Thursday, July 3, 2008

:Polis Marin berjaya pintas cubaan menyeludup diesel keluar negara

TAWAU, Polis marin daerah menahan tiga kenderaan dan merampas lebih kurang 9,550 liter dipercayai diesel subsidi bertujuan untuk diseludup ke negara jiran setelah menerima maklumat.

Ketua polis marin DSP Husaini Zainal Abidin berkata berpandukan matlumat yang diterima, satu pegawai dan tujuh anggota bergegas ke jalan Brantian lebih kurang 800 meter dari sungai Sibuku pada Julai 2, 2008 jam 1.00petang and menahan satu Hilux, satu Trooper dan satu lori tangki bersama dua pemandu.

`Jumlah rampasan kesemuanya dianggarkan sebanyak RM200,000 dimana nilai diesel sendiri dianggarkan RM25,594’, katanya.

Operasi tersebut melibatkan satu pegawai dan tujuh anggota pada masa ketiga-tiga kenderaan tersebut cuba merentasi sungai tersebut ke negara jiran. Sehingga Julai tahun ini, pihak beliau telah berjaya merampas lebih kurang 33,650 liter diesel yang cuba diseludup keluar bernilai dalam lingkungan RM63,190.