerah ke Pusat Persatuan Orang-orang Pekak dan Bisu Sabah daerah.
Pengerusinya Kong Enn Leong yang mengetuai rombongan tersebut berkata lawatan tersebut adalah bersempena dengan Hari Jadi Dewi Guan Yin dan mereka turut membuat sumbangan kepada pusat tersebut dan menyampaikan ang paw kepada kanak-kanak di pusat tersebut. Pada masa yang sama, rombongan tersebut juga sempat berama mesra dengan kanak-kanak istimewa disana.
Kong berkata harapan mereka dalam membuat lawatan tersebut adalah untuk merapatkan silaturahim dengan mereka yang berada di pusat tersebut. Rombongan tersebut diterima oleh pengurus pusat Bebaku@Nekie Lee.
Monday, July 28, 2008
:Au beri perhatian pada kelas khas SK Muhibbah
SANDAKAN: Pendidikan khas sekolah SK Muhibbah mendapat perhatian penuh dari Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura YB Au Kam Wah bersama isteri apabila pasangan tersebut bersma rombongan membuat lawatan ke sekolah tersebut untuk mendengar cadangan dan keluhan hasil dari pembentukan kelas khas tersebut.
Au juga sempat bertemu dengan para pendidik murid-murid khas sekolah tersebut dan penolong kanan sekolah Pan Marlina Bte. Azadin untuk lebih mengenali akan program tersebut.
Pada masa yang sama juga, beliau memberi sokongan kepada satu program yang bakal diadakan oleh sekolah tersebut untuk memberi pendedahan kepada para pendidik dan murid-murid kelas khas tersebut apabila mereka membuat lawatan ke SK Kibabaig dan SK Kolombong di Kota Kinabalu pada Ogos 5 nanti.
`Saya percaya lawatan sedemikian akan memberikan satu pendedahan yang amat baik kepada mereka yang bakal membuat lawatan tersebut kerana ianya mampu memberikan peluang kepada mereka (murid-murid khas) untuk berinteraksi dengan masyarakat’, katanya selepas lawatan tersebut. Au juga berkata pendidikan khas adalah suatu yang penting kerana ianya memberi peluang kepada anak-anak khas untuk menerima ilmu yang boleh membuat mereka lebih berdedikasi dalam menjalani hidup mereka nanti.
isabah Monday, July 28, 2008
Saturday, July 26, 2008
:Ahli DPBS digesa jangan mudah berpuas hati
LAHAD DATU: Yang Di Pertua Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS) Datuk Haji Ahmad Ali Lope Abdul Aziz membuat gesaan kepada ahli-ahli agar tidak sedang berpuas hati dengan pencapaian mereka tetapi perlu mempertingkatkan lagi keupayaan mereka dalam dunia perniagaan yang mencabar.
Ahmad berkata dalam satu perjumpan dengan DPBS Lahad Datu hari ini berkata usaha mempertingkatkan lagi kemampuan mereka boleh dicapai melalui teknik membaca mahupun mengikuti kursus-kursus yang berkaitan. `Cara ini mampu melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang berjaya diantara mereka’, tambahnya lagi.
Beliau berkata kemahiran ilmu dan pengurusan adalah penting dalam usaha ini dan ahli-ahli DPBS tidak harus leka dalam persaingan ini yang kian makin mencabar. Dalam majlis tersebut, Ahmad juga menyampaikan satu set komputer kepada pejabat DPBS.
Antara yang hadir dalam majlis tersebut adalah Naib Yang Di Pertua DPBS Hajah Hamidah Yusuf, Setiausaha Agung Juril Sudian, dua Ahli Majlis Tertinggi Haji Mohammad Ayong dan Haji Madri Akong, Setiausaha Eksekutif, Lamsin Perinta dan pengerusi DPBS daerah Jafar Alam.
isabah Saturday, July 26, 2008
:SMK Agaseh akan adakan hari anugerah
LAHAD DATU: Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang SMK Agaseh akan mengadakan diadakan pada 7 Ogos 2008 untuk kali ke 19 dan dijangkakan akan dirasmikan oleh ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Hajjah Maimunah Haji Suhaibul.
