Wednesday, June 11, 2008

:Polis tahan dua suspek pengedar dadah

TAWAU, Dua lelaki asing ditahan polis kelmarin dalam dua kes berasingan apabila mereka didapati memiliki dadah jenis syabu.

Seorang dari suspek tersebut yang berumur 22 tahun di tahan pada jam 2.30petang di sebuah bangunan di Jalan Kuhara dan pemeriksaan mendapati suspek tersebut menyimpan sejumlah 280 paket mengandungi bahan yang dipercayai syabu dengan sejumlah berat lebih kurang 9.4 grams.

Ketua Polis Daerah ACP Jaafar Bin Mohd. Yusof berkata suspek tersebut disiasat dibawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya. Ujian air kencing suspek juga telah dibuat dan ianya adalah positif. Dalam satu lagi tangkapan kes syabu kelmarin, seorang lagi lelaki asing ditahan di kawasan kampung Pisang di Hill Top pada jam 1.40petang dimana sejumlah 28 paket kecil berisi hablur yang dipercayai syabu disembunyikan didalam sebuah kotak rokok.

Jaafar berkata bahawa suspek kedua yang berusia 28 tahun itu ditahan dibawah Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki syabu tersebut yang dianggarkan beratnya lebih kurang 0.7 gram. Pada masa yang sama, beliau juga berkata bahawa kedua-dua suspek tersebut dipercayai pengedar kecil-kecilan.