Friday, October 3, 2008

: Raja Muda Perlis lawat kem keselamatan pulau Berhala

SANDAKAN: Anggota tentera yang terlibat dalam operasi Pasir di kem pulau Berhala menjadi tuan rumah dalam satu majlis berbuka puasa kepada Raja Muda Perlis Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang juga Komander Regimen 504 Askar Wataniah (Perlis) pada September 15, 2008.

Syed Faizuddin dalam lawatan tersebut bersama dengan Panglima Angkatan Bersama, Dato’ Allatif Bin Mohd. Noor, Brigadier Jeneral Sheikh Muksin Bin Sheikh Hassan, pegawai pemerintah Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2, pegawai pemerintah untuk Batalian ke 5, Regimen Askar Melayu DiRaja, Lt. Kol. Halim Bin Haji Yusof dan juga Komander Regimen 516 Askar Wataniah Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah dimana rombongan tersebut yang juga melibati beberapa pegawai-pegawai kerajaan dari negeri Perlis

Turut dilaksanakan dalam majlis tersebut adalah pemberian kuih raya kepada para anggota yang bertugas di kem tersebut oleh Syed Faizuddin.

Beliau dalam majlis berbuka puasa di kem tersebut mengesa agar para anggota yang bertugas disana agar terus merapakkan diri mereka dengan masyarakat disekeliling mereka kerana para penduduk akan memandang mereka sebagai seorang anggota tentera dan ini memerlukan mereka menjaga nama tentera semasa mereka menjalankan tugas harian mereka dalam menjaga keamanan

Pada masa yang sama, Syed Faizuddin juga memuji perancangan ATB yang teratur dan efisien dalam melaksanakan lawatan tersebut ini membuktikan kemampuan cabang tersebut dalam urusan mereka.

Turut bersama dalam majlis tersebut adalah beberapa pemimpin daerah dan ketua polis daerah.

GAMBAR MENUNJUKKAN MAJLIS PENYERAHAN KUIH RAYA OLEH RAJA MUDA PERLIS (KIRI) KEPADA WAKIL KEM TERSEBUT.