Thursday, June 26, 2008

:Takut akan hantu marah, mangsa hilang RM13 ribu

TAWAU, Seorang lelaki takut akan sumpahan hantu nombor terpaksa berpisah dengan RM13,000 tetapi sempat membuat laporan polis menyebabkan seorang suspek lelaki dan seorang bomoh.

Mangsa yang berumur 42 tahun membuat laporan selepas mengesyaki hal tersebut apabila suspek meminta agar mangsa membayar saguhati kepada bomoh tersebut yang telah memberikan nombor 6D yang mendapat hadiah pertama berjumlah RM1 juta. Ketua polis daerah ACP Jaafar Bin Mohd. Yusof berkata insiden ini bermula apabila mangsa lelaki tersebut ditemui oleh suspek yang bernama Hassan yang mengatakan dia boleh memperkenalkan seorang bomoh untuk mendapatkan nombor ekor.

`Mangsa percaya pada suspek tersebut dan mereka telah berjumpa dengan bomoh tersebut yang telah memberikan mangsa nombor 6D yang dikatakan akan keluar pada cabutan akan datang’, katanya.

Jaafar berkata mangsa percaya dan terus membeli nombor tersebut.

Beliau berkata mangsa didatangi oleh suspek keesokannya dan menunjukkan nombor 6D yang keluar dalam suratkhabar dan meminta agar mangsa membayar hadiah untuk dipersembahkan kepada hantu nombor sebanyak sembilan ekor kerbau.

Jaafar juga berkata suspek meminta wang untuk membeli kerbau-kerbau tersebut yang berharga RM3,000 seekor dan kegagalan membuat bayaran tersebut akan membuat hantu tersebut marah.

Suspek dikatakan takut akan ugutan bahawa hantu tersebut akan menggangu mangsa dan membuat bayaran RM6,000 dan RM7,000. `Selepas mendapat bayaran tersebut, suspek berjumpa lagi dengan mangsa pada keesokan hari dan meminta bayaran sebanyak RM15,000 lagi tetapi mangsa tidak membayar dan membuat laporan polis’, tambahnya.

Polis kini berjaya menahan kedua-dua suspek selepas menerima laporan untuk siasatan. Beliau berkata cara penipuan adalah suspek-suspek akan meramal nombor ekor yang telah keluar kepada mangsa.

Jaafar meminta agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan keinginan untuk mendapat kekayaan kerana ada rekod yang membuktikan bahawa beberapa mangsa telah terpedaya dengan cara-cara penipuan yang berbeza.