Saturday, August 16, 2008

:Kursus Tempur Tanpa Senjata Regimen 516

TAWAU: Para anggota askar wataniah di Regimen 516 yang berpengkalan di Pantai Timur Sabah digesa agar mengambil latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS) sebagai satu latihan yang boleh memberi keyakinan kepada mereka dalam perkhidmatan mereka dalam regimen tersebut.

Lt. Kol. Mohd. Samin bin Haji Mohd. Sih, timbalan komander regimen tersebut berkata latihan TTS adalah amat penting untuk setiap pegawai dan anggota kerana kemampuan dalam TTS adalah penting dalam penugasan mereka.

Samin berkata demikian dalam majlis perasmian Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata siri 1/2008 di kem regimen tersebut baru-baru ini. Kursus tersebut dihadiri oleh 96 askar wataniah dan 9 askar tetap. Latihan tersebut akan berakhir pada penghujung bulan Ogos ini.