Tuesday, July 15, 2008

:Keselamatan kediaman presiden MPT dipertikai

TAWAU, Beberapa insiden telah menyebabkan tahap kemampuan pagar sekeliling kediaman presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) diragui dan ini adalah suatu yang amat berbahaya kerana ianya menyentuh mengenai keselamatan seorang pentadbir daerah yang penting.

Seorang jurucakap yang bekerja di kediaman tersebut berkata insiden terbaru berlaku pada Julai 7, 2008 apabila dua ekor kambing matang telah didapati dibunuh dan bangkai-bangkai itu telah dibawa keluar dari perkarangan kediaman tersebut. `Kambing-kambing ini telah diikat disebatang pokok dalam perkarangan dan saya percaya kedua-duanya dibunuh oleh anjing liar yang banyak dan ini telah menyebabkan kemampuan pagar sekeliling kawasan perumahan dipertikaikan’, katanya.

Pekerja tersebut yang tidak ingin namanya dikenali juga berkata presiden tersebut iaitu Haji Salsidu Ibrahim adalah seorang pegawai daerah yang penting dan tahap keselamatan beliau adalah amat penting. Beliau berkata telah berlaku beberapa kes kemasukan orang ke halaman rumah tersebut untuk mencuri sebelum ini dan adalah penting pagar yang dipasang lebih sepuluh tahun yang lalu dibina baru. `Kami tidak mampu menjaga keseluruhan kawasan kerana keluasannya dan kemampuan pagar menjadi tanda tanya bila sudah ada beberapa lubang dan sebahagian pagar ini tidak lagi boleh digunakan’, tambahnya lagi. Beliau juga berkata Salsidu sentiasa menerima tetamu khas dan keadaan pagar ini akan menunjukkan kelemahan mereka dalam aspek keselamatan.