Tuesday, July 22, 2008

:Program harap dapat beri pendedahan kepada warga tempatan tentang sektor perladangan: Siti Aishah

LAHAD DATU: Program Majlis Penerangan Penggalakkan Pengajian Pekerja Tempatan di Sektor Perladangan diharapkan dapat memberi pendedahan dan secara langsung memberi galakkan kepada warga tempatan untuk bekerja di sektor perladangan.

Pendedahan dan seterusnya penggalakkan ini akan memastikan agar warga tempatan mendapatkan kerja di pelbagai bidang yang ada.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah Hajjah Siti Aishah Haji Mohd. Asri berkata pengajuran program tersebut amatlah bertetapan dalam menyahut seruan kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar pengganguran.

`Kerajaan tidak pernah abaikan tanggunajawabnya dalam keperluan dan kepentingan pekerja tempatan dan dengan ini usaha JTK adalah signifikan dalam usaha ini’, katanya dalam majlis tersebut.

Siti Aishah berkata demikian dalam ucapan aluan beliau dalam program sehari itu yang diadakan di dewan Sahabat 3, Felda Sahabat, Tungku kelmarin anjurang JTK dengan jawatankuasa Penggalakkan Pengajian Pekerja Tempatan di Sektor Perladangan dan Felda Plantation Sdn. Bhd. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Silam Haji Salleh Haji Kalbi.

Beliau berkata ramai dikalangan pekerja tempatan menjauhi dari bekerja dalam sektor ini walaupun sektor perladangan merupakan salah satu penyumbang utama kepada negara.

`Maka dengan itu, adalah lagi perlu program ini dijalankan untuk meningkatkan lagi penggalakkan rakyat tempatan untuk melibati sektor perladangan ini’, tambah lagi.

Siti Aishah juga berkata prasarana dan kemudahan yang baik kini telah di sediakan di sektor ini dan tidak ada alasan rakyat tempatan tidak merebut peluang yang ada itu. `Adalah menjadi harapan saya supaya JTK Sabah meneruskan komitmen dalam usaha bekerjasama dengan pihak majikan untuk memastikan agar program sebegini dapat diteruskan’, katanya.

Beliau juga berharap usaha ini akan mendapat momentum kearah membaiki kualiti perkhidmatan yang berkesan.

Seramai 60 peserta mengikuti program ini yang terdiri dari majoritinya golongan belia.