Tuesday, June 10, 2008

:Sheikh gesa pemuda hormati orang tua

TAWAU, Penghuni-penghuni rumah warga emas Air Panas menerima lawatan angkasawan Malaysia kesana dengan baik dimana mereka juga menerima ilham hasil dari lawatan tersebut.


`Program angkasa Malaysia bukan hanya untuk memberi inspirasi kepada generasi muda tetapi juga kepada generasi lain termasuklah warga emas’, kata Doktor Sheikh Muzaphar Shukor Al Masrie Bin Sheikh Mustapha ucapan beliau dalam majlis menyambut hari Ibu dan Bapa baru-baru ini.

Beliau berkata bahawa sikap menghormati orang tua adalah satu teladan yang amat perlu dan sambutan hari ibu dan bapa adalah amat berpatutan.

Sheikh yang hadir dalam majlis tersebut yang dianjurkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah Brigadier Jeneral Datuk Liew Yun Fah bersama isteri beliau iaitu Datin Ah Nyuk Len mengesa agar sikap menghormati orang tua perlu diteruskan.

Beliau juga mengesa para hadirin yang juga terdiri dari golongan pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kejayaan dalam akademik mereka dan berharap agar ada diantara mereka yang akan melibatkan diri dalam sektor sains dan jurutera angkasa yang kini amat diperlukan oleh negara Malaysia.


Sheikh membuat lawatan ke dua ke daerah ini atas undangan Liew dan beliau telah tinggal selama lima hari termasuk membuat lawatan dua malam ke Semporna.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah presiden Majlis Perbandaran Tawau Haji Salsidu Ibrahim dan pegawai rumah warga iaitu Taufiq Leong dimana kedua-dua juga telah menyampaikan ucapan mereka.