Monday, July 28, 2008

:Au beri perhatian pada kelas khas SK Muhibbah

SANDAKAN: Pendidikan khas sekolah SK Muhibbah mendapat perhatian penuh dari Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura YB Au Kam Wah bersama isteri apabila pasangan tersebut bersma rombongan membuat lawatan ke sekolah tersebut untuk mendengar cadangan dan keluhan hasil dari pembentukan kelas khas tersebut.

Au juga sempat bertemu dengan para pendidik murid-murid khas sekolah tersebut dan penolong kanan sekolah Pan Marlina Bte. Azadin untuk lebih mengenali akan program tersebut.

Pada masa yang sama juga, beliau memberi sokongan kepada satu program yang bakal diadakan oleh sekolah tersebut untuk memberi pendedahan kepada para pendidik dan murid-murid kelas khas tersebut apabila mereka membuat lawatan ke SK Kibabaig dan SK Kolombong di Kota Kinabalu pada Ogos 5 nanti.

`Saya percaya lawatan sedemikian akan memberikan satu pendedahan yang amat baik kepada mereka yang bakal membuat lawatan tersebut kerana ianya mampu memberikan peluang kepada mereka (murid-murid khas) untuk berinteraksi dengan masyarakat’, katanya selepas lawatan tersebut. Au juga berkata pendidikan khas adalah suatu yang penting kerana ianya memberi peluang kepada anak-anak khas untuk menerima ilmu yang boleh membuat mereka lebih berdedikasi dalam menjalani hidup mereka nanti.