Monday, November 10, 2008

: Masyarakat Cina saksikan latihan menembak AW

TAWAU, Hampir lima puluh warga Cina mewakili pelbagai persatuan telah hadir untuk menyaksikan latihan menembak dan penggunaan senjata semasa Regimen 516 Askar Wataniah menjalankan satu lagi aktiviti latihan kepada rekrut-rekrut baru mereka. Tetamu-tetamu ini hadir atas pelawaan komander regimen Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah dalam usaha mempromosikan askar wataniah kepada masyarakat Cina di daerah ini.

Beliau berkata rekrut-rekrut baru askar wataniah melibati dalam latihan ini sebagai satu latihan yang wajib yang diadakan di batu 10 Jalan Apas.

`Saya menjemput mereka hadir agar mereka lebih memahami latihan-latihan askar wataniah dan dalam sesi ini penggunaan senjata serangan dan penggunaan sebagai satu pendedahan’, katanya semasa latihan tersebut dijalankan dimana beliau usaha ini adalah satu lagi aktiviti untuk menarik lebih ramai lagi golongan Cina untuk menyertai askar wataniah.

Latihan menembak tersebut diadakan pada Oktober 08.

Caption: Liew bersama pegawai, anggota askar wataniah beserta para hadirin selepas sesi latihan tersebut selesai.