Tuesday, June 17, 2008

:Jangan lapor harga barang naik kepada polis: Ramli

TAWAU, Masyarakat digesa agar membuat laporan kenaikan harga barang kepada agensi yang bertanggungjawab seperti Kementerian Hal Ehwal Pengguna dan bukan membuat laporan kepada pihak polis.

Pemangku ketua polis daerah Supt. Haji Ramli Ali Mat berkata pihak polis telah menerima beberapa laporan sedemikian dan telah menyerahkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

`Kami telah menyerahkan laporan-laporan dari masyarakat kepada yang berkenaan tetapi kami ingin mengesa agar laporan sebegini dihantar kepada agensi yang bertanggungjawab’, tambahnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau juga meminta agar masyarakat yang mendapat maklumat mengenai kenaikan harga barang agar tidak menyebarkan khabar sebegitu kerana ianya akan membuat orang ramai panik dan adalah lebih baik jika mereka membuat pertanyaan atau melapor kepada agensi yang berkenaan.

Dalam hal lain pula, beliau berkata polis sentiasa berada di pejabat pos semasa pemilik kenderaan yang layak menerima subsidi minyak agar tidak ada kes yang tidak di ingini berlaku.

`Polis tidak berunifom berada di kawasan tersebut untuk memastikan agar tiada jenayah berlaku’, tambahnya lagi.

Ramli juga berkata sokongan dari peniaga-peniaga telefon bimbit adalah amat baik dimana lebih kurang 80 peratus dari mereka terus memberikan kerjasama dalam melapor kepada pihak polis tentang penjual telefon bimbit yang mencurigai. Beliau berkata makluman ini berikutan satu tangkapan keatas seorang suspek yang berjaya ditahan selepas dia mencuri sebuah telefon bimbit.