Saturday, November 29, 2008

Kelab sukan komuniti Sri Tanjong terima pujian anjur acara bolasepak

TAWAU, Kelab Sukan Komuniti Sri Tanjong menerima pujian dari Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah kerana terus menganjurkan acara-acara untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan mengalakkan kerjasama yang erat dikalangan rakyat Malaysia.

Pembantu Menteri dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli, YB Datuk Jahid Jahin berkata demikian semasa merasmikan pertandingan bola sepak piala Bersatu di padang Sekolah Menengah Tinggi Cina bahawa usaha ini mencerminkan usaha kerajaan dalam mengalakkan kehidupan yang sihat melalui penglibatan dalam aktiviti sukan.

`Acara sebegini juga mengalakkan golongan remaja untuk menggunakan masa lapang mereka secara baik dan membina badan dan minda yang sihat’, katanya dalam majlis tersebut.

Jahid juga berkata badan-badan belia boleh berjumpa dengan pegawai Kementerian Belia dan Sukan daerah untuk apa jua perkara yang membabitkan belia.

Sebelum itu, pengerusi Kelab penganjur, Fung Len Fui dalam ucapannya berkata acara ini akan memastikan agar perpaduan dikalangan rakyat Malaysia dapat diteruskan dan pada masa yang sama mencungkil bakat para peserta dalam acara sukan bole sepak.

Caption: Jahid merasmikan acara tersebut.