Tuesday, September 2, 2008

:Regimen 516 buat program tarik minat golongan Tionghua

TAWAU: Regimen 516 Askar Wataniah menerima lebih kurang seratus pelawat dari rakyat Malaysia dari keturunan Cina dalam satu majlis yang bersejarah dalam satu program mempromosi regimen tersebut Sabtu lepas.

Antara persatuan yang hadir selain dari individu adalah dari Gabungan Persatuan Cina Sabah dan dari Sekolah Menengah Tinggi Sabah Chinese. Komander regimen tersebut Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah bersama timbalan komander beliau Lt. Kolonel Mohd. Samin Haji Mohd. Sih menerima rombongan tersebut dimana tetamu yang hadir menyaksikan pameran, pertunjukkan dan taklimat mengenai regimen tersebut.

Program tersebut dipercayai adalah program yang pertama dianjurkan oleh mana-mana regimen askar wataniah dalam mengalakkan masyarakat Cina untuk menyertai pertubuhan tersebut.

Liew dalam ucapan beliau semasa menerima rombongan tersebut berkata tanggungjawab dalam mempertahankan negara adalah terletak dibahu setiap rakyat Malaysia dan tiada kaum yang dikecualikan dalam aspek ini.

`Maklamat program ini adalah jelas, kami mengesa agar lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang berketurunan Cina untuk menyertai pertubuhan ini melalui taklimat, pameran dan pertunjukkan yang diadakan tadi’, kata Liew.

Antara pertunjukkan yang dipertunjukkan adalah persembahan Tempur Tanpa Senjata (TTS) yang dipersembahkan oleh para perajurit regimen tersebut.

GAMBAR MENUNJUKKAN LIEW BERSAMA SAMIN BERSAMA BEBERAPA PELAWAT.