Sunday, July 6, 2008

:Golf amal STIA dipuji: Pang

TAWAU, Sikap permurah dikalangan masyarakat di negara ini dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik adalah amat dihargai dan ini menunjukkan sikap suka membantu tanpa mengharapkan apa jua balasan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah YB Peter Pang En Yin berkata bahawa banyak organisasi telah membuat kerja-kerja amal dan ini telah memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada mereka yang memerlukannya. Pang semasa merasmikan kejohanan golf Persatuan Industri Kayu Balak Sabah 2008 yang diadakan di Kelab Golf Tawau Air Panas adalah satu usaha yang amat dihargai.

`Persatuan ini telah memainkan peranan yang amat baik dalam sektor industri kayu kayan Sabah dan tanggungjawab kepada masyarakat yang dilakukan amat dialu-alukan.


Beliau mengesa agar persatuan tersebut terus menyumbang kepada masyarakat yang memerlukannya seperti yang selalu mereka lakukan dan usaha ini juga perlu dijadikan teladan kepada yang lain.

Sebelum itu, Raymond Chiaw, penolong pengerusi persatuan tersebut dalam ucapannya berkata usaha ini adalah untuk mendapatkan dana kepada persatuan Olimpik Khas, sekolah pekak dan anak-anak khas di sekolah Sri Stella. `Ini adalah sumbangan kami dalam menyahut polisi kerajaan dalam membantu mereka yang memerlukannya’, Chiaw berkata.

Seramai 78 pemain dijangka akan menyertai pertandingan ini yang akan diadakan pada Julai 6.