Tuesday, September 9, 2008

:Kursus kemahiran pengawal keselamatan berakhir

LAHAD DATU: Satu kursus Kemahiran Pengawal Keselamatan tahap 1 Siri 19 & 20/2008 selama empat hari telah ditutup dengan rasminya pada 21 Ogos, 2008 dimana seramai 59 peserta yang melibatkan pengawal-pengawal keselamatan dari syarikat-syarikat keselamatan yang berpusat diseluruh Sabah.

Majlis penutupan tersebut dirasmikan oleh ketua eksekutif Syarikat Suria Security Services Sdn. Bhd., Lt. Kol. (B) Dato’ Abdul Rashid Abdul Wahid Beliau berkata program ini diselarikan dengan modul latihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan objektifnya adalah untuk melahirkan pengawal-pengawal keselamatan yang mempunyai sikap disiplin yang tinggi, setia, cekap dan juga amanah semasa menjalankan tugas mereka.

`Pada masa yang sama juga, kursus ini juga memberikan pengetahuan asas untuk peserta semasa mereka menjalankan tugas-tugas mereka’, tambahnya. Abdul Rashid juga berkata ianya juga bertujuan untuk memartabatkan pengawal-pengawal keselamatan dikalangan masyarakat.

Kursus ini dianjurkan oleh Suria Security Services Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia.

Rashid pada masa yang sama juga menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta dalam majlis yang diadakan di SK Dayang.