Friday, October 3, 2008

: Belia digesa mahir dalam blog.

TAWAU: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan terus memberi galakkan kepada golongan belia yang arif dengan situasi sebenar keadaan negara ini untuk menceburi diri mereka kedalam blog-blog internet untuk mengimbangi informasi yang negatif kini kian boleh dilihat dalam internet.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli YB Jahid Jahin berkata wujudnya informasi mahupun berita yang provokatif dan tidak masuk akan yang tertera didalam blog-blog ini akan mempengaruhi minda golongan remaja dan ini akan memberikan persepsi yang tidak tepat mengenai isu-isu negara.

`Maklumat yang sama sudah tentunya akan membuat mereka yang membacanya membuat keputusan yang salah ‘, katany dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel dalam satu majlis berbuka puasa Selasa lalu.

Beliau berkata isu yang diketengahkan dalam internet lebih menunjukkan sikap-sikap negatif dan belia PBS digalakkan agar menceburi diri mereka dalam komen-komen ataupun perdebatan yang ada dalam internet agar dapat mengimbangi lagi situasi negatif yang dilihat hari ini.

Jahid juga berkata golongan belia hari ini lebih menggunakan internet untuk mendapatkan bahan berita berbanding dengan media lain seperti suratkhabar, radior mahupun televisyen. `Maka dengan ini kita perlu mengajar belia kita dalam mendapatkan bahan berita yang betul dari sumber yang baik’, tambahnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau juga berkata skim yang diadakan oleh pihak kerajaan untuk meminjam wang kepada golongan belia yang mempunyai minat dalam perniagaan pada masa kini tidaklah sambut dengan baik oleh belia. `Berkemungkinan juga maklumat ini tidak sampai dengan jelas tetapi belia yang ingin membuat pinjaman tersebut boleh mendapatkannya melalui Kementerian Belia dan Sukan negeri’, tambahnya lagi. Beliau berkata belia yang layak perlu mengambil peluang ini untuk membaiki ekonomi kehidupan mereka dengan berniaga dan pihak Kerajaan ingin membantu melalui saranan pinjaman yang mempunyai nilai bunga yang rendah.

Jahid berada di daerah ini untuk merasmikan mesyuarat agong empat cawangan di Semporna sebelum itu dalam ucapan beliau berkata presiden parti Datuk Seri Panglima Pairin Kitingan menghargai para ahli parti yang terus bersama parti tersebut.

GAMBAR MENUNJUKKAN JAHID BERSAMA PARA PEMIMPIN PARTI DALAM MAJLIS BERBUKA PUASA.