Sunday, July 6, 2008

:Kejohanan Golf Amal STIA dapat RM60 ribu

TAWAU, Usaha Persatuan Perusahaan Kayu-Kayan Sabah dalam penganjuran Golf Amal STIA 2008 adalah satu daripada usaha murni persatuan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik dan sejajar dengan usaha kerajaan dalam membina masyarakat yang prihatin.

Pengerusi persatuan Chua Yeong Perng berkata dalam ucapan penutupan majlis tersebut yang diadakan di Kelab Golf Tawau Hot Spring petang ini adalah satu usaha untuk menjana sikap prihatin mereka kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

`Saya mengucapkan syabas kepada semua pemain dan mereka yang menyumbang kepada kebaikan ini kerana kita telah berjaya mengutip sejumlah RM60,000 untuk membantu mereka’, kata Chua mengenai jumlah kutipan yang akan diberikan kepada Sekolah untuk orang-orang pekak Tawau, Special Olympic Sabah dan Ahli Lembaga Pelawat Sri Stella Tawau. Sejumlah 77 pemain menyertai kejohanan tersebut yang bermula pagi ini dimana pelancarannya telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah YB Peter Pang En Yin.

Pemenang dalam kejohanan nett adalah Lee Li Kiong.

Kejohanan golf amal tersebut dianjurkan setelah 11 tahun ianya tidak diadakan dan kini ianya akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan STIA. Mantan pengerusi persatuan tersebut Lim Piak Chu yang menganjurkan kejohanan ini yang lalu telah berjaya mendapat RM50,000 dimana ianya digunakan untuk membina sebuah dewan makan untuk penghuni rumah warga emas di Air Panas Tawau.

Kutipan sebanyak RM10,050 adalah dari kejohanan tersebut manakala seorang penderma telah menyumbang sebanyak RM10,000 dan ini adalah sumbangan terbesar seorang individu.