Friday, July 18, 2008

:Jangan terpedaya dengan janji dapat duit cepat: Jaafar

TAWAU, Ketua Polis Daerah ACP Jaafar Mohd Yussof sekali lagi meminta agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan janji-janji duit mahupun apa jua yang percuma kerana ramai orang yang tidak bertanggungjawab kini cuba untuk mencari duit dengan cara penipuan terhadap masyarakat yang lalai.

Jaafar berkata kes-kes yang biasa adalah seperti kes penipuan tiket loteri dimana suspeck akan mengaku dirinya tidak berdokumen sah tetapi telah memenangi wang hasil pembelian nombor loteri. `Bantu kami dengan melaporkan perkara ini bila ada orang cuba menjual tiket loteri’, tambahnya lagi.

Beliau berkata kes yang terbaru melibatkan satu lagi kes penggunaan SMS (Perkhidmatan Mesej Pendek) dimana seorang wanita Melayu berumur 25 telah menerima SMS tersebut dan telah terpedaya dengan penipuan tersebut apabila dia membaca mesej tersebut yang mengatakan bahawa dia telah memenangi hadiah wang RM30,000 dari Petronas. Jaafar berkata mangsa menerima mesej tersebut kelmarin dan telah membeli satu kad SIM bernilai RM100 dan telah menyerahkan nombor akaun beliau seperti yang diminta.

`Tetapi mangsa juga telah membuat laporan apabila dia menyedari sesuatu yang tidak betul dan ini adalah satu lagi cara penipuan yang diketahui’, tambahnya lagi.