Monday, October 27, 2008

: Polis cari orang terlibat dalam kes penipuan

TAWAU: Dua mangsa telah ditipu setelah mereka dijanjikan wang pulangan hasil dari pelaburan mereka sebanyak sekali ganda dalam satu lagi kes penipuan dimana suspek yang menjalankan penipuan tersebut telah mendapat RM30 ribu hasil dari kedua-dua kes tersebut.

Ketua polis daerah ACP Jaafar Mohd. Yussof dalam satu sidang akhbar berkata kedua-dua mangsa telah membuat laporan polis pada Oktober 18, 2008, selepas mereka mendapati mereka telah menerima pulangan lumayan tersebut dalam bentuk `Duit Neraka’ yang digunakan oleh masyarakat Cina dalam upacara keagamaan mereka.

Beliau berkata mangsa pertama, seorang wanita Bugis berumur 43 tahun telah pergi kesebuah bilik hotel untuk berjumpa suspek pada Februari, 12, 2008 lebih kurang 3.05petang dan memberikan sejumlah RM25,000 kepada suspek dan mangsa diarahkan agar keluar dari bilik tersebut dan menunggu diluar sehingga dipanggil masuk sekali lagi. `Suspek setelah memanggil masuk mangsa lalu memberikan satu beg sekolah dan menyuruh mangsa pulang dan hanya boleh buka beg tersebut selepas empat hari’, tambahnya lagi. Beliau juga berkata suspek memberi amaran bahawa jampi tersebut akan menyusahkan mangsa jika beg tersebut dibuka awal.

Mangsa mengikut kehendak suspek dan hanya membuka beg tersebut dan mendapati ribuan `Duit Neraka’ tersebut dalam beg sekolah yang diberi. Mangsa ke dua, seorang lelaki Bugis berumur 50 juga telah berjumpa dengan suspek dalam keadaan yang sama dimana dia memberikan RM5,000 untuk tujuan yang sama pada jam lebih kurang 3.00 petang.

Beliau berkata bahawa pihak polis mengesyaki ada lebih ramai orang yang tertipu oleh suspek dan meminta agar mereka membuat laporan polis dibahagian Jenayah Kormesial dengan menelefon 089-75222.

Pada masa yang sama, pihaknya juga mengeluarkan gambar dan maklumat suspek agar masyarakat dapat membantu dalam mencari suspek. Beliau berkata nama mangsa adalah Darick Mosipil @ Alex dengan nombor kad pengenalan 641226-12-5323 dan percaya suspek adalah seorang Kadazan.

GAMBAR MENUNJUKKAN ORANG YANG DICARI.