Thursday, October 16, 2008

:Masyarakat luar bandar perlu tekankan kepentingan pendidikan: Chua


TAWAU: Para penduduk kampung Serudung Baru digesa agar menanam nilai minatkan pendidikan dikalangan anak-anak mereka kerana ianya akan dapat membantu dalam pembangunan ekonomi kampung tersebut.

Ahli Parliamen Tawau, YB Datuk Chua Soon Bui berkata demikian semasa membuat lawatan ke kampung tersebut pada Oktober 9 dan mengedarkan zink dan papan kepada 38 buah rumah berkata dua masalah yang dikenal pasti kenapa kebanyakan anak-anak kampung tersebut hanya pelajar ke tahap sekolah rendah adalah kerana kos persekolahan dan kekurangan minat yang mendalam dikalangan anak-anak untuk belajar.

`Tanpa pendidikan yang betul, kampung ini akan terus menghadapi masalah pembangunan ekonomi’, katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, Chua juga berkata adalah perlu jika anak-anak ini diberi pendidikan altenatif seperti sekolah pendidikan vokasional jika ianya akan lebih menarik perhatian mereka.

Kampung tersebut mempunyai lebih 400 rumah dan jumlah penduduk yang melebihi 1,000 orang.

Caption: Chua bersama masyarakat kampung dalam majlis tersebut.