Saturday, November 8, 2008

: Tentera Laut adakan khidmat pemeriksaan kesihatan di kampung Pasir Putih Baru

TAWAU, Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) akan menutup latihan OSTEX Timur 3/08 untuk Pantai Timur Sabah yang merupakan latihan seumpama yang terbesar dan melibatkan latihan untuk menangani insiden Somalia dimana satu kes penculikan telah berlaku.

Latihan terakhir ini untuk 2008 melibatkan tujuh buah kapal perang dan satu kapal tunda melibatkan senario latihan penculikan itu sebagai satu lagi langkah untuk mempertingkatkan kemampuan mereka yang bermula pada November 3.

Laksmana Pertama Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman iaitu Panglima Wilayah Laut 2 berkata senario insiden tersebut berlaku di Somalia telah diambil kira sebagai satu lagi langkah meningkatkan kemampuan mereka.

Beliau berada di daerah ini untuk menutup latihan tersebut pada November 8 yang akan diadakan di pengkalan KD Sri Tawau dimana latihan ini juga telah dibuat untuk menguji kemampuan mereka dalam menjaga keselamatan pantai Sabah dan Sarawak dengan peralatan yang ada.

Pada masa yang sama, beliau juga berkata KD Sri Tawau akan dibina baru di tapak yang sama bermula tahun depan dan dijangka akan mengambil dua tahun untuk menyiapkannya.

Syed Zahiruddin berkata bangunan-bangunan baru bila siap dibina akan dapat memberi sokongan logistik dan teknikal kepada TLDM di Sabah selain dari memjadi tapak untuk melatih tentera simpanan yang ada.

Beliau berada di kampung Pasir Putih Baru untuk memantau satu aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma dan pemberian ubat-ubatan percuma.

Caption: Syed Zahiruddin (berdiri dengan pakaian pegawai TLDM) melihat penduduk kampung mendapatkan perkhidmatan.