Thursday, July 24, 2008

:Suspek menyerah diri pada polis

TAWAU: Suspek yang dicari polis kelmarin telah pergi ke ibupejabat polis daerah kelmarin petang jam 6.30 petang dan ditemani oleh ayahnya dan menyerah diri setelah dia didapati telah mencederakan isterinya dua hari yang lalu dimana si isteri telah menerima 25 jahitan di lehernya akibat perbuatan suspek tersebut.

Ketua polis daerah ACP Jaafar Mohd. Yussof berkata kes ini disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Suspek yang dikenali sebagai Shahrizan Abdul Raja telah mencederakan isterinya dalam keretanya di jalan Utara.

Dalam satu lagi perkembangan, Jaafar berkata pihaknya telah menahan seorang lelaki dan seorang perempuan dimana satu paket dipercayai syabu telah dijumpai didalam kereta Kancil mereka di batu 4, jalan Apas pada malam Julai 23.

Beliau berkata kenderaan tersebut ditahan lebih kurang jam 1020 malam tetapi wanita yang duduk di tempat penumpang sebelah pemandu berjaya mencampak satu plastik keluar dari kenderaan apabila mereka mendapati pihak polis menjejaki mereka dan paket tersebut tidak dijumpai. Jaafar juga berkata kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya. Kedua-dua suspek tersebut adalah lelaki Bajau berumur 25 dan seorang wanita Suluk berumur 22. Beliau juga berkata ujian air kencing keatas mereka berdua juga menunjukkan tanda positif. Beliau berkata dengan ujian tersebut, mereka juga disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama.

Dalam satu lagi kes, seorang peniaga berumur 57 tahun telah membuat laporan polis apabila pintu depan kedainya yang terletak di persekitaran dewan masyarakat daerah telah dibasahi cat warna merah. Beliau berkata pengadu telah pergi ke kedai tersebut pada Julai 23 jam 5.30 pagi untuk membuka kedai tersebut dan mendapati cat yang dilemparkan kearah pintu kedai tersebut. Kerana cara ini biasanya lebih dikenali sebagai satu cara yang digunakan oleh lintah darat, Jaafar berkata mereka hanya akan memulakan siasatan apabila menerima Arahan Untuk Menyiasat (OTI) dari Timbalan Pendakwaraya.

Jaafar berkata pengadu menafikan telah mendapat pinjaman dari lintah darat tetapi mengaku bahawa adiknya telah berbuat demikian dan kedai tersebut adalah milik adiknya. `Adik pengadu telah memberikan kedai tersebut kepada abangnya tiga bulan yang lalu dan telah meninggalkan Sabah’, katanya.