Thursday, October 16, 2008

: Tindakan cepat berjaya mendapat balik dua remaja yang hilang

TAWAU, Tindakan cepat dan bersemangat dalam satu usaha mencari dua belia yang dilaporkan hilang oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah telah mendapat manfaat apabila kedua-dua belia tersebut telah dijumpai dengan selamat setelah hilang selama tiga hari dan dua malam.

Pencarian tersebut bermula apabila bekas Menteri Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah menerima panggilan meminta beliau membantu dalam mencari kedua-dua belia tersebut oleh ibubapa yang terlibat dan usaha beliau dengan bantuan Dato’ Yong Chi Fui dan pihak polis yang tidak putus-putus telah menemui budak lelaki berumur 15 tahun dan seorang perempuan berumur 12 tahun di sebuah tempat.

`Usaha Liew telah menyebabkan kami telah berjaya mencari kedua-dua mereka dalam keadaan baik dan kini mereka telah dikembalikan kepada keluarga mereka masing-masing’, kata Yong setelah kes tersebut telah diselesaikan dengan cepat.

Liew berada di Kota Kinabalu bila beliau menerima panggilan tersebut dua hari selepas kedua-dua budak hilang and usaha-usaha beliau telah berjaya mendapatkan mereka hanya dalam masa yang tersingkat.

Yong juga berkata usaha yang cepat dan tepat oleh Liew dan mereka yang terlibat dalam pencarian tersebut telah menunjukkan penyelesaian yang baik. Pada masa yang sama juga, beliau meminta agar para ibubapa sentiasa mengikuti perkembangan anak-anak mereka agar kes sebegini tidak akan berlaku lagi. `Kami masih tak pasti kenapa mereka tinggalkan rumah mereka tetapi para ibubapa perlulah peka akan permasalahan dan keperluan mereka’, tambahnya lagi.

Yong bersama seorang lagi kawan Liew, Chen Fen Kyun bersama yang lain termasuk pihak polis memulakan usaha dengan mencari rakan-rakan kedua-dua yang hilang untuk mendapatkan petanda dimana mereka mungkin berada. Beliau juga berkata rakan-rakan yang dicari telah memberikan bantuan sepenuhnya walaupun terpaksa dikejutkan pada awal pagi pada hari ke tiga.

Kami ingin meminta maaf kepada mereka kerana kami telah mengejutkan mereka pada awal pagi tetapi maklumat yang diberi oleh mereka telah menyebabkan kami berjaya mencari mereka’, tambahnya lagi. Yong berkata mereka memulakan pencarian mereka pada malam hari kedua dan pagi hari ketiga sehingga 4.00 pagi untuk mencari mereka.

Yong dan Chen meneruskan usaha keesokan hari pada hari ketiga dan maklumat tambahan telah menjayakan usaha mencari kedua-dua belia tersebut yang dijumpai disebuah kawasan pada jam 1.30 petang.

Caption: Yong (kanan) bersama Chen dan yang lain disebuah rumah yang dikenalpasti untuk mendapatkan maklumat pada jam 3.10 pagi. Pic 1