Monday, July 21, 2008

:Komplek sukan mampu galak belia kejalan hidup yang sihat: Louis

TAWAU: Kompleks sukan mampu memainkan peranan dalam mengalakkan golongan belia kearah membuat aktiviti sihat dengan pembentukan sukan dan aktiviti yang mampu menarik belia masa kini dan komplek sukan daerah juga mampu memainkan peranan tersebut.

Pengarah baru Lembaga Sukan Sabah Datuk Louis Rampas berkata demikian semasa membuat lawatan kerja ke daerah ini untuk melihat komplek sukan yang telah dibina setahun yang lalu. Beliau berkata sukan dan permainan seperti Futsal, rock climbing (memanjat), Paint ball, cabaran BMX dan papan luncur mampu dijadikan satu lagi pilihan kepada belia dan ini berkemampuan untuk mengalihkan mereka dari gejala yang tidak sihat.

`Cadangan ini yang mampu menarik minat golongan belia dicadangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Merotai YB Pang Nyuk Ming dan cadangan ini adalah baik kerana ianya dapat membantu negara’, katanya dalam sidang akhbar tersebut bersama timbalannya YB Masiung Banah dan Pang selepas mendengar taklimat mengenai komplek tersebut sebelum ini.

Beliau berkata sukan dan aktiviti sebegini mempunyai cabarannya dan ianya diminati oleh golongan belia masa kini dan pihak lembaga menerima baik cadangan yang membina ini. Dalam hal lain pula, Louis berkata daerah ini telah banyak melahirkan atlit-atlit yang berkaliber dan komplek sukan ini adalah satu `tambahan’ kepada infrastruktur kepada golongan atlit yang berpotensi untuk digunakan.

Menjawab soalan lain pula, beliau berkata phasa II tertakluk dengan tindakan dari pihak Kerajaan Pusat kerana projek komplek sukan ini adalah dari pihak mereka. Louis juga sempat meninjau keseluruhan komplek tersebut bersama pengurus besar Lembaga Sukan Sabah bersama timbalannya IR. Christopher Lean.