Friday, June 20, 2008

:Golongan pemuda bantu mangsa gempa bumi

TAWAU, Sikap pemurah masyarakat di daerah ini lebih-lebih lagi dari golongan remaja dalam membantu mangsa gempa bumi di Szechuan, China, menunjukkan pengetahuan mereka terhadap malapetaka tersebut dan sumbangan mereka akan lebih memantapkan lagi jatidiri dikalangan golongan belia remaja ini.

Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata kutipan amal yang dianjurkan oleh empat pusat hiburan malam di sini telah menunjukkan sikap prihatin mereka dalam membantu mereka yang memerlukannya.

`Pusat-pusat hiburan ini mempunyai pelanggan dari golongan muda mudi dan kutipan mereka adalah bukti akan niat murni mereka’, tambahnya lagi.

Pada masa yang sama, Liew juga sikap menganjurkan acara-acara ini dikalangan pengusaha-pengusaha pusat hiburan tersebut juga adalah amat dihargai. Kutipan dimulakan selama dua hari dari Junction 8 dimana sejumlah RM15,508, Golden City Karaoke Lounge mengutip RM10,560, Hometown Steak House berjaya mengumpul RM10,596 manakala jumlah kutipan satu lagi pusat hiburan masih lagi tidak diketahui.

Jumlah yang telah dikumpul telah diserahkan kepada wakil dari Perdanganan Cina Daerah untuk diberikan kepada Duta China di Kuching.

Liew yang juga menyumbang beberapa kali dalam kempen tersebut malapetaka yang berlaku di tempat lain perlu dijawab oleh mereka yang mampu dalam membantu dan Malaysia tidak terkecuali dari kewajipan ini.

Seorang lagi dermawan dalam kempen ini adalah Dato’ Yong Chi Fui berkata adalah tanggungjawab manusia untuk membantu sesama sendiri dan kemurahan hati masyarakat daerah tersebut telah menunjukkan mereka boleh menyumbang.

`Malapetaka tersebut telah menunjukkan warna sebenar masyarakat Sabah lebih-lebih lagi golongan remaja yang sanggup membantu walau yang tidak dikenali’, katanya semasa membuat sumbangan di Hometown Steak House baru-baru ini. Golongan pemimpin dan pemuda-pemudi memberi sumbangan tersebut dengan pelbagai cara seperti menyertai perlawanan `Pool’, nyanyian karaoke dan pembelian minuman dari pusat-pusat tersebut.