Wednesday, July 16, 2008

:JCI sebagai landasan kepada golongan muda-mudi: Pang

SANDAKAN: Junior Chamber International (JCI) terus menjadi landasan kepada pemimpin-pemimpin remaja dan pengusaha untuk memperkasakan kemahiran mereka melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Menteri Belia dan Sukan Sabah YB Peter Pang En Yin berkata demikian dalam ucapan perasmian Minggu JCI Sandakan baru-baru ini.

Pang berkata barisan pemimpin dan pengusaha remaja ini didedahkan dengan pelbagai aktiviti kepimpinan, menjalin persahabatan dan meluaskan jarring perniagaan melalui aktiviti yang diadakan. Ucapan Pang telah disampaikan oleh setiausaha politiknya Jason Tan juga berkata JCI akan terus menerima sokongan beliau kerana usaha mereka yang memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.

`Usaha ini tidak boleh putus malah perlu diteruskan kerana ianya memberi faedah kepada masyarakat dan negara’, tambahnya lagi. Turut bersama dalam majlis tersebut adalah pengerusi Minggu JCI William Chu.