Jurucakap sekolah tersebut berkata anugerah ini adalah satu majlis penghargaan kepada para pelajar dan guru yang telah menunjukkan kejayaan dan kecermelangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
`Ianya juga sebagai satu motivasi kepada warga sekolah untuk bersaing dan mencipta kecermelangan untuk diri mereka dan sekolah dan juga untuk mempereratkan silaturahim dikalangan pelajar, ibu bapa dan juga guru’, he stated.
Moto pada majlis ini adalah `Warga Cemerlang, Agaseh Terbilang’.
Friday, July 25, 2008
:Memiliki barang curi adalah salah: Ramli
TAWAU: Orang ramai yang memiliki benda yang dipercayai dicuri perlu membuat laporan kepada pihak polis daerah kerana ini adalah satu kesalahan dibawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari 6 bulan dan denda.
Pemangku ketua polis daerah Supt. Haji Ramli Ali Mat berkata pihaknya telah membuat beberapa tangkapan keatas beberapa suspek kes pecah rumah yang berlaki dalam dua tahun ini dan mereka sedang membuat siasatan keatas kesemua barang curi tersebut. `Jikalau kamu memiliki barang-barang ini, maka perlulah mereka membuat laporan atau ianya menjadi satu kesalahan’, tambahanya lagi.
Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan percaya hasil dari tangkapan ini akan dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah.
Dalam satu lagi perkembangan, Ramli memberi amaran kepada majikan yang mengupah pekerja asing bekerja tanpa dokumen yang sah agar mereka tidak berbuat demikian kerana pihak berkuasa akan menjalankan operasi besar-besaran terhadap pendatang tanpa izin. Beliau juga pada masa yang sama mengesa pendatang tanpa izin agar meninggalkan Sabah secara sukarela dan secara aman dan tidak menunggu sehingga lancarnya operasi tersebut. `Kami memberi amaran kerana kami bukan tidak berhati perut seperti yang dikatakan orang tetapi bila tiba masanya kami bertindak, kami tidak akan teragak’, tegasnya lagi.
Permintaan Ramli agar pendatang tanpa izin meninggalkan Sabah secara sukarela adalah bertetapan kerana pada Ops. Nyah II yang lalu pada Mac 2002, ada beberapa pendatang tanpa izin telah menuduh pihak berkuasa sebagai `Tidak Berhati Perut’ dalam operasi tersebut.
isabah Friday, July 25, 2008
Thursday, July 24, 2008
:Polis Marin tahan 340 kayu balak
TAWAU: Polis Marin daerah berjaya menahan satu `scow’ yang berisi 340 batang kayu balak dalam satu kes yang mempunyai nilai rampasan yang dianggarkan sebanyak RM1 juta petang kelmarin.
Ketuanya, DSP Husaini Zainal Abidin berkata scow yang sedang ditarik oleh sebuah bot tunda ditahan di perairan laut Sungai Pasir Putih lebih kurang 1.5 batu nautika dari pantai pada jam lebih kurang 3.35 petang. Beliau berkata botronda PGR 31 telah membuat tahanan tersebut dan juragan bot tunda tersebut telah ditahan dalam tindakan tersebut.
`Juragan yang berumur 46 tahun itu gagal menunjukkan borang cukai, pas kebenaran belayar dan senarai jenis kayu dan ukur lilit kayu apabila diarahkan berbuat demikian’, katanya semasa menyerahkan kes tersebut kepada wakil Jabatan Perhutanan di tempat penahanan renjer kanan Haji Sakaran Abdul Lajak pagi tadi.
Husaini berkata kes bersabit dibawah Enakmen Hutan Seksyen 30 (1). Kayu-kayu tersebut juga tidak mempunyai tanda pengesahan pemeriksaan pihak jabatan Perhutanan pada pangkal dan hujung kayu balak tersebut.
Beliau juga berkata penangkapan ini adalah hasil dari maklumat orang awam dan operasi penangkapan dibuat oleh Cif Inspektor Safri Anuar Jamin bersama empat orang anggota Marin.
isabah Thursday, July 24, 2008