Saturday, November 29, 2008

Parti politik perlulah menggunakan media altenatif

TAWAU, Parti Politik hari ini perlu menggunakan sepenuhnya media altenatif dalam bentuk media internet dalam usaha untuk terus menjadi dinamis dan releven untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat umum lebih-lebih lagi kepada generasi muda.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli, YB Datuk Jahid Jahin berkata ini adalah perlu kerana masyarakat perlu tahu akan ke dua-dua pihak dalam satu-satu isu dan bukan hanya mendengar dari satu sudut sahaja.

Jahid yang juga presiden bagi pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam satu temubual berkata statistic menunjukkan lebih kurang 60 peratus golongan remaja negara lebih cenderung membaca berita melalui saluran media alternatif dan buka media `mainstream’ seperti suratkhabar, radio atau televisyen.

`Kita perlu menerima teknologi terkini dan menggunakannya secara menyeluruh untuk kebaikan negara kita’, katanya lagi.


Beliau mengucapak tahniah kepada bahagian Sri Tanjong parti tersebut yang telah memulakan blog mereka sendiri sebagai satu lagi altenatif untuk menyiarkan maklumat aktiviti mereka kerana keadaan sekarang memerlukan penggunaan blog dan cara media yang lain untuk tujuan tersebut.

`Ini adalah satu usaha yang amat baik dan saya menyambut baik akan tindakan yang dibuat oleh pengerusi mereka Fung Len Fui dan timbalan beliau iaitu Chong Hon Vun kerana mesej yang disebarkan perlulah sampai kepada segenap masyarakat.

Jahid menerangkan blog juga berguna dalam mendapat maklumbalas dari golongan remaja yang gemar melayari laman web dan jalan ini adalah laluan terbaik untuk mereka menyuarakan pendapat mereka dalam apa jua isu.

`Saya sangat bergembira tentang penglibatan golongan remaja dalam penggunaan ICT yang kini dikenali sebagai perdebatan cyber dan membuat kita setaraf dengan remaja seluruh dunia’, katanya lagi.

Jahid berkata demikian semasa menghadiri majlis makan malam dengan golongan pemimpin-pemimpin daerah disini baru-baru ini.

Blog PBS Sri Tanjong boleh dilawati di http://pbs-sri-tanjong-berita.blogspot.com/ (bahasa Malaysia), http://pbs-sri-tanjong-news.blogspot.com/ (Inggeris) dan http://pbs-sri-tanjong.blogspot.com/ (bahasa Cina).

Caption: Jahid(duduk dengan baju lengan panjang warna putih) bersama para pemimpin-pemimpin yang hadir. Pic 1