Friday, October 3, 2008

: Pendidikan agama penting untuk anak-anak

TAWAU: Pendidikan agama adalah penting untuk setiap anak-anak kerana ianya boleh meningkatkan lagi keperibadian mereka dan mendorong masa depan mereka yang lebih cerah.

Ahli Parlimen untuk Tawau YB Datuk Chua Soon Bui berkata para ibubapa perlulah terus memberi galakkan kepada anak-anak mereka dalam aspek ini bukan sahaja untuk kebaikan generasi masa depan mereka malah untuk kepentingan negara.

Beliau berkata demikian semasa membuat lawatan ke sekolah agama KAFA Darul Hidayah di kampung Perpaduan dan berjumpa dengan para ibubapa dan anak-anak seramai 300 murid di sekolah tersebut.

Chua pada masa yang sama juga berkata para ibubapa perlu mempunyai semangat yang jitu dalam memberi galakkan kepada anak-anak mereka dan bukan hanya berharap kepada pengajaran para pendidik sahaja. Beliau berada di sekolah tersebut untuk membantu dalam meningkatkan kemudahan-kemudahan sekolah tersebut dan memperbaiki beberapa kemudahan seperti pagar, papan hitam, tikar, pintu dan beberapa lagi kemudahan lain.

Chua juga berkesempatan menyampaikan buah kurma kepada anak-anak. Surau kampung tersebut juga dilawati beliau bersama para pemimpin-pemimpin kampung tersebut dimana satu tempat berteduh sementara disumbangkan oleh beliau untuk bulan Ramaddan.


GAMBAR MENUNJUKKAN CHUA BERSAMA PARA IBUBAPA, GURU DAN ANAK-ANAK SEKOLAH TERSEBUT.