Wednesday, July 30, 2008

:Jawatankuasa ditubuh bantah projek janakuasa arang batu

SANDAKAN: Badan Perdagangan Cina daerah menerajui pembentukan satu jawatankuasa Tindakan Anti Janakuasa Arang Batu yang melibatkan wakil-wakil dari persatuan tempatan dan Badan-badan bukan kerajaan pada Rabu lalu dalam usaha mereka menentang pelan untuk membina projek tersebut di daerah ini.

Jawatankuasa tersebut di ketuai oleh Stephen Wong Tien Fatt berkata matlamat utama mereka adalah membantah projek tersebut yang dikatakan adalah dari aspek persekitaran dan juga kesihatan masyarakat daerah tersebut. Beliau berkata demikian selepas membentukan jawatankuasa tersebut.

`Pendirian kami bukanlah satu tindakan peribadi ataupun menentang akan pembangunan daerah ini mahupun mencabar polisi kerajaan’, katanya.

Antara mereka yang terlibat dalam jawatankuasa tersebut adalah Eleanor Wong, Abang Mohd. Jorgy Haji Juana, G. Gengadharan Pillai (Timbalan Pengerusi), Datuk Seri Panglima Haji Hassan Alban Haji Sandukong, Cham Yock Chua, Charles Chow Kok Cheng (Setiausaha), Dusun Chong (Bendahari), Wong Vui Soon (Pengarah Media), Ku Ah Kong (kordinator) dan 20 ahli jawatankuasa lain. Turut serta dalam jawatankuasa tersebut adalah tiga penasihat teknikal iaitu Wong Tack, Gary Yap dan Ho Yu Choi.