Friday, July 4, 2008

:Berita perlu tepat: Tawfiq

TAWAU, Pembangunan media altenatif seperti yang terdapat didalam internet terus mendapat perhatian dari golongan pembaca yang kian berkembang dan berita-berita ini perlulah disediakan dengan maklumat yang tepat dan bukan hanya menyebarkan berita-berita sensasi tanpa meneliti kebenaran dan kesahihannya.

`Pada pandangan saya, apa yang berlaku hari ini dengan persembahan berita-berita sensasi yang tidak diketahui kesahihannya atau kebenarannya dan ada masanya (berita sensasi) telah menyebabkan kesusahan dan wujudnya komen-komen yang bersifat perkauman dan yang menyakitkan hati’, kata Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Timbalan Menteri Kewangan Sabah berkata dalam satu temubual.

Beliau berkata adalah penting untuk pengusaha-pengusaha media altenatif untuk menunjukkan sikap menyebaran berita yang tidak hanya mempunyai cirri-ciri sensasi malah mampu memupuk semangat bersatu dikalangan masyarakat Malaysia yang unik.

`Sabah memberi sokongan kepada kestabilan politik negara ini dan adalah kritikal kerana Sabah mempunyai kaum-kaum dan kepercayaan agama yang berbeza’, katanya.

Tawfiq berkata walaupun masyarakat yang berada dalam keadaan `rapuh’ tetapi mereka telah berjaya menyatukannya dan ini adalah penting untuk kita memupuk kesatuan tersebut. Beliau menambah kegagalan untuk memupuk sifat bersatu ini akan akan membawa sikap negatif yang kuat kepada negara.

Beliau pada masa yang sama mengucapkan syabas kepada sekumpulan individu yang telah mengwujudkan satu lagi media altenatif i-sabah.blogspot.com dan percaya kemampuan kumpulan ini akan dapat membuat berita dengan baik dan tepat kerana pengalaman mereka dalam membuat berita.