Friday, July 25, 2008

:Memiliki barang curi adalah salah: Ramli

TAWAU: Orang ramai yang memiliki benda yang dipercayai dicuri perlu membuat laporan kepada pihak polis daerah kerana ini adalah satu kesalahan dibawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari 6 bulan dan denda.

Pemangku ketua polis daerah Supt. Haji Ramli Ali Mat berkata pihaknya telah membuat beberapa tangkapan keatas beberapa suspek kes pecah rumah yang berlaki dalam dua tahun ini dan mereka sedang membuat siasatan keatas kesemua barang curi tersebut. `Jikalau kamu memiliki barang-barang ini, maka perlulah mereka membuat laporan atau ianya menjadi satu kesalahan’, tambahanya lagi.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan percaya hasil dari tangkapan ini akan dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah.

Dalam satu lagi perkembangan, Ramli memberi amaran kepada majikan yang mengupah pekerja asing bekerja tanpa dokumen yang sah agar mereka tidak berbuat demikian kerana pihak berkuasa akan menjalankan operasi besar-besaran terhadap pendatang tanpa izin. Beliau juga pada masa yang sama mengesa pendatang tanpa izin agar meninggalkan Sabah secara sukarela dan secara aman dan tidak menunggu sehingga lancarnya operasi tersebut. `Kami memberi amaran kerana kami bukan tidak berhati perut seperti yang dikatakan orang tetapi bila tiba masanya kami bertindak, kami tidak akan teragak’, tegasnya lagi.

Permintaan Ramli agar pendatang tanpa izin meninggalkan Sabah secara sukarela adalah bertetapan kerana pada Ops. Nyah II yang lalu pada Mac 2002, ada beberapa pendatang tanpa izin telah menuduh pihak berkuasa sebagai `Tidak Berhati Perut’ dalam operasi tersebut.