Monday, September 8, 2008

:Pemimpin akan berganti, masyarakat perlu terus maju: Liew

TAWAU: Penduduk kampung Kijang di Merotai digesa agar meneruskan usaha dalam perpaduan mereka kerana pemimpin-pemimpin akan silih berganti tetapi masyarakat akan tetap menjadi masyarakat dikawasan mereka masing-masing.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Merotai Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah berkata masyarakat perlulah terus meneruskan usaha membangunkan kawasan mereka walaupun pemimpin mereka berganti kerana ini adalah amat penting untuk mereka.

Liew berkata demikian semasa menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Dumit Rasid semalam bersama lebih 50 penduduk kampung yang hadir.

`Kita kini sering melihat para pemimpin berpecahan dari berita-berita yang disiarkan dalam media tetapi walau apapun yang berlaku dikalangan mereka, masyarakat tetap perlu menuju kearah era yang baru’, tambahnya lagi.

Pada masa yang sama, Liew berkata beliau bersama isteri juga mengucapkan terima kasih keatas majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Dumit dan Mohd. Fakir.

Wakil Ketua Anak Negeri Merotai, Mohd. Fakir semasa berucap juga menekankan kemajuan Merotai hasil dari perpaduan yang dipraktikkan oleh masyarakat disana dan usaha Liew semasa beliau menjadi ADUN telah menunjukkan perpaduan yang erat dikalangan masyarakat.

`Pembangunan juga menjadi agenda utama Liew dimana Merotai telah mendapat infrastruktur baru seperti masjid, dewan, One Stop Center, kenderaan Jenazah, kenderaan ambulan dan juga kenderaan bomba’, katanya lagi dalam majlis tersebut.

Liew dalam masa yang sama juga memberi sumbangan kepada 20 penerima dalam bentuk beras dan makanan kering.

GAMBAR MENUNJUKKAN LIEW BERSAMA MASYARAKAT ISLAM DI KAMPUNG TERSEBUT.