Wednesday, January 21, 2009

: Lelaki Jepun berjalan kaki dari Kota Kinabalu ke Tawau

TAWAU, Seorang Lelaki bangsa Jepun telah berjalan kaki dari Kota Kinabalu ke Tawau dalam masa 13 hari dan hanya berteduh dimana jua pada waktu malam sepanjang perjalanan tersebut.

Tadashi Nagase, 52, dari Bandaraya Izumo, terletak lebih kurang 300 kilometer dari bandaraya yang lebih terkenal Osaka, Jepun, mengatakan sikap ramah masyarakat Sabah lebih-lebih lagi mereka yang berada di kawasan pendalaman adalah suatu yang amat menarik perhatian beliau dalam perjalanan 512 kilometer itu.

`berlaku sekali dimana saya berhadapan dengan cuaca yang tidak baik semasa saya mencari tempat untuk menginap dan saya ternampak satu rumah yang tidak digunakan dan telah mendapat kebenaran untuk bermalam di situ oleh penduduk kampung yang berdekatan’, katanya lagi semasa satu majlis makan malam HASH yang diadakan oleh YB Jimmy Wong, Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjong pada malam Januari 3.

Tetapi perjalanan beliau ini adalah sesuatu yang amat mudah bagi beliau yang telah mencatatkan senarai negara-negara yang beliau telah lawati sejak 1975 semasa beliau berumur 19 tahun dan kini beliau telah berjalan hampir 45,000 kilometer!

Tadashi berkata beliau telah berjalan di kawasan yang eksotik seperti padang pasir Sahara dan Kalahari, Pergunungan Andes, padang pasir Australia dan hutan tropika Amazon di pelbagai negara.

Dalam menambah cabaran beliau, Tadashi juga menarik troli dua roda yang diisi dengan keperluan beliau seperti air dan makanan dan berat troli tersebut bergantung kepada perjalanan.

`Air adalah bahan yang paling berat dalam troli saya dan saya anggarkan bahawa troli yang paling berat saya pernah tarik adalah lebih kurang 150 kilogram’, katanya lagi.

Semasa beliau ditanya mengenai perancangan beliau seterusnya selepas Tawau, Tadashi berkata beliau meminati hutan dan padang pasir dan mungkin akan membuat perjalanan dikawasan-kawasan sebegini tetapi beliau belum lagi membuat perancangan.

Tadashi juga berkata bahawa isterinya sangat menyokong beliau dalam minat beliau yang agak luar biasa itu.

`Dia sentiasa berkata teruskan perancangan mu setiap kali saya merancang satu perjalanan’, katanya dan menambah beliau mencari sumber hidup dengan memberi ceramah mengenai perjalanan beliau dan telah menulis sembilan buku mengenai perjalanan tersebut.

Tadashi yang begitu ramah mempunyai dua cahaya mata dan telah membuat lawatan ke negara-negara seperti China, Thailan Utara, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan, Indonesia, selatan India, Filipina, Mongolia dan Malaysia.

Caption: Tadashi (2 dari kanan) dengan Wong (kanan) bersama beberapa kawan semasa majlis tersebut.