Monday, June 16, 2008

:Suspek kes rogol ditahan

TAWAU, Polis membuat tangkapan terhadap seorang suspek kelmarin hasil dari maklumat yang diterima dan percaya telah menyelesaikan kes rompakan dan rogol yang berlaku pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah ACP Jaafar Bin Mohd. Yusof berkata suspek yang berumur 28 tahun itu ditahan di dalam sebuah teksi di jalan St. Patrick dan mereka telah merampas satu bilah pisau Bugis yang digunakan dalam rompakan tersebut dan sebuah telefon bimbit jenis Nokia yang dipercayai kepunyaan mangsa.

Beliau berkata satu laporan polis dibuat oleh mangsa berumur 22 kelmarin pada jam 9.30 pagi. Jaafar berkata mangsa sedang bekerja mengemaskan sebuah bilik rumah tumpangan apabila didatangi oleh suspek yang telah membuat beberapa pertanyaan lalu mengunci pintu bilik dan mengacukan sebilah pisau Bugis ke leher mangsa dan mengugutnya. Jaafar juga berkata suspek merampas satu tali leher, satu cincin dan telefon bimbit kepunyaan suspek dan terus mengarahkan mangsa yang hanya berpakaian satu skit dan satu tuala supaya baring di katil dan merogolnya.

`Suami mangsa yang tidur disebuah bilik lain terjaga dan mencari isterinya dengan memangil nama mangsa dan suspek terus melarikan diri apabila mendengar panggilan suami mangsa’, katanya lagi.

Jaafar juga berkata suspek akan dituduh dibawah Seksyen 379/396 Kanun Keseksaan kerana merompak dan merogol.