Sunday, June 22, 2008

:Persatuan Sze Yap Tawau terima pujian

TAWAU, Persatuan Sze Yap Residensi daerah menerima pujian atas usaha mereka dalam memberi sumbangan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Szechuan, China dan membangunkan persatuan mereka dengan gigih untuk memberi manfaat kepada ahli-ahli persatuan terserbut pada masa akan datang.

Presiden Persatuan Sze Yap Sabah Datuk Susan Wong berkata antara usaha murni persatuan daerah tersebut adalah menyahut seruan beliau untuk menjana tabung kepada mangsa-mangsa gempa bumi tersebut dimana sejumlah RM14,148 berjaya dikumpul dari Tawau sahaja untuk tujuan tersebut.

Wong pada masa yang sama juga memuji pembangunan persatuan tersebut sejak 1977 bermula dengan pengerusi pertama mereka Datuk Geoffrey Yee sehingga pengerusi-pengerusi ke hari ini telah berjaya membawa kejayaan kepada persatuan tersebut.

Yee kini memegang jawatan pengerusi kehormat dalam persatuan tersebut hari ini.

Wong membuat ucapan beliau semasa majlis angkat sumpah ahli jawatankuasa persatuan tersebut bersama ahlijawatankuasa Wanita dan Pemuda yang diadakan di restoran Cynthia pada petang Jun 21.
Beliau juga membuat sumbangan bantuan RM5,000 kepada persatuan tersebut dalam usaha mereka membeli bangunan persatuan yang baru. Wong berkata usaha ini adalah amat baik kerana ianya boleh dibuat untuk menjana kewangan yang baik kepada persatuan tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Brigadeir Jeneral Datuk Liew Yun Fah dan wakil-wakil persatuan tersebut dari Kota Kinabalu, Sandakan, Keningau dan Lahad Datu dan juga wakil dari Persatuan Perdagangan Cina Tawau.