Saturday, June 14, 2008

:kelab Fajar lawat warga emas Air Panas

TAWAU, Warga emas yang menetap di rumah Warga Emas Air Panas menerima lawatan rombongan dari Kelab Fajar yang membawa buah tangan dan sumbangan dalam acara tahunan kelab tersebut dan juga sumbangan wang.

Rombongan yang diketuai oleh pengurus kawasan Jacky Lim dan pengurus kelab Nicholas Hong beserta 20 kakitangan kelab tersebut membuat lawatan pada jam 10.30pagi ini.

Turut diadakan dalam perjumpaan tersebut adalah sumbangan wang dalam bentuk cek berjumlah RM2,001 yang dikutip dari ahli-ahli dan tetamu-tetamu kelab.

Hong berkata acara ini diadakan setiap tahun dalam usaha membawa kegembiraan kepada warga emas yang tinggal di rumah tersebut.

Menerima cek bagi pihak institusi adalah pegawainya Tawfiq Leong yang mengatakan lawatan sebegini adalah amat dialu-alukan kerana ianya dapat menjalin silaturahim diantara warga emas dengan masyarakat setempat dan menambah lagi aktiviti untuk mereka.