Monday, July 14, 2008

:tindakan pantas telah menyebabkan beberapa suspek curi ditahan

TAWAU, Polis daerah berjaya memberkas dua kenderaan dan membuat penahanan terhadap beberapa orang suspek dipercayai terlibat dalam satu kes mencuri tandan kelapa sawit dari sebuah estet di batu 16, jalan Apas pada Julai 11, 2008.

Ketua polis daerah ACP Jaafar Mohd. Yussof berkata pihaknya menerima laporan dari seorang yang mengatakan dia mendapati tandan kelapa sawitnya hilang dari estet tersebut dan perpandukan dengan maklumat yang diterima dan tindakan yang cepat, sebuah pickup jenis Proton Arena ditahan dikawasan yang berdekatan dan penahanan seorang lelaki berumur 65 tahun dan merampas empat tandan kelapa sawit dipercayai dicuri dari estet tersebut.

Beliau juga berkata polis juga dalam masa yang singkat berjaya menahan satu lori satu tan dan merampas jumlah tandan kelapa sawit yang besar dan empat lelaki berumur diantara 28 ke 39 ditahan dipercayai terlibat dalam kes tersebut. Jaafar berkata kes ini disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dalam satu kes lagi, seorang lelaki dibawa ke balai polis daerah untuk membantu dalam satu kes rogol yang melibatkan seorang mangsa perempuan berumur 12 tahun disebuah estet di Kalabakan. Beliau berkata mangsa telah ditarik masuk ke dalam estet tersebut dan dirogol pada jam lebih kurang 6.00 pm.

Bantuan dari pihak masyarakat dipuji oleh Jaafar apabila mereka telah berjaya menahan seorang peragut yang telah meragut rantai emas seorang wanita berumur 29 tahun di jalan Dunlop pada Julai 12 jam 10.00 pagi. Beliau berkata orang ramai bersama mangsa mengejar peragut tersebut dan berjaya menahannya dimana suspek yang berumur 24 tahun tersebut telah diserahkan kepada pihak polis sejurus ditahan.