Tuesday, July 15, 2008

: Polis mencari suspek yang mengambil RM111,000 dari satu syarikat

TAWAU, Pihak polis daerah kini sedang mencari seorang suspek yang dipercayai telah menipu satu syarikat sebanyak RM111,000 dan kini berpendapat bahawa suspek tersebut telah meninggalkan negara ini.

Ketua Polis daerah ACP Jaafar Mohd. Yussof berkata suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai Ah Fook telah membuat panggilan telefon kepada dua pembekal minyak diesel dan memperkenalkan dirinya sebagai wakil kepada satu syarikat dan membuat tempahan berjumlah 36,000 liter dan diesel tersebut telah dihantar pada Julai 9 oleh kedua-dua syarikat tersebut.

Beliau berkata kedua-dua wakil pembekal kembali ke syarikat tersebut dua hari selepas membuat penghantaran untuk menuntut bayaran tetapi telah dimaklumkan bayaran untuk diesel tersebut telah dibayar kepada seorang yang mengaku dirinya dari kedua-dua pembekal minyak diesel tersebut bernama Lim Kok Vun.

Wakil dari kedua-dua pembekal tersebut seterusnya telah membuat laporan polis dan polis percaya Ah Fook dan Lim adalah orang yang sama. Beliau berkata suspek telah membuat tempahan minyak diesel sebanyak dari 12,000 liter dari satu pembekal dan satu lagi sebanyak 24,000 liter.

Dalam satu kes yang berlainan, polis kini sedang mencari seorang lelaki 26 tahun berbangsa Bugis setelah seorang gadis bawah umur dijumpai dirumahnya di batu 5, jalan Apas. Jaafar berkata ibubapa gadis yang berumur 15 tahun membuat laporan polis setelah anak mereka gagal pulang ke rumah selama tiga hari sejak Julai 10. Polis akhirnya menjumpai gadis tersebut dirumah itu dan lelaki tersebut akan disabit dalam kes rogol kerana umur gadis tersebut walaupun dipercayai kedua-dua mereka sedang bercinta.

Jaafar berkata kes ini adalah kes ketiga dalam bulan ini dan ketiga-tiga kes melibatkan perempuan bawah umur.

Satu lagi kes adalah mengenai kes kematian seorang wanita 64 tahun yang bernama Shang Kui Yion dimana polis kini mengklasifikasinya sebagai kes `Sudden Death’.

Jaafar berkata Shang yang mempunyai sejarah masalah mental telah pergi bersama suaminya ke kebun koko mereka di batu 5, jalan Apas pada Julai 14 dan percaya pasangan tersebut telah secara tidak sengaja berpecah dan mangsa hilang. Beliau berkata suami mangsa mencari mangsa sehingga jam 5.00 petang dan terus membuat laporan polis. Satu pasukan polis bersama unit anjing telah pergi ke tempat kejadian dan mangsa dijumpai di kebun getah kepunyaan jiran sebelah. Beliau juga berkata mangsa didapati terbaring dan mempunyai luka dibahagian hidung.

`Kami percaya kes ini bukanlah satu kes jenayah tetapi keputusan akhir hanya akan dibuat setelah laporan bedah siasat telah diperolehi’, tambahanya lagi.