Saturday, August 9, 2008

:Pelepasan parol penghuni penjara tertinggi di Sabah

TAWAU: Proses pelepasan parol untuk lima lagi penghuni penjara daerah hari ini sejak sistem parol diluluskan Disember 2007 dan proses ini telah menjadikan daerah ini membuat parol terbanyak iaitu sembilan orang dalam negeri ini pada masa kini.

Pengarah Penjara daerah Mat Johir Hashim berkata empat penghuni penjara telah diberi parol sejak Julai 28. Johir berkata demikian di pejabat beliau bersama pegawai parol daerah Noraini Abd. Karim setelah menyaksikan proses penghantaran lima penghuni tersebut kepada pejabat parol untuk dibebaskan dengan pemerhatian di daerah mereka masing-masing di Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

`Sistem parol ini dapat membantu mengurangkan penghuni di pusat tahanan dan memberi peluang kepada mereka yang di parol berinteraksi dengan masyarakat dengan penyeliaan yang teratur’, katanya.

Johir juga berkata penghuni yang layak menerima parol adalah mereka yang didenda penjara lebih dari setahun kecuali mereka yang dihukum mati, penjara seumur hidup, banduan yang ditahan di bawah perkenaan Yang DiPertuan Agong atau Raja mahupun Yang DiPertuan Negeri. Beliau juga berkata kejayaan sistem ini memerlukan sokongan masyarakat dan golongan keluarga penghuni yang di parol.

Noraini dalam menjawab satu soalan berkata tidak wujud masalah yang dihadapi oleh pejabat beliau dengan mereka yang telah di parol.